Hujung minggu begini kalau sebelum aku berpindah ke rumah Opah,pasti aku dan Aisyah banyak merancang ke tempat-tempat menarik,pergi membeli-belah,melawat rumah saudara-mara dan banyak lagi.Tapi sekarang,tiada lagi rancangan-rancangan itu.Opah sudah pulang ke rumah beberapa hari lepas.Hari ini,baru sebentar tadi Opah,Mak Jah dan Adam ke pasar untuk membeli barang-barang dapur dan bahan-bahan mentah.Opah ada mengajak aku mengikutinya sekali tapi aku menolak lembut dengan alasan penat dan ingin berehat di rumah sahaja.Dan tinggallah aku sekarang di rumah bersendirian,tiba-tiba aku terasa rajin pula ingin mengemas rumah.
Mata memerhati ruang tamu,bersih,kemas dan rasanya tak perlu lagi untuk dikemaskan atau dibersihkan.Kaki menuju ke arah dapur,tudung saji dibuka.Kosong!Perut lapar ni!Tiba-tiba idea gila datang menerjah.
'Nak cuba masak nasi gorenglah!'Gumamku teruja.Fikiranku sedang mengingati kembali resipi nasi goreng Aisyah yang pernah Aisyah ajarkan untukku tapi sayangnya aku tak pernah praktikkan lagi resipi itu dan hari ini aku cuba untuk praktikan.
Bahan-bahannya sudah kusediakan diatas meja dapur.Tanganku sibuk menghiris bawang merah dan bawang putih .Tadinya aku telah menumbuk lima biji lada merah.Baru dua kali mengasakkan anak batu ke dalam lesung,percikan lada menyinggah tepi mataku,pedih.Tapi kukuatkan semangat untuk teruskan perjuangan itu.Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan!
Lada sudah lumat.Aku serba salah sama ada hendak menumbuk bawang merah dan bawang putih bersama-sama lada atau cukup dengan menghirisnya sahaja.Hai,mengapalah aku tidak pernah mengambil berat untuk belajar memasak atau sekurang-kurangnya melihat cara Aisyah memasak!Dalam usia menjangkau 16 tahun aku masih belum pernah memasak sendirian.Paling rajin cuma menolong Umi membasuh pinggan.Inilah padahnya jika anak gadis tidak mengambil kisah tentang dunia masak-memasak.
Ringan sahaja tanganku untuk menelefon Aisyah melalui telefon aku,tetapi tiba-tiba aku jadi malu untuk bertanya.Pertama kali aku berasa malu kerana tidak yakin untuk memasak nasi goreng yang pelanggannya cuma aku seorang sahaja.Ah!walau bagaimanapun aku mesti mencuba!Mendaki gunung lebih sukar jika dibandingkan dengan memasak nasi goreng,bisik hatiku.
Tiba-tiba semangatku menjadi tinggi.Bawang-bawang yang telah kuhiris terus aku masukkan ke dalam lesung bersama-sama dengan lada.Aku kemudian membuka peti sejuk lalu mengeluarkan ikan bilis.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi.
Aku terus membuka pintu peti sejuk buat sekian kalinya.Apa lagi yang perlu keluarkan?Aku mengambil sayur sawi dan tiga keping tauhu untuk digoreng bersama-sama nasi.Tiba-tiba aku terpandang akan seketul daging ayam yang tidak bertulang di dalam bungkusan putih seberat 200 gram.Aku cepat-cepat mengeluarkannya,lalu merendamkannya di dalam air.Sementara itu,aku membersihkkan sawi dan memotong daunnya kecil-kecil.
Tiba-tiba telefonku berbunyi dan menyambut panggilan itu.
"Hello?"
"Assalamualaikum Mira"Suara tua opah kedengaran.
"Waalaikummusalam opah,kenapa ni opah call Mira?"
"Mira,opah lupa nak basuh pakaian tadi dalam mesin.Kalau Mira tolong basuhkan boleh?Letak je pakaian tu dalam mesin lepastu tekan butang-butang macam yang opah ajarkan dulu.Ingat?"
"Hrm...ingat!Boleh opah...nanti Mira buatkan."Akur dengan permintaan opah.
"Terima kasih Mira.Mira tengah buat apa sekarang?"Soalan opah itu merisaukan aku untuk menjawabnya.
Soalan opah kubiarkan beberapa saat tidak dibalas,'takkan nak jawab tengah berperang di dapur masak nasi gorang?Malu!'Bicaraku dalam hati.
"Hrm...hrm..."Tergagap-gagap aku menjawab.Otak ligat berfikir jawapan terbaik untuk diberikan kepada opah.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...