Aku sudah berada dalam kereta Adam.Beberapa minit berlalu,aku bersuara
"Mira nak tanya abang Adam,tapi jawab jujurlah"
"Ok.Tanyalah."
"Betul papa upah abang untuk hantar dan ambil Mira ke mana saja Mira nak pergi?"
Adam angguk.
"Berapa papa bayar Abang?"
"Kenapa nak tahu?"Soalan pertama daripada Adam.
"Saja nak tahu,duit yang papa bagi tu berbaloi ke dengan penat lelah abang hantar dan ambil Mira?"
Adam hanya senyum sambil mata memberi perhatian terhadap pemanduannya.
"Abang tak bosan ke hantar Mira ke sekolah setiap hari kemudian ambil semula.Bukan itu sahaja,abang kena hantar Mira nak pergi mana-mana sahaja,lepastu follow mira kemana saja Mira pergi.Macam bodygurd pun ada jugak."
Adam senyum lagi tapi masih tidak bersuara menyuarakan sesuatu apa yang aku ingin dengar dari dia.
Setelah lama berdiam diri akhirnya Adam bersuara juga "Duit yang papa Mira bagi,lebih dari cukup sebenarnya. Abang tak perlukan duit tu kerana abang sudah ada pendapatan sendiri. Abang ikhlas hantar dan ambil Mira ke mana sahaja Mira ingin pergi. Kalau tak dibayar pun abang tetap mahu hantar dan ambil Mira. Abang dah anggap Mira macam adik abang sendiri jadi abang tak perlukan duit untuk jalankan tugas abang kepada adiknya."Terang Adam panjang.
"Tapi kenapa?"Tanyaku pelik.
"Sebab pertama kali Abang lihat Mira abang dah jatuh sayang."
"Jadi,Mira jangan keberatan untuk minta apa-apa sahaja bantuan daripada abang"Tambah Adam lagi.
"Dan abang juga jangan keberatan untuk bagitahu pada Mira sekiranya permintaan Mira tak boleh ditunaikan."
Adam angguk untuk kesekian kalinya.
"Papa ada bagitahu apa-apa tak?"
Gelengan diberi oleh Adam.
"Tipu.Kan suruh jujur tadi"
"Papa Mira just suruh jaga Mira,perhatikan kelakuan Mira,larang Mira kalau perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan."
"Lagi?"
"Tak ada dah"
"Betul?"Aku memandang Adam sedang memandu.Sekejap dia memandang aku sekilas.
"Iya"
"Ok"
"Tapi kenapa sebenarnya?Tanya Adam hairan.
"Tak ada apalah"
"Bagitahulah,kalau-kalau ada yang papa Mira bagitahu abang tapi abang dah lupa ke"Dia melihat Mira merenung di hadapan dengan muka yang tiada senyuman seperti biasa.Pasti ada sesuatu yang difikirkannya.
"Ada papa tanya perkembangan Mira?"
"Maksudnya?"Pelik dengan soalan itu.
"Perkembangan Mira dari segi akademik ke,sosial ke,tingkah laku,atau apa-apalah."
"Hrmm..tak ada pulak.Cuma dia pesan,kalau Mira ada masalah,bagitahu dia."
"Ouh,okey"
"Cantik Mira pakai baju kurung ni."Puji Adam ikhlas memandangkan sedari tadi lagi mahu memuji gadis itu tapi ditangguhkan dulu.Baru sekarang berkesempatan.
Aku melihat bajuku yang disarung ditubuhku.Kemudian berpaling mencari wajah Adam.
"Thanks.Baju ini Mira pakai untuk buat persembahan majlis persaraan salah seorang guru sekolah tu."
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...