Piano berjenama YAMAHA aku tuju sekali lagi,duduk dengan tenang walaupun dalam hati debaran tidak berhenti.Mana mungkin ingin tenang kalau sudah beratus-ratus orang di hadapan aku sedang menyaksikan aku.
Aku melihat Adib inginkan kekuatan darinya.Dia mengangguk seperti menyuruh aku teruskan membuat persembahan.Senyuman kuberi sebagai balasan 'baiklah'.Adib sudah duduk di kerusi bersama-sama pelajar yang lain.Bibir kudekatkan dengan microfon.Tangan sudah bersiap sedia ingin tekan not pertama.Fokus!Main piano perlukan fokus!Seperti lagu ini,liriknya membawa makna yang mendalam.Dan aku ingin sampaikan makna lagu itu melalui nyanyian aku.
Dan bermulalah...aku nyanyi sambil menghayati lirik ini.
Setiap saat setiap waktu
Keringat basahi tubuh
Ini saat yang kutunggu
Hari ini ku buktikanKu yakin aku kan menang
Hari ini kan dikenang
Semua doa kupanjatkan
Sejarah kupersembahkanTerus fokus satu titik, hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar lampaui batas
Terus fokus satu titik, Hanya itu titik itu
Tetap fokus kita kejar dan raih bintangDan seperti persembahan pertama,tingkah laku aku masih sama.Tangan,otak,mata,hidung dan mulut bekerja keras agar persembahan ini berjalan dengan lancar.Bukan anggota itu sahaja,tapi semua anggota badan aku bekerja keras.
Persembahan berjalan lancar.Tepukan gemuruh diberi daripada pelajar dan guru untuk aku.Aku senyum dan kemudian tunduk.Pengetua menyuruhku kembangkan bakat yang aku ada.Katanya lagi suara aku merdu dan mampu menyanyi sambil bermain alat muzik.Dia kagum dengan apa yang aku ada.
Aku baru beberapa bulan berada di sekolah ini,dan aku sudah menonjolkan diri aku dengan bermain piano di sini.Sepertinya diri aku diterima oleh mereka buktinya mereka menghargai bakat yang aku ada.Aku sangat berterima kasih dengan Adib kerana memberi peluang kepada aku menonjolkan diri.Tapi bukan sekarang aku berterima kasih kepadanya,tunggulah esok lusa.Seharian muka aku tahan malu tidak mahu ditambah malu yang lain.
Majlis persaraan guru berjalan dengan baik dan bersurai dengan jamuan kecil.Lagi empat puluh lima minit sebelum waktu sekolah berakhir.Tidak berbaloi aku menukar pakaian seragam sekolah Semua pelajar diminta ke kantin untuk makan,dan tidak dikecualikan aku.Perut sedari tadi lapar tapi disebabkan berdebar dan tahan perasaan malu,sehinggakan perut lapar pun tak terasa.
Puteri,aku dan Ika menuju ke kantin,mengambil makanan yang disediakan dan mencari tempat duduk di meja makan.Nasib ada satu meja yang masih tidak dipenuhi orang.Kami duduk,letak makanan,pergi ke sinki dan basuh tangan kemudian duduk kembali dan mulakan suapan yang pertama,kedua dan ketiga.Ingin masuk suapan keempat,bunyi deheman seseorang dan tapak kaki beberapa orang mendekati kami bertiga.Aku mengangkat wajah,Adib!Aus dan Fattah juga berdiri di sebelah Adib sambil memengang pinggan yang berisi makanan sama seperti kami sedang makan.
Adib masih berpakaian tadi,baju melayu tapi tangan sudah disinsing kemas hingga ke siku,menambahkan lagi kekacakkannya yang sedia kacak.Fattah,baju melayu tapi berseluar slack memandangkan dia ditugaskan mengambil gambar majlis itu menggunakan kamera canon milik sekolah.Manakala Aus baju seragam sekolah seperti pelajar-pelajar lain yang tidak terlibat dengan mana-mana persembahan untuk majlis itu.
Jadi,patutlah pada awalnya Adib pakai baju kemeja dan seluar slack saja sebab dia juga ditugaskan sama tugas dengan Fattah.Cuma sebentar saja tugasnya itu kerana dia harus buat persembahan bersama aku tadi.
Aku mengangkat kening.Seperti dia faham apa yang aku maksudkan
"Meja dah penuh,boleh kami duduk kat sini?Meja kat sini saja yang ada ruang untuk kami bertiga."Adib berkata dan barulah aku faham tujuannya ke meja kami.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...