Kami sampai di Dataran Perhimpunan.Sudah ramai yang berkumpul dalam barisan.Kelihatan Aisyah sedang berada di pentas dataran perhimpunan memandangkan Aisyah seorang penolong ketua pengawas.Mungkin dia sedang bersiap sedia untuk memberi ucapan.Aisyah pernah mengajak aku sekali untuk ke temu duga pengawas sekolah tetapi aku menolak kerana tidak mahu memikul tanggungjawab itu.Aku dan rakan-rakanku memasuki barisan kelas kami.Aku sempat mencari-cari kelibat Maria and the geng tapi masih tidak kelihatan.Tiba-tiba hati aku berdebar dan tidak sedap hati seperti pagi tadi ketika aku berada di dalam bilik.Aku beristigfar seperti yang disarankan oleh Aisyah ketika di meja makan.
Aisyah memberi ucapan alu-aluan kepada pengetua,diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM),Penolong Kanan Kokurikulum dan barisan guru-guru sekolah.Nyanyian 3 buah lagu didendangkan.Seperti biasa lagu Negaraku,lagu negeri dan lagu sekolah.Selepas itu,ucapan diberi oleh pengetua dan guru-guru yang lain bagi memberikan maklumat-maklumat penting kepada pelajar.Guru disiplin juga tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan mengingatkan kembali kepada pelajar tentang peraturan-peraturan sekolah dan juga mengingatkan kepada pelajar untuk bersiap sedia kerana hari ini akan dilakukan 'sport check' atas kehilangan dompet perempuan.
Cepat-cepat aku meraba-raba poket di bahagian kananku dan lega,ia masih ada.Ketika aku leka mendengar ucapan guru berikutnya,tiba-tiba Ayu mencuit aku menyuruhku memandang ke kanan untuk melihat Maria dengan guru disiplin.Aku memandang ke arah yang disuruh.Agak terkejut dengan penampakan itu.Kelihatan Maria sedang membuat muka mimik sedih di hadapan guru disiplin.Apa yang berlaku pada dia?Aku tertanya-tanya.Adakah dompet yang hilang yang diberitahu oleh guru disiplin adalah dompetnya?Adakah dia ada kena mengena dengan hal itu.Aku memandang dirinya dengan pandangan yang tajam.Memerhati gerak geri dia.Firasat hati aku memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
Beberapa puluh minit berlalu.Aisyah muncul di hadapan pentas.Dia meminta seorang pengawas sekolah yang ditugaskan untuk memimpin bacaan doa.Selepas habis perhimpunan,Yana meminta aku untuk menemaninya ke tandas sebentar.Katanya sakit perut.Manakala Anis,Umaira dan Ayu bergerak ke kelas.
Ketika sedang keluar dari barisan,aku terserempak dengan Ain dan Ila.Mereka sedang bergelak ketawa dan apabila mereka perasan aku sedang melihatnya mereka menghadiahkan aku senyuman sinis.Perasaan pelik menguasai diri.Maria sedang menangis di hadapan guru disiplin sedangkan rakan-rakannya boleh bergelak ketawa.Adakah mereka sedang merencanakan sesuatu?Seperti ada sesuatu yang akan terjadi.Aku berdebar.Jantungku berdengup lebih kencang.Aku berpeluh di tanganku.Aku tahan.
Setelah beberapa langkah untuk sampai di tandas perempuan,aku melihat guru disiplin dan beberapa pengawas lain juga sedang mengekorinya.Yana sudah masuk ke dalam tandas manakala aku menyandar bahu kiriku di dinding tandas bersebelahan dengan pintu utama tandas.Aku sengaja tidak masuk ke dalam tandas kerana ingin memerhati situasi yang sedang berlaku pada guru disiplin.Kelihatan beberapa pengawas sekolah yang berpakaian biru sedang memasuki setiap kelas yang berhampiran dengan kelas aku berkemungkinan sedang menjalankan 'sport check'.Aku mengecam setiap pengawas sekolah yang sedang ditugaskan oleh guru disiplin dan aku ternampak wajah Aisyah yang sedang berdiri di bersebelahan guru disiplin.Kini,giliran kelas aku pula di'sport check'nya.Aku memanggil Yana untuk mempercepatkan sedikit.Perasaan tidak sedap hati bertandang.Setelah Yana selesai,kami bergegas ke kelas apabila suasana di dalam kelas senyap.Aku memberi salam dan melangkah memasuki kelas dengan debaran di dada.Aisyah melihat aku dengan mukanya yang sedang tegang.Tiba-tiba aku melihat beg aku sudah diggeledah oleh seorang pengawas.Semua buku teks,nota dan latihan berteraburan di atas meja dan ku lihat tangan pengawas itu memegang dompet perempuan yang berwarna kuning.Seingat aku dompet itu kepunyaan Maria.Aku sungguh terkejut dengan apa yang sedang aku lihat.
Apakah yang terjadi?Kenapa dompet Maria ada dalam beg aku?Aku disabatoj ke?Pelbagai pertanyaan yang bermain di kelapaku.
"Amira,awak mencuri?"Kata guru disiplin itu dengan garang.
Semua pelajar dalam kelas aku menikus.Mendiamkan diri.Mereka semua memandang aku menunggu tindak balas aku.Sunyi.Hanya bunyi kipas sahaja kedengaran.Aku memandang Maria yang sedang menangis.Dapat kulihat air mata kepura-puraan itu.Ila dan Ain sedang tersenyum kemenangan.Aku memandang ke arah Aisyah inginkan kepercayaan dia,inginkan dia menyokong aku,inginkan dia menidakkan apa yang sedang berlaku.Dia juga seperti aku,terdiam,tergamam dan terpana.
"Mira,kau curi dompet aku.Sampai hati kau!aku tak buat apa-apa pun kat kau.Kenapa kau curi dompet aku!"Marah Maria padaku.
Aku terkesima.Hati pedih.Kenyataan Maria sekaligus merobek hati aku.|Aku hanya mampu mendengar bait-bait ayat itu dan memerhati permainan Maria.Sudah ku jangka pasti mereka merencanakan sesuatu.Sedari pagi tadi hati aku tidak tenang.Tiba-tiba datang satu aura keberanian dalam diri aku.Kalau bukan aku,siapa lagi yang akan mempertahankan aku.
"Kau sengaja kan nak mempergunakan aku untuk kesenangan kau,kan?"balas aku dengan tenang.Dada dihambat debar namun aku tenangkan.
"Takde niat sekelumit pun aku nak curi duit kau.Papa aku masih mampu lah tanggung aku.Masih mampu bagi duit pada aku.Duit kau ak tak ingin satu sen pun!entah-entah kau yang sengaja letak dompet kau dalam beg aku,kan??!!!tengking aku pada dia.Aku sudah tidak menghiraukan siapa yang menyaksiakan adegan kami.Ak perlu mempertahankan diri aku sendiri.
"Awak berdua ikut saya ke bili disiplin sekarang!"arah cikgu disiplin tegas."dan Aisyah awak sekali ikut mereka"tambah cikgu disiplin lagi.
Maria mengikuti cikgu di belakang manakala aku dan Aisyah membuntuti mereka.Sempat aku mengarahkan rakan-rakanku yang lain agar mengemas buku-buku masuk ke dalam beg aku.Mereka mengangguk dan dapat aku lihat mata mereka sedang bersimpati atas nasib aku.Aku faham mereka tidak dapat menolong aku.Apalah yang daya mereka ada untuk mempertahankanku.Selagi aku boleh mempertahankan diriku yang tidak bersalah,aku akan pertahankan.Tekad aku dalam diri.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...