30

24 7 0
                                    

Dewan sudah dipenuhi para pelajar dan para guru.Hari yang dinantikan sudah tiba.Cikgu Azri yang lebih dikenali cikgu Az yang merupakan guru akan bersara pada hari ini akan tiba sebentar lagi diiringi guru-guru yang lain.Kelihatan semua pengawas sekolah berbaju biru sedang berada di luar dewan bagi menyambut ketibaan guru tersebut.Aku berada di dalam dewan bersama-sama rakanku yang lain.Pelajar lelaki dan perempuan tidak bercampur,semua pelajar perempuan berada di sebelah kanan dalam dewan manakala pelajar lelaki berada di sebelah kiri dalam dewan.Ditengah-tengah dewan terdapat karpet merah yang dihiasi bunga-bunga berwarna-warni seperti berada di taman bunga merupakan laluan yang akan dilalui oleh Cikgu Az setelah tibanya cikgu itu.

Aku dan Adib akan ke belakang dewan apabila tiba persembahan pertama yang dimulai oleh pelajar lain.Persembahan kami giliran yang kelima.Debaran sudah terasa.

Aku tercari-cari kelibat Adib di bahagian pelajar lelaki,tiba-tiba ternampak Aus dan rakan-rakannya yang lain tapi tidak kelihatan dimana Adib?Kelibat Adib tidak kelihatan menambahkan lagi debaran di dada aku.Panik,risau,takut semua bercampur menjadi satu.

Fikiranku sudah menjadi aura negatif.Kalau tiada Adib,bagaimana dengan persembahan kami?Aduh!!!macam mana ni?Terasa tanganku terketar-ketar.Puteri menyedari tingkah lakuku.Puteri bersuara "kenapa?"

"Tak nampak Adib pun?"

Setelah aku  berkata begitu,terus dia mencari diri Adib di bahagian lelaki.

"Ada Aus dan kawan-kawan dia yang lain saja kan?"

Aku mengangguk mengiakan.Biasanya Aus sentiasa berkepit dengan Adib.

"Fattah pun takde"kata Puteri lagi.

Aku memandang ke arah di mana Aus berada.Ya,Fattah juga tiada.Hairan.Kadang mereka juga sentiasa bertiga.

"Macam mana ni?"tanya aku.

"Persembahan kau yang keberapa?"tanya Puteri berbalas soalan dengan soalan aku.

"Kelima"

"Kena ke belakang dewan bila?"

"Bila start persembahan pertama."

"Kalau macam tu,nanti dah nak start yang pertama,kau ke belakang dewan saja,mana tahu Adib dah tunggu kau kat sana"Kata Puteri sedikit melegakan aku.

"Tapi kalau dia tak ada macam mana?"Ragu aku.

"Dia ada...cuma biasanya kalau ada majlis kat sekolah,cikgu sering minta bantuan dia."Sampuk Ika di sebelah Puteri.

Hanya Ika dan Puteri sahaja,rakan yang mengetahui aku dan Adib akan membuat persembahan bersama pada hari ini.Manakala rakan yang lain,sedaya upaya aku merahsiakan dan biarlah pada hari ini,mereka menyaksikan persembahan itu.

Ketibaan cikgu Az disambut dengan meriah diiringi nyanyian lagu oleh beberapa orang pelajar.Sewaktu cikgu sedang berjalan di atas karpet merah tersebut yang kemas bersarung baju Melayu segak,serta bersamping kemas.Kelihan kacak walaupun sudah berumur sambil semua pelajar dan guru melihat cikgu Az,aku ternampak kelibat seseorang yang sedang aku nanti-nantikan sedari tadi.Adib memakai baju kemeja biru,berseluar slack hitam,rambut dirapi kemas sambil tangan memegang sebuah kamera canon yang sibuk mengambil gambar.Penampilan itu membuatkan aku terpegun,terpaku dan terpana.Kacak!

Disebabkan itulah dia tiada di bahagian pelajar lelaki.Tapi kenapa dia tak bagitahu aku kena tukar baju dah?Dia dah siap pakai hesem-hesem,aku masih baju seragam sekolah.Tak adillah dia ini!.

Kami dah bincang beberapa hari lepas,bermula sahaja persembahan pertama,kami perlu ke belakang dewan dan terus ke tandas untuk ganti baju yang kami sudah bincangkan untuk persembahan nanti.Tapi dia dah tukar dulu!habistu aku?kurang asam Adib!Tapi,kejap!Bukankah baju yang kami putuskan untuk pakai nanti aku perlu pakai baju kurung dan dia baju melayu.Sekarang,lain dah baju?Apa dia ni?!!!

Selepas itu,giliran ucapan daripada pengetua,beberapa guru dan pelajar.Terasa ada getaran di bahagian depan poket beg.Aku mengambil telefon dan nama Adib di kaca skrin telefonku.Terus aku memasukkan telefon di sebalik tudung agar guru-guru tidak menyedari aku telah membawa barang terlarang,iaitu telefon.Panggilan disambut aku.

"Kau kat mana?"Soalan pertama daripada Adib perlahan.

"Duduk atas kerusilah kat bahagian perempuan."

"Tukar baju tak lagi?"tanyanya lagi.

"Kau kata masa persembahan pertama,baru pergi tukar.Aku tak tukar lagilah."

"Tak sempatlah Mira,pergi tukar sekarang!"Arah Adib keras.

"Yelah."Akur aku.

Aku mengajak Puteri menemani aku menukar pakaian,nasib dia mahu.Sempat Puteri menyuruh Ika sekiranya persembahan guru atau pelajar sudah bermula,memintanya mengambil rakaman persembahan itu.

Puteri sanggup tidak dapat menyaksikan persembahan pelajar disebabkan permintaan aku yang menyuruhnya menemani aku menukar pakaian.Jasa Puteri akan aku balas suati hari nanti.Terharu aku!

Baju kurung sutera bercorak bunga kecil berwarna hijau.Terasa ayu dan anggun pula pakai baju sebegini.Jarang sekali aku berpakaian begini di Kuala Lumpur.Aku terpaksa pakai baju kurung kerana memandangkan tema majlis persaran guru kokurikulum iaitu cikgu Az bertemakan pakaian tradisional,jadi aku dan Adib perlu memakai baju kurung untuk aku dan baju melayu untuk Adib.Bertambah cantik apabila aku mula membelitkan tudung shawl sedondon dengan warna baju,hijau tidak bercorak.Puteri setia menemani dan memberi pendapat mengenai pakaianku.

Setelah berpuas hati dengan penampilan aku,semuanya kemas dari hujung tudung hinggalah ke kasut.Aku melipat seragam sekolah lalu memasukkan ke dalam beg galasku.
Baju kurung ini kubawa dari rumah Opah,kata Opah baju ini aku selalu pakai sewaktu aku berumur 15 tahun semasa ingin ke surau kampung.Aku pun sudah lupa bahawa aku masih mempunyai baju ini.Sudah lama tidak memakai baju kurung.Memanglah hari-hari aku memakai baju kurung tapi itu hanyalah baju kurung sekolah.Tak sama.Corak pun tiada. Tiba-tiba panggilan telefon berbunyi.
Adib!

"Dah siap?"Tanyanya.

"Dah,kau tukar baju tak?"

"Baru keluar tandas tukar baju.Aku tunggu kau kat belakang dewan.Takdi aku ada nampak beberapa pelajar dah bawakan piano dan gitar ke belakang dewan.Itu untuk persembahan kita nanti.Aku dah ambil kehadiran kita tadi.Jangan lambat."Kata Adib panjang.

"Baik bos"

Aku mengeluarkan bedak dan pelembap bibir agar wajah aku tak nampak pucat dan lebih berseri.Natural beauty gitu.Puteri hanya memerhati sahaja aku.

Telefon aku berdering lagi.Adib lagi.Hish kacau dia ni!

"Nak apa tuan...?"Lembut aku bersuara sambil menahan geram.

"Cepatlah tuan puteri...sekarang dah persembahan kedua ni.Ada lagi dua persembahan dan nanti tibalah giliran kita.Tak payah cantik sangat."

"Ye.On the way ni"Tipu aku.

Aku mematikan panggilan.Dadaku berdebar kencang.Dup dap dup dap!Macam mana ni?Dah nak mula!I'm not ready!

"Jom puteri!Dah lambat ni"Ajak aku kepada Puteri.

Aku mengemas barang-barangku dan menggalasnya.

Kami berlari anak ingin mengejar masa.Sesampainya di belakang dewan,kelihatan Adib dari belakang sedang berbual dengan seorang guru.Tidak berapa lama,guru tersebut pergi.Aku memanggil Adib.Dia berpaling ke arah belakang dan...terkejutnya Adib melihat seorang gadis yang sangat jelita berpakaian begini.Ayu,cantik,anggun.Terpukau dia sebentar.Tidak pernah dia melihat Amira berpakaian selain seragam sekolah,baju sukan,dan baju unit berunitform.Tapi hari ini lain daripada hari-hari sebelum ini.

"Adib?"panggil aku perlahan apabila pandangannya tidak beralih di wajahku.Malu sebenarnya.

"Ya,ya"

"Tiada masalah kan dengan baju ni?"Tanya aku.

"Takde"

"Jom.Sekarang dah persembahan keempat."

Puteri meminta diri ingin berada di bahagian perempuan dan aku membenarkan saja.Sudah cukup dia menemani aku sedari tadi.Kasihan pula.Aku juga sempat menyuruhnya mengambil rakaman persembahan aku nanti.Aku tahu Ika dan Puteri bawa telefon juga ke sekolah.Dan masih ramai pelajar yang tetap membawa telefon walaupun sudah berkali-kali cikgu melarang.


















Mencari DiriWhere stories live. Discover now