Pagar sekolah aku tuju,beberapa pelajar juga sama seperti aku ingin melangkah ke dalam kawasan sekolah.Dalam ramai-ramai pelajar tatkala itu,kelibat Adib yang aku perasan dan sedar di kawasan tempat letak kereta untuk kenderaan pelajar.Kereta?Dia naik kereta?Dia ada lesen ke?Pelbagai pertanyaan sedang berlegar-legar di fikiranku.
Kelihatan dia sudah keluar daripada kawasan tempat letak kereta dan menuju ke arah laluan kelas kami.Ini bermaksud dia akan ke kelas terlebih dahulu dan tujuan kami sama.Aku mempercepatkan sedikit langkahku bagi menyaingi langkahnya memandangkan beberapa langkah sahaja untuk aku berada di sisinya.
"Assalamualaikum Adib!"Sedaya upaya aku menceriakan suaraku ketika menegurnya.Tidak mahu timbul aura pergaduhan antara kami.
Dia memandang ke tepi kanannya dimana suara aku memberi salam.Kelihatan reaksi wajahnya sedikit terkejut dengan kehadiran aku di sisinya tapi bibirnya masih menjawab salamku.
"Kau naik kereta erh pergi sekolah?Memang setiap hari ke?"Tanyaku terus tentang persoalan yang bermain dibenakku sebentar tadi.
"Nampak pulak kau?kau stalk aku erh?"Tuduhnya kepada Amira.Sengaja dia berkata begitu,ingin mengusik gadis itu.
"Jangan nak perasan Adib.Aku ternampak!"Kataku ingin mempertahankan diri daripada terus dituduh olehnya.
Dia mencebir bibirnya seperti tidak mempercayai kata-kataku.Tengok!Nak memulakan perbualan dengannya pun kena tuduh terlebih dahulu.Inilah punca pergaduhan antara kami,tiada persefahaman.Dirinya sekarang dengan dirinya semalam sangat jauh beza.Semalam dia seperti seorang gentleman tapi kini seorang yang hati beku,muka keras sahaja.Tiada langsung secalit senyuman.
"Jawablah soalan aku!"Gesa aku kepadanya inginkan jawapannya.
"Ye Amira,setiap hari aku naik kereta pergi sekolah.Puas?"Sepertinya nada Adib sedang menahan geram setelah dipaksa olehku untuk menjawab pertanyaan yang kuberi kepadanya.
"Tak puas lagi.Kau ada lesen?"Naif pertanyaanku.Sengaja dia bertanya begitu ingin memastikan perkara itu benar.
"Kau ingat kalau takde lesen,cikgu nak bagi pelajar bawa masuk kenderaan dalam kawasan sekolah?"Adib menjawab selamba.Dia tahu jawapan itu tidak akan memuaskan hati aku.
"Ada lah ni ye lesen?"Tanyaku lurus.Aku tahu dia geram dengan soalan bertubi-tubi dariku.
"Lesen kereta ada,motor ada.Yang takdenya lesen lori sahaja lagi"Kata dia serius.
"Ouh...macam tu."Aku mengangguk berpuas hati.
Aku dan Adib berjalan bergadingan.Sebenarnya aku sedar ada mata-mata yang sedang memerhati kami berdua.Sama ada mereka sedang cemburu atau sakit hati memandangkan Adib adalah pujaan hati mereka.Kata Aus,ramai pelajar perempuan tergila-gilakan Adib tapi dia sahaja yang tidak melayan mereka.Suasana antara kami kekok.Tinggal cengkerik sahaja untuk menjadikan ia lebih canggung.
"Aku nak ucap terima kasih dengan kau."Nada suara aku yang tadinya ceria kini hilang.Pandangan kutunduk ke arah jalan.
"Hah!Untuk apa?"Tanya Adib seperti sedang hairan dan terkejut dengan kata-kata aku.
"Kau bagi peluang untuk aku tonjolkan diri aku atas pentas semalam.Disebabkan itulah,aku rasa dihargai berada di sekolah ini dengan bakat yang aku ada.Sekali lagi aku nak ucap terima sebab bagi aku peluang untuk bermain piano.Sejak aku dipindahkan ke Terengganu,aku jarang main piano.Tapi latihan setiap petang yang kau adakan,buat aku dapat lepaskan rindu aku dengan piano walaupun piano tu bukan milik aku."Perlahan suara aku menuturkan ucapan itu.Tersekat-sekat. Aku menunduk menahan air mataku daripada gugur lagi.
Lega hati aku setelah mengucapkan terima kasih kepada Adib.Kerana dia aku dapat lepaskan rindu aku terhadap piano.Dan masih banyak lagi jasanya terhadap aku setelah kejadian semalam.
Ketika Amira sedang menuturkan ucapannya,Adib mendengar sahaja apa yang diluahkan Amira dengan teliti.Luahan dan ucapan itu sungguh membuatkan dirinya sayu dan sedikit sebak mendengarnya.Di sebalik wajah keceriaan Amira,pasti ada kedukaan yang harus dilalui olehnya.Di sebalik tenangnya,ada tangis yang perlu ditanggung.Adib yakin Amira menyimpan satu kedukaan di hatinya.Adib juga tidak tahu kenapa dan mengapa Amira berpindah ke sekolah ini.Jauh dari keluarga kerana setahunya Amira berasal dari Kuala Lumpur dan sekarang dia tinggal bersama opahnya.
Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi terhadap gadis itu sehingga Amira berpindah dari sekolah di Kuala Lumpur ke Sekolah di Terengganu.Tiba-tiba perasaan ingin tahu puncanya membuak-buak.Dia perlu mencari jalan untuk mengetahui hal itu daripada Amira.Dia harus berbaik-baik dengan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan Amira agar Amira tidak mengesyaki atau mengesan sesuatu daripadanya.
"Adib,terima kasih ye."Ucap aku sekali lagi apabila tiada respon daripada Adib sambil mengerling ke wajah lelaki itu. Selama ini memang aku selalu perasan yang dia mempunyai raut wajah yang mampu menjadi igauan para gadis. Tubuhnya tinggi lampai cuma wajah kacak itu tidak pernah dihiasi senyuman kalau senyum pun mesti sinis.Renungannya pula tajam menikam.Ekspresi yang boleh buatkan orang sekeliling takut untuk pandang lama-lama.
Suara aku memecah suasana sunyi antara kami. Entah apa yang direnungkan oleh Adib.
"Sama-sama Amira.Aku pun nak ucap terima kasih dengan kau.Kau sanggup gantikan tempat Aus dalam persembahan ni.Kalau takde kau,aku kene rancang dari awal persembahan untuk aku sorang.Nak rancang,satu hal pulak,ambil masa yang lama.Lagipun suara kau sedap,pandai main piano.Bolehlah kan aku minta kau buat persembahan dengan aku lagi?"
Tiba-tiba aku rasakan Adib sudah lain,tutur katanya lebih lembut berbanding tadi.Sudah tiada aura dinginnya,bekunya dan aisnya.Dah cair ke?Seperti ais krim yang cair.
"Haha..Kau nak panggil aku lagi untuk persembahan akan datang?Sure?"Tanya aku teruja dan sungguh teruja sekali dengan pelawaannya.
Bekerjasama dengan Adib tidak sesukar mana.Dia seorang yang sabar dalam memberi tunjuk ajar,tekun dalam membuat latihan,tidak membantah sekiranya seseorang ingin memberi pendapat,menerima kritikan dengan baik.Dia juga akan menegur kesilapan yang dilakukan dengan berhemah,bermaksud teguran yang diberi olehnya,tidak membuat seseorang itu terasa.Disebabkan hal itulah,orang akan memperbaiki kesalahan atau kesilapan yang dilakukan kerana teguran yang diberi dengan lembut.Kalau dilihat diri Adib secara luaran,pasti orang menilainya seorang yang berlagak,ego tinggi,tidak peramah,keras kepala ditambah lagi apabila Adib bukanlah seorang yang suka mengukir senyuman tapi bila dah kenal,dah pernah bekerjasama dengannya serta-merta penilaian itu hilang sekelip mata,punah berkecai dan terbang jauh sejauh-jauhnya.
Lama-kelamaan aku semakin menyenangi peribadi Adib.Selalu ingin mendekati dirinya,ingin lebih kenal empunya diri.
"Sure.Bolehkan?"Tanyanya inginkan kepastiannya.
"Boleh.Tapi main piano jelah"Senyum kuukir lebar menandakan aku sangat gembira diajak untuk buat persembahan akan datang.
Adib mengangguk.Kami dah sampai di hadapan kelas.Tak sedar pula perjalanan kami ke kelas beriringan dengan perbualan kami yang agak panjang.Kami berpisah untuk ke tempat masing-masing.
Pulang sahaja di rumah Opah,kelihatan kelibat Opah masih tiada.Tidak balik lagikah?Aku mencari di pelbagai ruang rumah tapi hampa,tidak kutemui juga.Akhirnya kubuat keputusan untuk mandi,solat dan bergegas ke rumah Adam.Adam meminta aku ke rumahnya untuk makan.Aku hanya menurutkan saja. Lagipun perut tengah lapar,opah pulak tak balik-balik lagi.
Semasa aku sedang makan untuk permulaan suapan,Mak Jah memberitahuku bahawa Opah akan menginap di rumah kawannya untuk semalaman lagi.Mak Jah membenarkan aku tidur di rumahnya untuk kali kedua.Oh!bertambah malu di dadaku.Adam juga tidak membantah untuk tidur di rumah Opah.
Sabar,sabar!Opah ni kata semalaman saja,sekarang dah dua malam.Macam mana kalau opah tiba-tiba nak tambah semalaman lagi?Macam mana aku nak tebalkan muka aku lagi menumpang makan dan tidur rumah Mak Jah?Sungguh malu rasanya.
Hidangan kali ini,giliran Mak Jah sediakan.Nasi dagang.Sedap.Aku dengan tak malunya pergi jilat jari apabila sisa-sisa kuah nasi dagang masih di jariku.Di sini,aku mengambil peluang untuk ringankan tulang bantu apa yang patut.Kebanyakkannya aku selalu yang basuh pinggan di rumah Mak Jah walaupun mereka tidak memintaku berbuat sedemikian.Tapi tak apa,itu sahaja yang aku mampu lakukan buat masa sekarang untuk membalas jasa baik mereka berdua.
Tak apalah semalaman saja lagi.Kalau opah tambah satu hari lagi,aku akan pergi pujuk opah balik sini semula.Akan sedaya upaya aku untuk pujuk opah!
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...