57

26 3 0
                                    

"Mira...sabar ye?"
"Aku tahu kau kuat,lalui semua ujian ini dengan tabah"
"Jangan putus berdoa,Mira.Hanya Allah sahaja kekuatan kita."
"Suatu hari nanti Aisyah akan kembali ke pangkuan kita juga."

Begitulah kata-kata mahupun ucapan yang diluahkan oleh manusia-manusia yang telah melawat umi di Hospital Tunku Malik(HTM).Ucapan itu pada awalnya telah memberikan aku semangat tapi apabila sudah terlampau ramai manusia berkata begitu,aku terasa ianya hanya sekadar kata-kata kosong.

Aku hampir kehilangan umi.Umi koma dan sekarang sedang terlantar di Hospital sejak seminggu yang lalu.Hari-hari aku berdoa agar umi sedar daripada koma dan menjalani hari-hari seperti biasa.

Setiap kali aku berkunjung ke hospital,setiap kali itulah hati aku sebak melihat sekujur badan umi di atas katil.Bertambah sebak apabila Aisyah tiada perkembangan.Hilang jejak.Tiada berita tentang diri Aisyah sejak seminggu yang lalu.

Pihak polis,bomba,JPAM dan pelbagai lagi pihak-pihak yang lain berusaha menjejak kehilangan Aisyah di tempat kejadian itu.Tiada perkembangan.Aisyah hilang tanpa tahu entah kemana dia menghilang.

Satu Malaysia heboh dengan berita ini.Sudah tersebar di mana-mana sahaja berita kemalangan yang melibatkan Aisyah dan umi.Berita ini menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila kehilangan Aisyah tidak dijumpai sehingga hari ini.Masing-masing cuba membuat kesimpulan tersendiri.

Di media sosial juga penuh dengan berita-berita ini dan pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media itu.Ada yang positif seperti memberikan kata-kata semangat,takziah dan sudah tentu ada negatif. Ada yang kata Aisyah disorok bunian kerana jejak Aisyah tidak dapat dijejaki oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.Ada yang kata lagi,kata-kata yang lebih kejam berbanding tadi Aisyah sudah dimakan oleh binatang liar.

Sejak baca komen-komen begitu,aku sudah tidak mahu membuka telefon aku lagi.Aku tidak mahu membaca komen-komen begitu lagi.Aku mahu menangis.

Satu minggu bukan sekejap.Apa-apa sahaja boleh berlaku.Jika benar Aisyah sudah meninggal dunia,aku mahu lihat jasad Aisyah.Aku mahu bukti itu.Jika benar Aisyah sesat,aku sangat bermohon kepada Yang Maha Esa agar Aisyah diberi jalan untuk kembali ke pangkuan kami.

"Amira...makan ni dulu."Pinta Kak Nad sambil menghulurkan bungkusan nasi di dalam polistrin.

Aku geleng menandakan aku tidak mahu.Sejak kejadian ini,selera makan aku semakin berkurang.Bukan berkurang lagi tapi hilang!Sekiranya tidak dipaksa,aku takkan makan walaupun sebutir nasi.Sungguh peristiwa ini membuatkan aku selalu ditemani air mata.

"Makanlah Mira...nanti masuk angin perut tu"Pujuk Kak Nad lagi.Kakak atas Aisyah,anak kedua papa dan umi.

Aku geleng untuk kali kedua sambil mata tidak lepas daripada memandang sekujur tubuh umi yang terbaring di atas katil hospital.Sejak seminggu lalu,Hospital ini sudah seperti rumah kedua aku.Aku sentiasa menjaga umi,sentiasa berbual dengan umi walaupun umi tidak sedarkan diri lagi.

Papa sekarang sibuk dengan urusan menjejak kehilangan Aisyah di Terengganu.Kasihan akan papa,sentiasa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu mengurus hal ini,dan terpaksa ke Kuala Lumpur semula untuk melihat perkembangan umi pula.Terpancar seribu satu kebimbangan di wajah Papa.Isteri tercinta terlantar tidak sedarkan diri di hospital di Kuala Lumpur manakala anak kesayangan hilang entah ke mana tanpa jejak.

Memandangkan aku sentiasa suka berbual dengan umi,papa sempat pesan kepadaku bahawa jangan sentuh hal Aisyah kepada umi.Jika benarlah orang koma dapat mendengar,sudah tentu umi akan sedih mendengar hal Aisyah ini.Menyebabkan kemungkinan untuk umi sedar semakin tipis.

Mendengar nasihat itu,Aku langsung tidak sentuh hal Aisyah walaupun kadang-kadang tersasul untuk memberitahu Umi.Umi perlukan dorongan untuk bagi dia semangat bangkit daripada koma.

"Mira...kalau kau tak nak makan,pasti umi sedih tengok keadaan kau macam ni."Pujuk Kak Nad lagi.

Aku memandang Kak Nad minta penjelasan.Fikiran aku sudah penat untuk mencerna segala yang telah berlaku dan kata-kata yang dibicarakan oleh orang lain setelah apa yang terjadi pada diriku.

"Ingat tak,dulu-dulu...umi tak suka anak-anak umi tahan lapar.Umi akan pastikan anak-anak umi sentiasa makan.Mira nak umi sedih ke lihat Mira tak makan-makan dari pagi tadi?"

Kelihatan Kak Nad berusaha memujuk aku makan.

"Tak nak..."Leret suara aku.

Kemudian Kak Nad menghulurkan kembali polistrin berisi nasi berlauk di dalamnya.Aku membuka penutup itu dan bau kuah kari ayam membuatkan perutku bunyi untuk kali keberapa.Kecur air liurku melihat nasi dan kuah itu.

Beberapa minit berlalu,suasana jeda antara kami.Tiba-tiba aku menyuarakan pertanyaan ini kepada Kak Nad.

"Kak...Kak rasa,Aisyah ke mana?"Perlahan suara aku berkata tidak mahu didengari oleh umi walaupun umi sedang tidak sedarkan diri.

"Entahlah Amira.Akak pun tak tahu."

"Macam mana kalau apa yang orang ramai katakan itu betul?...Aisyah kena sorok.."Belum habis pertanyaan itu dilontarkan,Kak Nad sudah mencantas.

"Syhhh!!...kita kat depan umi ni...Kalau umi dengar macam mana?Sedih umi nanti"

"Tapi..."

"Mira...jangan dengar kata orang.Kita sendiri pun belum dapat khabar dari sana.Tunggu laporan sana dulu sebelum buat kesimpulan.Telefon tu off saja,tak usah baca komen-komen di media sosial.Semua tiada kesahihan."

"Hrmm..."Aku ingin menangis lagi tapi ditahan sehabis-habisan agar tidak kelihatan lemah di depan Kak Nad.

"Dengar tak?"Tanya Kak Nad setelah tiada sahutan daripada Amira.

Aku angguk.Kak Nad memang bimbangkan aku sekiranya aku cuba-cuba baca komen-komen negatif di media sosial.Kak Nad bimbang aku semakin sedih dengan kata-kata mereka yang tidak pandai menjaga hati ahli keluarga mangsa.

"Mira...dari semalam Mira tak nak balik rumah papa.Mira baliklah hari ini.Umi,biar kak Nad saja yang jaga."

"Tak naklah."

"Kenapa?Ada masalah ke?"

"Kalau tinggal di rumah papa,Mira akan teringat pada Aisyah nanti.Banyak kenangan kami di rumah itu.Bau Aisyah..."

"Tapi akak Nampak Mira penat sangat  ni...kalau di rumah,Mira boleh berehat di bilik,atas katil."

Aku geleng.Kak Nad tidak mampu lagi memujuk aku.

Bukan aku tidak teringatkan Aisyah malah setiap masa aku akan teringatkan Aisyah tapi di sini,di hospital ingatan tentang Aisyah tidak sedalam berbanding berada di rumah.Ketika di rumah,aku sentiasa ingin pergi ke bilik yang dihuni oleh Aisyah.Bau Aisyah sentiasa aku hidu dalam rumah itu.Bilik piano kami...Setiap sudut pasti terkenang kenangan kami berdua.

Lebih baik aku berada di sini,menjaga umi,berbual dengan umi,lapkan badan umi.Kuranglah sedikit rindu aku kepada Aisyah.

"Kak..kalau kak nak balik,balik sajalah.Mira boleh jaga umi.Nanti Tok Ma,opah dan yang lain-lain akan datang sini,lawat umi."

"Tak apalah Mira.Akak stay sini dulu untuk beberapa jam sementara akak tak ada apa nak buat kat office papa."Kata Kak Nad tenang bersama senyumannya di wajahnya.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now