7

50 12 0
                                    


Setelah aku dan Aisyah membersihkan diri dan solat.Aisyah membantuku mengemas pakaianku ke dalam almari yang diletakkan di hujung sudut bilik.Selepas mengemas pakaianku ke dalam almari Aisyah juga siap menggosok baju-bajuku yang berkedut.Aku hanya memerhatikan dirinya sambil bersila di atas katil tanpa ingin membantu.

Beberapa minit selepas itu,Opah mengetuk bilik kami.

"Masuk"kataku.

Opah masuk ke dalam bilikku lalu menyuruhku dan Aisyah untuk memakai tudung dan baju berlengan panjang.Kata opah ada yang nak melawat kami sebentar nanti sambil minum petang.

"Baiklah opah,nanti kami keluar.Mira tunggu Aisyah habis gosok baju dahulu."Lembut ku berkata.

Kami keluar dari bilik.Aku menukar bajuku yang berlengan pendek tadi ke berlengan panjang dan longgar bersama sehelai tudung bawal.Manakala Aisyah hanya memakai sehelai tudung tanpa menukar baju kerana dia sudah memakai baju berlengan panjang sedari tadi.

Aku dan Aisyah melihat papa sedang menyalami seorang lelaki yang bertubuh tegak,memakai baju biru gelap dan berseluar jean hitam.Muka lelaki itu tidak kelihatan kerana sedang menunduk menyalami tangan papa,umi dan opah.Kami hanya memerhati.Kendengaran papa memanggil lelaki itu dengan gelaran Adam.

"Hah,Mira dan Aisyah.Mari salam dengan Mak Jah" kami terpinga-pinga apabila disapa begitu oleh papa.Dan saat itu dengan jelas kelihatan seraut wajah milik lelaki itu. Kacak.Segak.Putih wajahnya.Adam sedang melihat kami berdua.Kami terpegun melihat kekacakkan wajah Adam.Dapat aku lihat kerutan di dahi Adam,mungkin sedang membezakan wajah kami berdua.

Kami mendekati tubuh tua itu yang dipanggil Mak Jah yang mungkin berumur dalam lingkungan 50-an.Mak Jah senyum kepada kami.Manis.Kami membalas senyuman itu dengan ikhlas sambil mendekati Mak Jah lalu menyalaminya.

"Cantikknya kamu berdua.Saling tak tumpah muka.Kembar seiras ye?"

"Ya Mak Jah"balas Aisyah bersama senyumannya.

"mana adik mana kakak?"tanya Mak Jah lagi.

"Saya kakak,nama saya Aisyah"

"Saya adik.Panggil Amira"

"3 minit je beza umurnya"kata umi kepada Mak Jah.

"Ouh.cantik sangat,ayu.Sama macam mak dan opahnye juga"seloroh Mak Jah.

"Kemana tumpahnya kalau tak ke nasi"kata opah.

"Betul tu."jawab papa

"macam mane nak beza yang mana Aisyah dan Amira?"tanya Adam.Baru kedengaran suaranya lelaki itu.Suara dia juga macho.Aduhai!!hati,jangan cair dengan suara itu.

"Aisyah senyum akan kelihatan lesung pipit di pinggir mulutnya manakala Amira akan nampak lesung pipit di pipinya"Jawab umi."Itu beza dia berdua.Yang lain semua mirip.Sampaikan umi sendiri tak dapat beza.haha.Dan satu lagi,perilaku mereka kalau Adam nak tahu sangat-sangat berbeza,bagai langit dengan bumi"jawab umi lagi.Semua ketawa mendengar bicara umi .

"erh,masuk lah.Takkan nak borak kat sini je"sampuk opah membantutkan gelak ketawa mereka.

Opah,Mak Jah,dan umi terlebih dahulu masuk,diikuti papa dan Adam.Sempat Adam mengukir sebuah senyuman kepada kami.Kami membalas senyuman itu berserta lesung pipit yang kami miliki.

Kami semua berada di meja makan di dapur opah.Kuih muih seperti kuih kosui,cek mek molek,kuih keria dan karipap sudah terhidang di atas meja bersama air kopi dan air teh panas yang kelihatan asap berkepul-kepul keluar daripada teko.Kedudukan aku dan Adam berhadapan.Aku berada di tengah antara umi dan Aisyah.Ditepi Adam,ialah Mak Jah.

"sedapnya nampak,sapa yang masak ni opah?tanya Aisyah.

"opah dan Mak Jah lah yang buatkan ni pagi tadi"jawab opah.

"ouh.tak sabarnya nak makan"sampuk aku.

"makan makan jugak ye,anak-anak dara umi kene basuh pinggan tau nanti lepas makan"

"baiklah umi"jawab aku dan Aisyah serentak.

Kami makan dengan berselera selepas dipimpin bacaan oleh papa.Beberapa minit selepas itu,papa menanyakan beberapa soalan kepada Adam yang membuatkanku agak terkejut dan terpana.

"Opah kata Adam sudi nak hantar Mira ke sekolah setiap pagi dan ambil Mira setiap pulang dari sekolah,Benar?"

"ya,uncle."

"Adam tak sibuk?nanti menyusahkan pulak?"

"takde menyusahkan uncle.Adam pun takde benda nak dibuat"

"Habistu macam mane Adam nak ke tempat kerja ?"

"Adam kerja di rumah"

"Adam kerja apa?"

"Dulu Adam kerja di Australia di studio animasi sebagai pelukis animasi.Selepas kematian Abah,Adam yang menjaga Ibu di sini,Adam kerja sebagai pelukis animasi di rumah dan hantar ke produser selepas siap dilukis,kiranye Adam kerja di rumah"Terang Adam kepada kami semua.Kami mengangguk tanda faham.

"Uncle segan pulak,Adam sudi nak hantar dan ambil Mira ke sekolah tanpa uncle balas apa-apa"

"Tak usahlah begitu uncle,saya ikhlas menolong."

"kalau uncle bayar minyak dan upah kepada Adam,Adam ambik ya"

"erh,tak payahlah uncle"

"alah Adam,kire macam uncle upah Adam jadi driver Mira.Tak senang duduk uncle kalau Adam tak terima apa-apa daripada uncle sebagai balasan"

"benar tu Adam,terima sahajalah pemberian uncle tu"tambah umi menyokong papa.

"kalau begitu kata uncle dan auntie,Adam nak bantah pun dah tak boleh"

"Terima ye pemberian uncle pada Adam.Terima kasih sangat-sangat sebab nak tolong uncle.Dan satu lagi permintaan uncle nak minta dari Adam"

"Apa dia uncle?"

"Uncle percayakan Adam untuk tolong jagakan dan tengok-tengokkan Mira untuk uncle ye?Mira nakal sikit,kalau dia buat hal,terutamanya tanggalkan tudung dia,bagitahu uncle,tahulah uncle akan buat ape"

"Pa..."panggilku.
Adam memalingkan wajahnya lalu melihatku dengan matanya yang berbentuk kacang almond itu.
Aku berdebar melihat mata itu.

"Baiklah uncle.InsyaAllah,saya akan jaga Mira"
Terpaku aku mendengar ucapan itu.Ucapan itu seperti apa yang dimaksudkannya.Seperti tiada kepura-puraan.

Aisyah menyiku lengganku yang berada di bawah meja.Aku memalingkan wajahku kepada Aisyah lalu mengangkat kening sebagai simbol 'kenapa?'.Lalu dia memberi senyuman lebar yang ada makna.Aku tahu makna senyuman itu.Aku membulatkan mataku kepadanya tanda amaran jangan memerliku.Aku menjelingnya lalu melihat ke hadapan.Oh my god!!! Adam sedang merenungku.Sejak bila dia merenungku?!! Untuk menahan debar yang menggila aku capai kuih keria lalu memakannya sambil menunduk.Taknak tengok muka Adam.Dahlah hesem,putih.Arhhh!!! tak tidur malam kan...

Mencari DiriWhere stories live. Discover now