Selepas menjamu selera,kami semua berada di ruang tamu opah kecuali aku dan Aisyah kerana kami perlu membasuh pinggan.Anak dara umi kan?Takboleh malukan umi dan papa depan Mak Jah dan Adam disebabkan perangai aku yang malas ni.Aisyah memang sediakala rajin.Tak usah disuruh,dia akan ringankan tulang menolong. Seperti sekarang dia sedang mengelap meja dengan kain yang lembap.
Setelah membasuh pinggan aku berdiri di tepi sinki sambil memerhati gerak geri Aisyah yang sedang mengelap meja dan kemudian memerhati pula orang-orang yang berada di ruang tamu.Opah,umi dan Mak Jah sedang berborak sambil bergelak ketawa di sofa.Apalah yang diborakkan mereka.Manakala papa dan Adam sedang berborak di beranda rumah opah.Mungkin sedang berbincang hal yang penting.Kelihatan muka mereka berdua serius.Janganlah papa memburukkan anaknya yang satu ini di depan jejaka yang kacak itu.Jatuh maruah aku.
Tiba-tiba bahu aku disentuh oleh seseorang dari tepi.Aku melihat di tepi aku, rupa-rupanya Aisyah.Bila masa dia berada di tepi aku?Bukankah dia sedang mengelap meja?Misteri.
"termenung apa tu?"mula Aisyah.
"mana ade termenung."jawabku.
"aku nak bagi pesanan sikit ni,boleh?"tanya dia,buat aku berdebar-debar.
"pesanan apa pula ni?"
"nanti aku,umi dan papa balik KL.Kau jaga diri kau elok-elok tau.Belajar betul-betul.Buat papa dan umi bangga dengan kau.Ada masalah telefon je aku,aku sedia membantu,kalau aku tak mampu membantu, aku sedia mendengar masalah kau.Kau susah,aku pun susah.Kau senang,aku pun senang.Apa-apa pun berlaku pada kita,kita tetap adik beradik,kembar seiras pulak tu.Ini kali pertama kita akan berpisah dalam mase yang lama dan jarak yang jauh.Kau jangan lupa aku tau.Nanti cari kawan yang boleh dipercayai.Nanti aku tak dapat dah tolong kau kalau kau kena buli walaupun sebenarnya kau yang buli orang.haha.Jangan cari gaduh dengan orang.Layan orang elok-elok.Cakap apa yang perlu je.Jaga mulu,jaga maruah keluarga,jaga diri.Tolong opah buat kerja rumah,duit jangan boros dan yang paling penting jaga aurat,jaga solat.Faham?""kau kata sikit je pesanan,ni banyak pulak.Kalau banyak-banyak macam mana aku nak ingat semua tu."
"haha..,takpe nanti aku mesej kau,aku ulang balik apa yang aku pesan kat kau takdi."
"pulak...."
"Aku nak pergi depan ni,jom?"
"Kau pergi lah dulu,nanti aku pergi"
"dan kau jangan ingat aku tak tahu kelebihan kau Mira....kau tak boleh tipu aku,silap besar kalau kau tipu kembar kau sendiri...Aku tahu kau cepat takap apa yang aku bagitau kau walaupun ucapan aku tu 10 helai kertas sekalipun,kau akan ingat... "hahaha ketawa Aisyah sambil berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga mendengar kenyataan itu.Oh!Aku lupa yang aku dikurniakan ingatan yang kuat sedari kecil lagi.Aku tak ke ruang tamu yang dimana opah,umi dan Mak Jah berada tetapi aku ke ruang tamu satu lagi dan kedudukan ruang tamu itu di tengah-tengah antara dapur dan ruang tamu yang digunakan sekiranya tetamu datang berkunjung tanpa adanya televisyen supaya perbincangan dengan tetamu dapat difokuskan manakala ruang tamu yang aku berada sekarang kegunaannya untuk ahli keluarga sahaja dan mempunya televisyen yang berkonsepkan santai-santai.
Aku menonton televisyen.Mataku memandang televisyen tetapi fikiranku menerawang memikirkan tentang pesanan yang diberi oleh Aisyah sebentar tadi.Hari ini aku masih bersamanya dan esok petang dia sudah ingin pulang ke KL bersama papa dan umi.Mereka akan meninggalkan aku bersama opah di rumah ini.Esok aku akan ke sekolah bersama umi,papa dan Aisyah untuk mendaftar namaku di sekolah baruku.Tiada lagi Aisyah,umi dan papa di sisiku,menemaniku,memujukku,membelaiku,dan menyanyangiku.Aku pasti bersendirian.huh.Tiba-tiba air mataku bergenang di kelompok mataku.Aku pasti merindui mereka.Disebabkan hal itu aku ke sini,disebabkan kejadian yang memalukan aku,aku terpaksa menukar sekolah,disebabkan perbuatan bodoh Maria lah aku kena hadap semua ni,aku terpaksa berpisah dengan orang yang aku sayang.
Andai ini yang terbaik untuk diriku,aku terima walaupun berat bagiku untuk menghadapi dan memikulnya.Aku menunduk.Terasa ada air mata yang jatuh.Kenangan papa,umi dan ahli keluargaku yang lain mula menerjah di fikiranku.Ia bagaikan satu persatu berlayar di kepalaku.Tiba-tiba rasa marah melilit diri aku.Pabila hati ini mulai marah dan sakit hati.Ia bertukar menjadi dendam dan ianya sukar dihilangkan.Air mataku mencurah-curah laju membasahi pipi mulusku.
Bersambung....episod 9 episod air mata.Jangan lupa baca tau bila dah publish nanti.Jangan lupa vote juga.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...