Papa, umi, Aisyah dan aku dalam perjalanan ke rumah opah di Terengganu.Sepanjang perjalanan aku termenung, melihat permandangan di luar tingkap kereta.Fikiranku sedang kosong.Apa yang akan terjadi kepadaku tanpa papa dan umi sebagai tempat aku bermanja? Bagaimana denganku tanpa ketiadaan Aisyah di sisi? Aisyah tempat aku meluahkan segala masalah aku, suka duka aku, malah cerita yang remeh temeh pun aku kongsikan padanya.Hubungan kami berdua sangat akrab.Tiada rahsia antara kami.Kami kembar seiras.Muka kami hampir sama.Yang dapat membezakan antara aku dan Aisyah adalah pelakuan aku yang agak kasar,bertutur dengan nada yang tinggi, sering menanggalkan tudung, manakala Aisyah seorang yang lemah lembut,sopan santun,ayu,anggun,sentiasa menutup aurat,bijak.Perilaku Aisyah saling tak tumpah dengan umi.Bagaiman dengan diriku tanpa ketiadaan mereka? Mereka sangat bermakna dalam hidupku.Ku kerling Aisyah di tepi, dia juga sepertiku, memandang ke luar tingkap.Seperti memikirkan sesuatu.'Aku pasti akan merinduimu Aisyah.'kataku sendiri.Lalu aku memandang ke luar tingkap semula.
Aku teringat kembali saat-saat papa memberitahu tentang perancangannya untuk hantar aku ke rumah opah.Waktu itu kami baru lepas makan tengah hari lalu papa dan umi memanggil aku dan Aisyah ke ruang tamu keluarga.Kata mereka,ada sesuatu yang ingin dibincangkan.Hafiz,Ian,Tok Ma,Ibu Ani dan Sofia juga turut serta dalam perbincangan itu.Apabila semua sudah mengambil tempat di sofa,papa memulakan bicara
"Esok,papa akan hantar Mira ke rumah opah.Aisyah dan Amira,malam ni kemas pakaian-pakaian yang hendak dibawa.Esok juga kita ke sana.Papa akan mendaftar Mira ke sekolah yang berdekatan dengan rumah opah.Mulai esok kamu tinggal di sana.Cuti,kami akan ke rumah opah mengambil kamu atau menjenguk kamu,Mira."Papa mengeluarkan arahan yang membuatku terpaku.Wajahku ketika itu sudah meronta merah menahan marah.Aisyah juga terpaku dan terkejut.
"habistu Aisyah?Kami perlu berpisah?"Tanya aku laju.Tajam mata aku menikam mata papa bagaikan mahu ditelannya hidup-hidup.
"Aisyah tetap bersekolah di sekolah lama."
"Kenapa Aisyah tak berpindah sekali bersama Mira?"
"Aisyah banyak tanggungjawab di sekolah itu,Mira.Hanya setahun je lagi,Mira.Bersabarlah."
"Ini tidak adil buat Mira,pa."Aku merenung mata papa menggusarkan lagi hatinya.
"Papa terpaksa lakukan untuk kebaikan kamu, Mira.Keputusan papa muktamad!."Selepas papa menyuarakan perancangannyaa itu,terus dia beredar dari ruang yang menyesakkan dadanya.
Tiada secalit senyuman pun di wajahku.Aku bagaikan masih bermimpi.Tidak percaya dengan realiti yang sedang aku hadapi.Aku sebak.Jiwa kosong,terasa terapung-apung.Terasa papanya tidak memahaminya.Kenapa perlu berpindah jauh?
Yang lain tidak bersuara.Hanya menikus.Mendiamkan diri.Tidak berani membantah.Termasuk aku dan Aisyah.
"Kenapa Mira,umi?Kenapa papa sanggup pisahkan Mira dan Aisyah?Papa dan umi tidak percaya ke yang Mira bukan buat semua itu?Apa salah Mira?Tanya aku bertubi-tubi dengan suara yang mendayu-dayu di pendengaran telinga mereka yang masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka.Mereka terdiam.Tanpa disangka,air mata menitis.Dadaku terasa sesak.Sukar mahu bernafas.Aku menunduk.
"Sabarlah,Mira.Andai ini yang terbaik untuk kita,kita laluinya bersama.Tidak baik berburuk sangka dengan papa kita sendiri.Pasti papa ada alasan yang kukuh sehingga dia sanggup menghantar kau ke rumah opah.Hanya setahun je Mira.Tidak lama.Nanti aku sering jenguk-jenguk kau"lirih suara Aisyah memujukku.
Aku mengangkat muka merenung seraut wajah penyejuk mata yang sentiasa tenang.Senyuman manis terlakar di bibir Aisyah.Umi sedih.Air mata dikesat perlahan.Tok Ma tidak mengucap apa-apa sebaliknya terus memeluk kami berdua.Ibu Ani dan Sofia yang melihat kelakuan Tok Ma yang memeluk kami turut sama berbuat demikian.Kami berenam berpelukan!Inilah yang dinamakan cubit peha kanan,peha kiri turut merasainya.Nyawa kami bagai bersatu.Hati kami bersatu.Jiwa kami bercantum.Itulah namanya keluarga.Manakala Ian dan Hafiz sebak melihat momen-momen itu.Ian menyeka air mata lelakinya itu agar Hafiz tidak menyedari perbuatannya itu.Dia terus mengeluarkan Iphone 6 nya,lalu membuka kamera dan mengambil beberapa keping gambar perempuan-perempuan yang sedang berpelukan itu tanpa mereka sedar.Kenangan!
..........Setelah beberapa jam berada dalam kereta, kami berempat selamat sampai di rumah opah.Aku tidur setelah ingatan tentang kejadian semalam menguasai fikiranku.Aku keluar dari kereta seperti juga dengan Aisyah, umi dan papa.Aku menggeliat badan ke kiri dan ke kanan supaya dapat menghilangkan rasa lenguh.Aku menghirup udara segar di kampung.Tiada asap-asap kenderaan berterbangan di udara.Tiada bunyi yang membingitkan.Tiada kesibukan lalu lintas oleh kenderaan-kenderaan sepertimana di bandar.Aroma tumbuhan hijau yang tumbuh di sekelilingku menusuk ke hidung.Nyaman sekali.Bunyi burung berkicauan.Tenang.Bagaikan masalah hilang sekelip mata.Papa, umi dan Aisyah mengeluarkan semua beg kami dari bonet kereta Alphard kami.
"Mira! Aisyah! Norma! Zakaria!"kedengaran lauangan opah di anak tangga terakhir rumah opah.
Kami berpaling ke arah suara itu.Kelihatan opah sedang menuju ke arah kami.
"Macam mane perjalanan kamu sekeluarga?"tanya opah sambil menyambut huluran salam papa dan memeluknya.Begitu juga dengan umi dan Aisyah.
"Alhamdulilah mak, perjalanan semuanya baik dan selamat"jawab papa dengan lembut
Sambil mereka berpelukan,aku memerhati sekelilingku.Kelihatan rumah opah gah di hujung kampung.Walaupun tidak sebesar rumah kami di KL tapi ia nampak bersih cantik, susunan pasu-pasu pelbagai bunga kemas dan teratur menunjukkan pemilik rumah seorang yang menyukai bunga dan pembersih.Kelihatan sebuah lagi rumah tidak jauh beberapa meter dari rumah opah.Rumah itu cantik.Susunan perabot di luar sangat teratur.Bersih.Seperti ada orang yang menghuni rumah itu.Seingat aku dua tahun lepas rumah itu sunyi, kosong.Ada sebuah kereta TOYOTA VIOS terparking elok di halaman rumah.Kukerling jam di pergelangan tangan yang menunjukkan angka 12:35 pm.
"Mira,salam opah."panggil umi menyuruhku salam tangan opah.Pemerhatianku terhadap sekelilingku juga terbantut akibat suara umi itu.Aku menyalami tangan opah dengan penuh kasih sayang lalu aku memeluknya tubuh tuanya.
"Mira sayang dan rindu opah"kataku kepada opah.
Opah mengangguk lalu berkata "opah juga sayang dan rindu sangat cucu manja opah ni,dah lama tak datang jenguk opah kan?"Opah meleraikan pelukan kami.
"Maaf opah"Jawabku dengan kesal.
"Tak apa,nanti banyak masa kita boleh luang sama-sama"
"opah dah tahu?"
"sudah,papa yang ceritakan malam semalam."
"Opah percayakan mira tak buat semua tu?"
"Opah percaya cucu opah takkan buat perkara macam tu."
"Terima kasih opah"
"nanti ada masa ceritakan semua ya apa yang sebenarnya berlaku pada mira di sekolah."
"Baiklah opah"
Kami berlima masuk ke rumah opah lalu aku dan Aisyah ke bilik kami yang sudah lama kami tak mendiaminya bersama beg kami.Manakala umi dan papa melepaskan lelah di sofa di ruang tamu.Opah pula kelihatan sedang menelefon seseorang.
"Pergilah berehat Zakaria dan Norma,bersihkan diri di dalam bilik tu.Nanti kita minum petang sama-sama.Adam dan Mak Jah akan datang nanti lawat kamu sekeluarga."Kata Opah selepas mematikan telefonnya.
"Baiklah Mak"Jawab papa.Papa terus ke bilik.Penat sangat agaknya.
"Mak nak saya tolong buatkan kuih tak untuk minum petang nanti?"tanya umi kepada opah.
"Tak apalah nak,Mak dah buat pagi takdi.Cuma nak hidangkan je"
'"Yelah mak,ade ape-ape nak ditolong panggil sahaje Ma ye"
Opah hanya mengangguk.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...