Petang itu,aku diminta oleh Adam untuk memulakan kelas memasak di rumahnya.Nasib semua kerja sekolah sudah kusiapkan terlebih dahulu memandangkan aku seorang yang tidak suka menangguhkan tugasan yang diberi oleh guru.Kata Adam dia mahu mengajarkan aku resipi kuah singgang ikan tenggiri memandangkan resipi ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk aku yang baru ingin belajar memasak.
Sebenarnya kuah singgang adalah salah satu makanan kegemaran aku.Masakan ini kalau dikenakan dengan budu atau sambal belacan,ulam-ulaman dan ikan goreng.Memang tak ingat dunialah jawabnya!Tapi sengaja aku diamkan hal ini daripada pengetahuan Adam bahawa kuah singgang sering aku makan bersama Opah dan disebabkan sering makanlah,aku dah tahu apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuah sesedap ini.Daripada penerangannya,reaksi mukanya sepertinya dia menganggap aku jarang makan kuah ini.Tak apa,selagi boleh rahsiakan,aku akan bisukan mulut.Buat muka macam memang jarang makan kuah ini.Nak tahu juga kesungguhan Adam dalam ingin menunjuk ajar kepadaku tentang ilmu masakan.Hahaha.
"Sebelum mulakan memasak,sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu."Katanya sambil membuka peti sejuk sambil tangan sudah mengeluarkan beberapa sayur-sayuran.
Aku sedari tadi duduk di sebuah kerusi di dapur Mak Jah sambil memerhati gerak-geri Adam melakukan kerja dapur serta mulutnya sibuk berkata itu-ini menerangkan kepada aku tentang resipi yang akan dia ajarkan kepadaku.Tangan aku pula kemas memengang telefon siap bersedia berpura-pura seperti ingin menaip bahan-bahan dan resipi kuah singgang.
"Sediakan tiga ulas bawang merah,tiga ulas bawang putih,kira-kira dua cm lengkuas,dua cm kunyit,dua belas batang cili padi dan lima keping asam gelugur.Dan yang paling penting tiga ketul ikan tongkol atau tenggiri tapi orang terengganu panggil ikan aye.
Di saat Adam sedang memberitahu bahan-bahannya,jari aku juga sedang sibuk menaip dengan cepat apa yang dikata oleh Adam bimbang akan tertinggal untuk menaip bahan-bahan itu ke dalam telefonku.Walaupun masih dalam 'mood' lakonan tetapi aku masih berusaha untuk bersungguh-sungguh belajar masak kuah singgang dengan betul.
Adam mengambil bahan-bahan itu lalu dibasuh ke sinki kemudian melabuhkan punggungnya di hadapanku,bahan-bahan yang telah dibasuh sudah berada dalam bakul sederhana besar.Dia juga sempat mencapai papan pemotong dan sebilah pisau.Dia memandang aku sambil mata aku memang sedari tadi melihat dia.Kami bertatapan tapi hanya sebentar,dia sudah melarikan anak matanya ke arah bahan-bahan itu."Bawang merah dan bawang putih dimayang halus-halus.Mayang tu macam cincang jugaklah.Caranya macam ni"Katanya sambil tangan menghiris seulas bawang merah dan seulas bawang putih diatas papan pemotong.
"Mira,pergi basuh tangan.Mira cuba hiris bawang ni.Ikut apa yang abang ajar.InsyaAllah tak ada apa-apa yang terjadi.Berselawat banyak-banyak.Kalau berhati-hati,perkara lama tak akan terjadi lagi."Arahnya kepadaku.Aku tidak membantah,aku menurutkan saja.Bangun menuju ke sinki dan membasuh tanganku dengan sabun yang sudah ada di sinki itu kemudian mengambil alih tugas Adam ber'mayang' bawang merah dan bawang putih.Sekejap dia menunjukkan jarinya ingin memperbaiki kedudukan jari-jariku dengan betul ketika ingin menghiris bawang itu.Aku ikut cara dia,kemudian ber'mayang'lah aku dengan bawang.
"Kemudian hiriskan lengkuas dan kunyit secara nipis."Kini giliran Adam pula memengang pisau menghiris lengkuas serta kunyit.Setelah selesai sedikit yang dihirisnya,dia meminta aku pula untuk menyambung seperti apa yang dilakukan olehnya.Aku tahu matanya sedang memerhati gerak geri tanganku menghiris kunyit dan lengkuas itu.Tidak tahu sama ada bimbang jariku terhiris oleh pisau itu atau sedang memerhati caraku memotong bahan-bahan itu.Aku sangat berhati-hati ketika memengang pisau,tidak mahu tiba-tiba jariku pula terhiris sendiri seperti kejadian beberapa tahun lepas.
"Maaf ye,mesti abang bosan tunggu Mira potong bahan-bahan ni,kan?Perlahan sangat.Takut"Ucapan maaf ditutur olehku,kasihan Adam harus menunggu tugas yang diberi olehnya diselesaikan aku dengan lambat dan perlahan.
"Tak apa Mira.Lama-kelamaan,pasti Mira biasa dengan potong-memotong ni.Perlu buat banyak masakan ni untuk latih tangan tu biasa dengan pisau."Katanya seperti memberi satu semangat untuk aku lebih mahukan impian aku tercapai.Mahir dalam ilmu masakan!
"Siap semua bahan dipotong!Sekarang,apa lagi kita nak buat?"Kataku setelah sebahagian bahan-baha itu sudah kuhiris cantik-cantik hasil tunjuk ajar Adam.
"Kita dah boleh masak."Aku dan dia bergerak ke dapur gas iaitu tempat memasak.
"Pertama,campurkan semua sekali bahan-bahan yang telah dihiris dan dimasukkan ke dalam periuk.Masukkan juga air kosong dan jerang sehingga mendidih.Jangan lupa cili padi juga sekali dimasukkan.Perasakan sedikit garam dan gula mengikut citarasa kita."
Aku hanya memerhati dan mendengar tanpa menyampuk setiap penerangan yang diberi olehnya.
"Sampai bila nak tunggu?"Tanya sekadar ingin tahu.
"Agak-agak ikan dah masak,boleh dah angkat dan hidangkan.Tapi kalau hendak rasa singgang yang betul-betul kaw, perlu dijerang bahan-bahan tu lebih lama atau sehingga sukatan air tinggal setengah daripada asal."Kata Adam bersama nada persis seorang tukang masak profesional.
"Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe.Bolehlah masak selalu kan?"Kataku jujur.Memang nampak senang,dan aku harap di saat aku sedang lakukan sendiri kuah ini akan jadi senang dan mudah juga.
"Nanti kalau dah buat,jangan lupa hantar sini tau,Abang nak rasa jugak air tangan Amira."Adam memang memaksudkan kata-katanya itu dari hatinya.Dia teringin sekali merasai sendiri masakan Amira dengan titik peluhnya sendiri.
"Kalau sedap dan menjadi,sudah tentu abang orang ketiga yang akan rasa masakan Mira."
"Hah!Kenapa orang ketiga?Ingatkan abang orang pertama"Terkejut Adam tatkala mendengar dia adalah orang yang ketiga dan bukan orang pertama yang dapat merasa masakan air tangan Amira.
"Mana boleh abang jadi orang pertama.Opah adalah orang pertama yang akan rasa masakan Mira sama ada sedap atau tidak.Kalau sedap,baru Mira akan bagi kat abang.Kalau tak sedap,dan masih banyak kekurangannya,Mira tak nak bagilah sebelum Mira betul-betul masak dengan sempurna,cukup rasanya.Malulah Mira kalau Mira bagi kat abang masakan yang tak sedap.Habis maruah Mira sebagai seorang perempuan."
"Siapa orang kedua yang dimaksudkan Mira?"Adam masih meragui jawapan yang diberi oleh Amira.Kalau Opah orang pertama,siapa pula orang kedua?
"Mak Jah,ibu abanglah"
"Tapi kenapa?"Pelik bin Hairan apabila Ibunya sendiri yang akan menjadi orang kedua setelah opah Amira.
"Mira kena bagi orang yang berpengalaman dulu rasa masakan Mira,bila dah dapat pujian atau kritikan barulah Mira bagi pada orang yang ketiga,iaitu abang.Tapi kalau tak sedap dan masih banyak kritikan yang berguna oleh Opah dan Mak Jah diberi untuk Amira,Mira memang tak akan bagi abang rasa."
"Kenapa abang tak boleh nak bagi komen atas masakan Mira walaupun masakan tu kurang sesuatu?"
"Malulah.Abang lelaki,abang pandai masak tak macam Mira.Habislah Mira nanti,maruah Mira jatuh disebabkan tak pandai masak"
"Tak ada apalah Mira.Lagipun abang memang dah tahu kan Mira tak boleh memasak"
"Lain"
"Apa yang lain?"
"Lain sebab abang memang dah tahu Mira tak boleh memasak,tapi bila Mira dah hasilkan satu hidangan makanan,dan abang yang akan rasa sedap atau tidak,tentu malu Mira andai masakan itu tak sedap walaupun abang dah pernah ajarkan Mira.Ditambah lagi,abang dah tahu kekurangan Mira."
"Faham."Lega setelah Adam berkata begini,bermaksud Adam tidak akan bertanya soalan yang bagi aku merempek sahaja.
"So?bile boleh makan ni?Dah kecur air liur bau kuah singgang"Kataku ingin menarik perhatiannya
"Dah siaplah ni.Warna pun dah naik"
Aroma kuah singgang sangat memberi aku nafsu makan yang membuak-buak.'Sabar Mira!Kat rumah orang sekarang!Jangan gelojoh,jaga adab,jaga maruah,jangan malukan diri sendiri'Gumamku sendiri.
"Kita tunggu ibu sekejap.Sebentar nanti ibu datang kat sini"Adam berkata setelah membiarkan beberapa minit aku di dapur memandangkan dia mahu mencari ibunya.
Aku hanya mengangguk sahaja.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...