Bulan kelihatan sangat cantik menerangi malam yang gelap.Bintang kelihatan berkerdipan di dada langit.Aku merenung lama ke arah ciptaan Allah itu.Sangat indah dan tenang.Aku termenung di beranda rumah opah.Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku.Tudung yang tadinya rapi kini berterbangan ditiup angin.Sejak kepulangan papa,umi dan Aisyah ke Kuala Lumpur aku diam,aku monyok,dan aku bawa diri.Aku pejamkan mata dan cuba mengosongkan fikiran aku tapi gagal.Apa yang terjadi pada hari ini terimbau kembali.
"Jadi cikgu,esok anak saya dah boleh masuk sekolah?"Tanya papa pada cikgu yang bertugas di pejabat sekolah baru Amira setelah selesai mendaftar Amira di pejabat.
"Ya,Tuan."jawab guru tersebut sambil senyum kepada mereka berempat."Terima kasih.Boleh cikgu bawa kami ronda-ronda sekolah ni dahulu?Saya nak anak saya tahu serba sedikit tentang selok belok sekolah ni."Kata papa kepada guru itu.Dia ingin Amira membiasakan dengan suasana yang baru.
"Sudah tentu Tuan.Mari,ikut saya"
Kami mengikut guru tersebut sambil mendengar dengan teliti setiap lokasi yang diberitahu oleh guru itu.Mata guru itu sentiasa tertumpu pada wajah Amira ingin melihat anak itu faham setiap penerangan yang diberi oleh dia tentang selok belok sekolah ini memandangkan anak itu yang akan menjadi salah seorang pelajar di sekolah ini.Guru itu juga memberitahu di mana terletaknya kelas yang Amira akan belajar mulai esok.Nama kelas aku,5 Daldaru.
"Terima kasih cikgu.Saya harap anak saya tidak sesatlah setelah dia melihat sekeliling sekolah ini."kata papa pada guru itu.
"Saya juga harap begitu.Amira,kalau ada masalah apa-apa,jumpa sahaja saya.Nama saya cikgu Zaharah."
Aku hanya mengangguk.Dalam hati berharap agar cikgu Zaharah itu akan mengajar salah satu subjek dalam kelas aku.Guru itu cakap penuh kelembutan,sopan santun,kesopanan dan kesusilaan.Tenang hati melihat dia.Sejak kami dan guru itu berjalan mengelilingi sekolah ini,ramai pelajar yang memandang kami.Malu!Umi dan papa sibuk bertanya itu ini tentang sekolah ini manakala aku dan Aisyah menahan malu daripada dipandang oleh ramai pelajar.Mungkin mereka semua sedang membezakan wajah kami yang mirip ini.Air liur aku teguk,menahan perasaan gemuruh.Kami meneruskan perjalanan.Suka benar Aisyah mencantumkan jemarinya dengan jemariku.Setelah selesai pendaftaran di sekolah,Kami ke pekan untuk membeli kelengkapan sekolah aku memandangkan aku hanya pulang ke rumah opah hanya 2 buah beg sahaja.1 beg besar berisikan pakaian daripada rumah Tok Ma dan satu lagi beg sandang sekolah.Sejak kejadian itu aku tidak pulang ke rumah aku.Tidak sempat membawa kelengkapan yang lain ke sini.
Petang itu kami sampai di rumah opah dan sempat minum petang bersama sebelum Umi,Papa dan Aisyah pulang ke rumah di Kuala Lumpur.
Ketika kami hendak berpisah terasa dunia ini bukan kami yang punya.Mata aku dan Aisyah saling berbalas renungan.Hanya renungan mata penuh makna tanpa suara yang terzahir.Terasa cepatnya masa berlalu.Air mata bertakung di tubir mata.Aku berusaha menahan titisan dari gugur.Hatiku dicekalkan.Tampaknya kesalahan yang bukan aku lakukan memberi impak yang besar kepada kami.Perpisahan!Mutiara jernih akhirnya mengalir jua.Kami berpelukan.Kami menangis mendayu-dayu.Dalam waktu yang sama,Mak Jah dan Adam datang ke rumah opah setelah mendapat panggilan daripada uncle yang memberitahunya bahawa sebentar lagi dia akan berangkat pulang.Ketika dia sampai kelihatan dua beradik kembar itu sedang berpelukan di luar rumah.Sayu hatinya melihat adegan itu.Menusuk kalbu melihat kearaban mereka.
Aisyah berbisik kepadaku,"Ingat pesan aku semalam.Jangan lupa bagi khabar selalu walau kau sesibuk manapun.Cari kawan elok-elok tau.Ingat!,dengar cakap opah,Mak Jah dan Adam.Aku sayang kau.Nanti cuti aku datang sini.Jaga opah baik-baik."Tersangkut-sangkut percakapan Aisyah diselangi sendu tangis yang tiada henti.Aku sedari tadi mendiamkan diri sambil memeluk tubuhnya.Lama kami berpelukan.Anggaplah ini suatu mimpi.Bukan realiti.
"Mira..,Syah..."Opah memanggil kami.Bagaikan tersentak daripada mimpi yang panjang,kami tersedar dan saat itu kami meleraikan pelukan kami.Kami menunduk sambil menyeka air mata kami yang kebasahan itu.Selepas mengangkat muka barulah aku tersedar yang adegan kami ini disaksikan oleh papa,umi,opah dan juga diturut serta oleh Adam dan Mak Jah.Malu bersarang dalam diri.Aku hanya menghulurkan sebuah senyuman nipis kepada mereka.Apalah anggapan mereka pada kami.Aku menyalami dan memeluk erat tubuh papa dan umi.Sempat mereka meminta maaf kepadaku atas perbuatan mereka.Aku hanya mengangguk.Tidak larat nak bertekak lidah.Mereka juga manusia seperti aku yang kadang-kadang terdedah kepada seribu satu masalah.Rasa bersalah melilit tangkai hati papa dan umi tatkala melihat anak kembarnya itu menangis sambil berpelukan bagaikan tidak mahu melepaskan antara satu sama lain.Dia menangis meratapi dalam diam atas kesalahan yang telah dilakukannya.Masa tidak dapat diputar kembali.Tiada siapa tahu hatinya berperang hebat.
Setengah jam kemudian,kereta papa meluncur membelah jalan raya menuju Kuala Lumpur.Beberapa minit berlalu,rasa rindu menggebu di hati.Walaupun rasa sakit hati dan marah pada papa dan umi kerana memisahkan aku dan Aisyah tapi rasa sayang dan rindu masih ada.Aku termenung sebentar melihat kawasan kereta yang diparking oleh papa sebentar tadi sebelum masuk ke dalam bilik membawa diri daripada orang lain.Tiada mood untuk berborak dengan opah,Mak Jah mahupun Adam.
Kejadian hari ini dan kebelakangan ini menyebabkan aku sentiasa termenung.Mulut murai aku serta merta diam.Waktu malam begini sangat mendamaikan.Aku terasa aku sedang bersendirian tanpa Aisyah di sampingku.Aku tidak rapat dengan Opah seperti mana aku rapat dengan Tok Ma walaupun Tok Ma tegas dan disiplin orangnya.Hati berperang sendiri.Rasa takut,rasa bimbang dan rasa sedih bercampur-aduk.
Kini,aku perlu lakukan segalanya sendiri,tanpa Aisyah yang dapat membantuku dan tanpa Umi yang dapat memanjakan aku selalu.Esok adalah hari pertama aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jernih.Aku akan sematkan pesanan Aisyah kepadaku di mana aku berada.Aku mengorak langkah menuju ke bilik tidurku.Cuba merehatkan minda dan tubuh setelah seharian berpenat lelah melalui perpisahan.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...