Azan subuh berkumandang nyaring di luar rumah.Aisyah dan umi sudah siap membersihkan diri dan sudah selesai mengambil wuduk untuk solat berjemaah bersama-sama dengan papa.Entah mengapa syahdu sekali papa mengimamkan dia dan Umi sewaktu solat subuh kali ini.Bacaan surah oleh papa begitu merdu kedengaran.Dia mahu Amira juga dapat bersama-sama dia melalui saat-saat begini,solat yang diimamkan oleh papa.Dia mahu Amira merasai sendiri syahdunya dan merdunya solat bersama papa.
Selesai solat,papa mengetuai bacaan doa dan kali ini agak panjang doanya berbanding doa-doa sebelum ini.Aku sepertinya ingin menangis mendengar doa yang dibacakan oleh papa dan aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza pagi ini seperti esok dan esok aku sudah tidak dapat mendengar doa daripada papa lagi.Selesai doa dibacakan,papa banyak memberi pesanan kepada umi ketika memandu nanti.
Waktu itulah,aku teringat akan pesanan Amira untuk meminta maaf dan keizinan daripada papa.Umi juga begitu,minta restu daripada papa dan papa merelakan pemergian kami untuk sementara.Papa memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama melawat Amira dan Opah di kampung atas tuntutan kerja yang banyak.
Pagi itu di mana aku sudah banyak mengeluarkan air mata,sedih rasanya mengenang pesanan papa.
"Apapun yang terjadi kepada Aisyah nanti,jaga solat,jangan lupa kami ye,teruslah berbakti kepada semua orang terutama orang yang lebih berusia daripada Aisyah."
Papa jarang bagi nasihat sebegitu akibat kesibukannya tapi kali ini seperti ada sesuatu yang menjentik tangkal hati papa untuk memberi nasihat begitu kepada Aisyah.Dia mengangguk sebagai menerima pesanan papa dengan hati yang terbuka sambil memeluk badan papa dengan kemas seperti tidak mahu melepaskannya.Seminggu aku di Terengganu dan sudah pasti Aisyah merinduinya.
Perancangan umi,umi mahu tinggal di Terengganu selama seminggu kemudian membawa Amira dan Opah untuk ke rumah Tok Ma pula.Dan di rumah Tok Ma lah kami akan berjumpa kembali dengan papa.
Beg-beg pakaian umi dan Aisyah sudah dibawa oleh pembantu rumah ke dalam kereta Volvo milik umi.Sebelum berangkat pergi,sempat Aisyah dan umi bertemu dengan Ibu Una.Aisyah bersalam dan memeluk badan milik Ibu Una sambil Ibu Una memesan beberapa pesanan seperti jaga diri dan jangan lupa balik ke sini lagi.Aisyah juga meminta maaf kepada Ibu Una dan anak-anaknya,Harith,Hud dan Haykal sekiranya ada percakapan dia selama ini yang menyebabkan mereka tersinggung.
Sewaktu Aisyah melabuhkan punggung di tempat kerusi kereta,dapat dia lihat senyuman menawan milik Harith yang diukir olehnya seperti benar-benar ikhlas dan sungguh manis.Terpukau sebentar lalu dia juga membalas senyuman itu dengan mesra dan semanis yang mungkin.Mana tahu senyuman itu adalah yang terakhir,Harith dapat lihat oleh dirinya.
Kereta Volvo kepunyaan umi sejak beberapa tahun sudah membelah jalan raya dengan berhati-hati.Pesanan papa,Ibu Una,Amira dan Opah masih terpahat kemas agar umi berhati-hati ketika memandu.
Papa juga memesan kepada diri Aisyah agar sentiasa berbual dengan Umi agar umi tidak mengantuk ketika memandu dan pelbagai topik dan cerita yang Aisyah borak bersama Umi sekaligus Umi dapat mendengar cerita daripada Aisyah setelah sekian lama Aisyah tidak berbual panjang dengan umi memandangkan dirinya sibuk dengan mengulangkaji menjelang SPM.
Panggilan sudah dibuat oleh Aisyah kepada Amira bagi mengkhabarkan bahawa dia dan umi sudah memulakan perjalanan untuk ke Terengganu. Pelbagai perbualan yang dibualkan oleh Umi dan Aisyah di dalam kereta bagi menghilangkan bosan antara kami.
Beberapa puluh kilometer sebelum sampai ke rumah Opah,Aisyah telah membuat panggilan video dengan Amira.Kami berbual-bual dengan Amira dan semakin tidak sabar untuk dia dan uminya sampai ke rumah Opah sewaktu melihat wajah keterujaan Amira untuk kami sampai sebentar nanti.Kereta umi sudah memasuki kawasan hutan dan beberapa seketika perlu melalui jalan pendek yang terdapat gaung-gaung yang agak tinggi.Sekiranya tidak berhati-hati,kenderaan yang melalui kawasan itu berpotensi untuk jatuh ke gaung.Kenderaan umi semakin perlahan dan Aisyah dapat merasai kebimbangan umi ketika melalui kawasan itu melalui reaksi wajah umi.
Umi menyuruh Aisyah berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan.Tidak putus-putus Aisyah dan umi berdoa dan panggilan video yang dibuat oleh Aisyah dengan Amira belum ditamatkan lagi.Amira juga turut berdoa bersama-sama opah di sisi Amira.Jalan yang dilalui oleh Umi agak berbahaya memandangkan semalam dan hari-hari sebelum ini telah dibasahi hujan yang lebat serta jalan yang agak sempit.
Umi membuka lampu isyarat ke kiri.Baru saja kereta dipusing hendak memasuki lorong hujung,bunyi hon bingit kedengaran kuat dan panjang.
"Umi!Lori..."
Bang!
"Ya,Allah..!"Laung kami berdua kuat.
Bunyi hentakan kuat itu,Umi perasan pandangannya bertukar menjadi kabur.Kepala umi berdenyut-denyut sakit,sangat sakit seperti tertusuk benda tajam.Dia menggerakkan kepala pusing melihat kerusi penumpang di sebelah kiri.Kosong!Pintu kerusi penumpang terbuka luas.
"Aisyah...!!!"umi menjerit sedaya upayanya memanggil anaknya itu.
Tiada sahutan dari Aisyah.Dia bimbang.Dia tiada upaya lagi bergerak kerana pergerakkannya terhad.Kereta yang dipandunya bukan di atas jalan lagi,tapi sedang berada di celah-celah pokok besar dan dia tahu bila-bila masa sahaja,kereta itu akan jatuh,terus ke bawah gaung.
Tiba-tiba telefon yang sedang berada di talian kedengaran suara Amira dan opah berturut-turut memanggil namanya dan nama Aisyah.Dia baru perasan sebentar tadi,Aisyah telah membuat panggilan video,telefon tersebut sedang berada di bawah kerusi di mana kerusi Aisyah duduk sedari tadi.
"Umi!Aisyah!Apa dah berlaku?!"Suara Amira terus-menerus memanggil dirinya.
"Normal!Kalau...dengar kami panggil,bunyikan...sesuatu!"Suara opah bergetar-getar.
"Umi...jawab Mira panggil ni..."
"Umi...Aisyah...korang taka da apa-apa kan?"Kata-kata Amira kedengaran seperti menafikan apa yang sedang dia lihat sebentar tadi.
"Normal..Aisyah...kami sayang kamu berdua...kami dah buat panggilan kecemasan dari hospital dan polis untuk ke kawasan yang kamu lalui tadi.Sebentar nanti pertolongan datang..kamu berdua bertahan,ye?"Luluh hati Umi mendengar ucapan opah.
"Umi,Aisyah..tolong kuat untuk Mira."
Dia tidak mampu bergerak untuk mengambil telefon itu,dia sakit.Dia dengar namanya dipanggil.Kata-kata opah menyuruh dirinya membunyikan sesuatu.Dia menghentak-hentak lantai kereta menandakan dia sedang dengar apa yang telah Amira,anaknya dan ibu yang telah opah kandung selama Sembilan bulan itu.Dia tidak kuat untuk bertahan lama.
Tak berapa lama selepas itu sekeliling menjadi riuh-rendah.Perlahan-lahan pandangan yang kabur terus menjadi kelam.Tiada lagi bunyi mahupun dengungan kedengaran.
'Ke manakah Aisyah pergi?Adakah dia jatuh ke dalam gaung?'Bisik hati umi perlahan.
'Aisyah...Ya,Allah selamatkanlah anakku..'Doa umi.
Sewaktu kereta jatuh ke gaung,tiba-tiba tangannya tersentuh lock kereta di pintu tempatnya duduk.Pintu terbuka luas dan tanpa dia sedari dia sudah berada di luar kereta dan terus tergolek-golek bersama-sama kesakitan akibat terkena serpihan kaca kereta.Dia pasrah andainya sudah tiba ajalnya.Dia berdoa agar uminya tidak diapa-diapakan atau tidak berlaku kecederaan parah.Kepalanya berdenyut kuat akibat hentakan di kereta tadi ditambah lagi dirinya sedang bergolek tanpa henti dan masih tidak berada di penghujung gaung,kepalanya bertambah sakit akibat pusingan demi pusingan.
Mulutnya tidak putus-putus berdoa,beristighfar dan berzikir kepada Yang Maha Esa.Dia kesakitan.Dia ketakutan.Kemudian dia dapat rasakan haba yang sangat panas menyelubungi diri.Dan disebabkan terlalu letih,akhirnya dia diam.Dan dunianya terus jadi sunyi selepas itu.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...