Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang mendamaikan jiwa.Tenang rasa dalam hati.Aisyah buka mata.Terkelip-kelip memandang ke atas.Di manakah dia?Aisyah toleh kanan,toleh kiri.Ya Allah,syukur...dia mampu bergerak.
Mata dia juga sudah mampu dibuka dengan mudah.Tidak terasa seperti digam lagi.Aisyah angkat tangan .Gerak-gerakkan jari.Nikmat yang tak terhingga bila mampu menggerakkan jari.
Ya Allah,dia dah boleh gerakkan anggota badan.Terus dia bangun,duduk bersila atas katil sambil memandang sekeliling.Di manakah dia?Bilik sederhana kecil,hanya ada sebuah katil bujang dan kerusi di sebelahnya.
Pandangannya jatuh pada tangan kirinya yang berbalut dengan kain batik.Inikah yang dimaksudkan dengan tangan patah oleh Nek Sam dan Zadi?Aisyah cuba menggerakkannya perlahan-lahan,tidak terasa apa-apa pula.Kemudian mengangkat lebih tinggi dan terasa sedikit sakit.
Tak lama selepas itu,Aisyah hulurkan kaki ke bawah.Katil agak tinggi.Dengan penuh berhati-hati,dia pijak lantai kayu yang berkilat.Kaki terasa pedih dan berdenyut-denyut.Dia tahu pasti ada kecederaan pada kakinya.Tapi rasa sakit itu tidak menghalangi dia untuk mencari jawapan kesemua persoalan yang bermain dalam fikirannya semenjak dia tidak dapat sedarkan diri lagi.Kaki melangkah menuju ke pintu perlahan-lahan.
Suara alunan ayat-ayat suci al-Quran masih kedengaran.Kelihatan seorang wanita bertelekung putih duduk bersila di atas sejadah ,membelakanginya.Wanita ini berada di tengah-tengah ruang rumah ini.Aisyah tarik nafas,cuba bertenang.Suaranya sungguh merdu,membuatkan dia dibuai dalam keasyikan.Inilah suara yang Aisyah dengar sewaktu dia tidak sedarkan diri.Tak sabar hendak melihat wanita yang mengalunkan ayat-ayat suci tersebut.
Dapat Aisyah rasakan wanita inilah yang dipanggil Nek Sam dan mungkin wanita ini juga telah banyak membantu dirinya.
Terdapat sebuah jendela terbuka di belakang wanita itu.Aisyah terus menapak ke situ dan sedaya upaya agar tidak mengeluarkan banyak bunyi sehingga mengejutkan wanita itu,dia melempar pandangan ke luar.Sebuah pemandangan yang begitu indah terbentang di hadapan mata.
Terdapat sebatang anak sungai yang jernih airnya mengalir deras di celah-celah batu besar.Sungai yang tohor membuatkan kaki dia terasa ingin melangkah ke situ.Mahu duduk di atas batu sambil merendam kaki di dalam air di bawah dada langit yang membiru.
Terdapat sebuah jambatan kecil yang melengkung menjadi jalan penghubung ke seberang sana.Bunga-bunga mekar menghiasi tepian sungai.Kelihatan beberapa kanak-kanak sedang mandi di sungai itu.
Sedang leka memandang permandangan itu,fikiran dia melayang cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi sehinggakan dia berada di sini bersama-sama wanita itu.Dia cuba memerah segala ingatannya tapi hanya sia-sia yang dia dapat.Dia tidak ingat sama sekali.Yang dia tahu,namanya Aisyah.
Kepalanya berdenyut-denyut.Sangat sakit.Mungkin kepalanya sakit disebabkan dia telah memaksa fikirannya untuk ingat apa yang telah terjadi.Dia mengerang kesakitan.
"Arh...Erhh.."
Rintihan aku itu tanpa sedar telah mengejutkan wanita itu.
"Erh,anak dah sedar rupanya!"
Kemudian Nek Sam mendekati tubuh Aisyah yang menunduk menahan sakit.
"Sakit?"
Aisyah angguk mengiakan.
"Mari,ikut nenek ke bilik.Nak Aisyah berehat dalam bilik ye?"
Aisyah akur walaupun beribu pertanyaan yang ingin dia utarakan kepada Nek Sam itu.Nek Sam perlahan-lahan mendudukkan Aisyah di kepala katil yang terdapat di bilik yang dia berada sedari tadi.Nek Sam layan Aisyah sungguh lemah lembut.Terpancar kasih keibuannya melalui layanan itu.
"Nek Sam pergi buatkan bubur dulu.Nak Aisyah berehat ye.Jangan banyak gerak,Nak Aisyah tak sembuh sepenuhnya lagi tu.Nanti Nak Aisyah makan bubur yang Nek Sam buat ye?"
Aisyah angguk untuk kali keberapa.Dia melihat tubuh Nek Sam sehingga menghilang ke pintu bilik.
Terdapat tingkat berlangsir di bilik itu yang masih terbuka luas,angin petang masuk menyentuh wajah aku lembut.Aisyah menikmati angin petang itu dengan tenang.Di luar langsir itu kelihatan beberapa buah rumah beberapa meter dari tingkap ini.
Kesemuanya rumah kayu.Pokok-pokok bunga mengelilingi rumah-rumah itu.Menambahkan lagi kecantikan kawasan rumah-rumah itu.Suara anak-anak bermain di luar sana menceriakan lagi kampung itu.
Dia berasa sangat tenang tika ini.Seolah-olah dirinya yang dulu tidak dapat merasai saat-saat begini walaupun dirinya tidak ingat dirinya sebelum ini.
'Apa yang terjadi sebenarnya?Kenapa dia berada di sini?Dia kemalangankah?Kenapa dia tidak ingat apa-apa selain namanya?'
Dia leka dengan persoalan-persoalan itu tanpa sedar,Nek Sam masuk ke bilik itu dengan sedulang mangkuk mungkin berisi bubur yang dimaksudkan Nek Sam sebentar tadi dan terdapat air kosong di atas dulang itu juga.
Nek Sam sudah tidak bertelekung lagi.Rambut sudah disanggul kemas.Mukanya berkulit hitam manis tapi bersih.Nek Sam hanya berbaju Kedah dan berkain batik.Aisyah sudah bersedia dengan senyuman lalu mengukir senyuman itu kepada Nek Sam.Nek Sam membalas.Air mukanya tenang.
Nek Sam selalu mengelap tubuh dia,membelai rambut,menggenggam jari dia sewaktu dia tidak dapat sedarkan diri lagi tapi dia masih merasai sentuhan Nek Sam.
Nek Sam duduk di atas kerusi,menghadapa dirinya di atas katil.Nek Sam menyuakan sudu yang berisi bubur.Aisyah membuka mulut lalu dia dapat merasakan bubur itu sudah melalui tekaknya.Sedap!Sangat sedap!
Setelah mangkuk yang berisi bubur tinggal separuh baki,dia menyuarakan persoalan yang sejak sekian lama bermain di fikirannya.
"Kenapa saya boleh ada di sini?"
"Nak Aisyah tak ingat apa yang dah berlaku?"Soalan berbalas soalan.
Aku geleng."Saya cuba untuk ingat kembali tapi kepala saya berdenyut-denyut setelah itu"
"Tak apa,Nak Aisyah jangan paksa untuk ingat semua itu.Nanti kalau dah masanya untuk semua ingatan itu kembali,Nak Aisyah akan ingat apa yang dah terjadi"
Aku merenung wajah Nek Sam."Sejak bila saya di sini?"
"Seminggu"Pendek jawapan Nek Sam tapi cukup memeranjatkan aku.
"Seminggu?"
Nek Sam angguk mengiakan.
"Saya langsung tak ingat apa yang terjadi"
"Tak usah dipaksa"Ulang Nek Sam.
Jeda seketika bilik itu.
"Siapa Zadi?"Tiba-tiba soalan itu yang terlintas di fikiran aku lalu aku suarakan kepada Nek Sam.
Nek Sam senyum."Dia yang bawa Nak Aisyah ke rumah nenek"
"Apa terjadi pada saya?Pasti Zadi tahu."
"Esok,Zadi akan datang ke sini.Nanti,Nak Aisyah boleh tanya sendiri pada Zadi."
Aku angguk tidak memaksa Nek Sam untuk menjawab bagi pertanyaan itu.Aku membuka mulut lagi ketika Nek Sam menyuakan sudu berisi bubur ke arah bibirku
"Nek"Panggil aku perlahan.
Nek memandang aku tenang.Aduh!Wajah Nek Sam mengingatkan aku kepada seseorang.Atau mungkin dua orang?Aku tidak dapat mengingat semua dalam memori otak aku.
"Terima kasih kasih jaga saya selama saya di sini."
Senyuman Nek Sam yang dia hadiahkan untuk aku bersama-sama satu anggukan bagi menjawab penghargaan itu.
"Nek"Sekali lagi aku memanggil dirinya.
"Nek,boleh panggil saya Aisyah saja"
"Yelah"Nek Sam akur dengan permintaan dia itu.Aisyah berasa kekok apabila Nek Sam memanggil dirinya 'Nak Aisyah'.Cukuplah Aisyah saja gelarannya.
Habis satu mangkuk bubur itu,Nek Sam berlalu ke dapur.Aisyah termenung lagi di luar jendela cuba mencari cebisan-cebisan memori yang telah hilang dari ingatannya.
Dia perah segala ingatannya,dia cuba ingat satu persatu.Dia gagal.Kepalanya diserang lagi dengan denyutan demi denyutan.Dia tidak mampu.Akhirnya dia tewas dan dia tidur dengan kekecewaan.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...