59

53 6 3
                                    

Malam itu penuh dengan rindu.Rindu pada kisah lalu yang cuba dipadam daripada kotak ingatan aku.

'Ke mana kau,Aisyah?'

'Lupakah kau kepada aku,adik kembar kau?'

'Sudah berbulan-bulan kau menghilang.Rindu ini tidak tertahan lagi.'

'Pulanglah ke sini,ke pangkuan kami.Umi masih tidak sedarkan diri lagi.Umi perlukan semangat kau.'

Rintih aku di malam hari,setiap malam di bilik tidur aku,begitulah rutin aku.Bertanya pada diri sendiri dan seorang pun tidak mampu menjawab persoalan kehilangan Aisyah.Masih menjadi tanda tanya.Misteri.

Dadaku berombak.Air mata gugur walaupun aku cuba untuk tahan daripada mengalir.Beberapa bulan yang lalu,sejak kejadian itu,air mata sentiasa menemani aku,pagi tatkala terkenangkan Aisyah gugurlah air mata aku.Petang sewaktu melawat umi,lihat wajah umi sudah tentu aku teringat akan Aisyah.Di malam hari,apabila berada di bilik seorang diri,air mata tidak dapat ditahan lagi dan malam hari semakin mencurah-curah air mata mengalir.

Aku tewas setiap masa.Aku cuba untuk jadi kuat tapi gagal.Setiap masa aku mahu lupakan Aisyah walaupun sebentar tapi tidak boleh kerana aku akan lihat diri Aisyah.Diri Aisyah yang ada pada diri aku.Wajah aku dan dia sama.Mirip.Aku dapat lihat dia dalam diri aku.Kalau boleh aku tidak mahu lihat diri aku di mana-mana cermin kerana di situlah aku akan lihat diri Aisyah.

Tiba-tiba aku jadi rindu untuk kembali melihat senyuman itu.Ingatan aku kembali pada wajah Aisyah yang sentiasa mengukirkan senyuman tak kiralah sedang bergembira mahupun sedang bersedih hati.Perwatakan Aisyah sama seperti perwatakan umi dan opah.Yang tidak akan menunjukkan perasaan sedih di hadapan orang lain walaupun dengan orang yang paling rapat.

Aku suka makan masakan buatan Aisyah.Aku mahu merasai masakan itu lagi dan lagi.Tidak pernah bosan.Sejak kejadian itu,berat badan aku semakin meyusut.Makan tidak teratur.Penampilan ala kadar sahaja.Tidur juga tidak menentu.Mata kelihatans semakin membengkak akibat sering menangis.

Kadang aku cuba uruskan diri aku sebaik mungkin agar tidak kelihatan tidak terurus di hadapan papa.Aku tidak mahu menyesakkan lagi fikiran papa memikirkan keadaan aku.Tapi setiap kali itulah aku tidak dapat menipu diri aku sendiri.Papa dapat membaca fikiran aku dengan melihat reaksi wajah aku.

Aku sentiasa mengukir senyuman untuk papa agar dengan senyuman itu papa akan kuat melalui ujian ini walaupun aku sendiri tidak yakin dengan kekuatan yang aku berikan kepada papa.

Sekarang aku berada di rumah papa,bertambah rindu aku melihat setiap ruangan rumah yang dipenuhi dengan kenangan-kenangan bersama-sama Aisyah.Setiap ruang pasti tergantung gambar-gambar kami sekeluarga.

Aku seorang diri di rumah ditemani dengan seorang pembantu rumah yang telah berkhidmat dengan keluarga aku tujuh tahun yang lalu.Aku mengelilingi rumah,menghilangkan bosan,cuba mengubati rindu,cuba pujuk hati agar kuat.Setelah satu ruang rumah ke ruang yang lain aku berjalan ke arah halaman rumah pula.Sebelum ke halaman rumah,Aku telah ke bilik terlebih dahulu untuk mengambil tudung.Mahu menghirup udara luar.Mungkin lebih tenang daripada berada di dalam rumah.

Sampai sahaja di hadapan pintu,kelihatan Ibu Una dan suaminya mahu memasuki kereta tapi perbuatan tersebut terbantut akibat Ibu Una melihat diri aku di hadapan pintu.Kelihatan juga Harith dan Hud di depan pintu rumah mereka.

"Amira..."Panggil Ibu Una lembut.

Aku memberi senyuman bagi menjawab panggilan itu.Ibu Una terus ke pagar rumah aku dan menuju ke arah rumah aku.

Dia menghulurkan tangan dan aku sambut huluran itu.Ibu Una menarik badan aku untuk berdakap dengannya.Aku akur lalu memeluk tubuh itu.Hangat.Sehangat pelukan umi dan Aisyah.Lama kami berdakap sepertinya Ibu Una mahu memberikan kekuatan dan semangat kepada aku.

"Sabar ye sayang..."Lembut dia bersuara.

Aku angguk sambil menghadiahkan dia senyuman aku.

"Ibu Una nak ke mana?"Aku cuba beramah mesra dengannya.Aku mahu kelihatan kuat di hadapan mereka walaupun dalaman aku sudah lemah.

"Ibu Una nak ke hospital,lawat umi Amira.Amira tak ke hospital?Kalau nak ke sana,jomlah sekali ikut kami."Pelawanya.

Aku geleng."Petang nanti,Kak Nad ambil Mira bawa ke hospital."

"Ouh...Sorang saja di rumah?"Ibu Una angguk faham dan kemudian menyuakan lagi pertanyaan.

"Ada bibik di dapur."

Beberapa minit berlalu kami berbual pendek,perbualan kami sedikit terganggu apabila suaminya mengajak Ibu Una untuk bertolak ke hospital.Kami berpelukan untuk kali kedua sambil Ibu Una memesan untuk aku beberapa nasihat.

Aku cuba angguk sahaja tidak mahu mengguriskan hati dia.

Setelah kereta Ibu Una berlalu membelah lebuh raya.Aku menuju ke sebuah kerusi di taman sebelah kiri rumah papa.Aku duduk termenung.Tiba-tiba kedengaran salam diberi,kepala aku berpaling ke pagar rumah.Terkejut kerana gerangan di sana adalah Emir Harith.Dia berjalan ke arah aku.

"Boleh Harith duduk kerusi ni?"Tanya dia kepada aku.

Aku lihat kerusi hadapan aku.Aku angguk membenarkan.

"Sihat?"Tanya dia lagi setelah aku mendiamkan diri.

"Sihat."Sepatah yang aku mampu jawab.

"Hari ni macam mana?"

Aku mengangkat kening sebagai tanda tidak faham dengan pertanyaan itu.

"Hari ni Mira nampak lebih bertenaga,lebih kuat,lebih tenang."

Aku senyum nipis melihat dia.

"Harith..."Aku memanggil dia perlahan.

Dia memandang aku tenang.Mata kami bertaut.

"Serapat mana Harith dengan Aisyah?"

Jeda seketika.Mungkin dia sedang cuba menyusun ayat untuk lontarkan kepada aku.

"Kami tak rapat sangat.Cuma kawan saja."

"Aisyah ada luah apa-apa tak pada Harith?"

Aku mahu tahu tentang Aisyah.Aku tahu Harith pasti kenal Aisyah.Mereka pernah bersama sewaktu pertandingan piano beberapa bulan yang lalu.Dan aku tahu hubungan mereka semakin rapat.

"Maksud Mira...luah apa?"

"Luah...tentang perasaan dia ke?Masalah personal ke?"

Harith geleng menidakkan.

"Betul?"

Harith angguk.

Aku percaya anggukan itu adalah benar.Aku tahu Harith diajar oleh Ibu Una untuk tidak bercakap bohong.

"Amira..."Panggil dia lembut.Aku dapat rasakan panggilan itu sepertinya dia mahu bertanyakan sesuatu.

"Harith nak tanya macam mana Aisyah boleh kemalangan?"Teka aku apabila aku tahu soalan itu pasti akan ditanya oleh Harith melalui riak wajah dia.

Mata dia membulat.Itu bermakna tekaan aku betul.Kemudian dia mengangguk.

"Huh!"Aku mengeluh panjang.Harith kawan Aisyah dan sudah tentu Harith ingin tahu apa yang sudah terjadi.

"Hrm..kalau Mira keberatan,tak usah ceritalah."Dia seperti mengerti dengan keluhan aku itu.

"Tak...Harith juga patut tahu hal ini kan?"

Walaupun berat untuk aku buka cerita kejadian dua bulan lalu tapi aku perlu luahkan juga kepada Harith.Pasti Harith tertanya-tanya dengan kejadian ini.Kerana berita-berita yang tersebar di luar sana masih belum ada kesasihan lagi.

Berita-berita yang didengar oleh mulut orang ramai juga belum tentu betul.Ada yang menambah perisa mengatakan Aisyah mungkin disorok bunian,dimakan binatang buas,atau mati dan mayat Aisyah menjadi ulat sebab itu mayat Aisyah belum dijumpai di mana-mana walaupun sudah ramai pihak yang turun padang ke tempat kejadian untuk mencari kehilangan Aisyah.

Kejadian yang berlaku di hadapan mata dia walaupun bukan dia berada dalam kereta itu tapi dia dapat merasai kejadian itu seperti siaran langsung.Dia melihat sendiri bagaimana kereta itu berpusing ke kiri dan jatuh ke gaung.

Dia mendengar laungan,jeritan Aisyah dan umi waktu kemalangan.Dia sebak mengenang kejadian itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencari DiriWhere stories live. Discover now