Tatkala aku sedang berada di rumah opah kerana ingin mandi,solat dan mempersiapkan diri untuk mengikuti Adam dan Mak Jah ke surau kampung bagi menunaikan solat fardu maghrib dan solat isyak berjemaah.Sejak dari itulah terasa diri semakin rajin dan lebih bersemangat mengikuti Adam dan Mak Jah ke surau sewaktu ketiadaan opah di sini walaupun pada permulaannya aku terpaksa untuk ke surau,tapi kini aku sentiasa ingin solat berjemaah di surau dengan sendirinya.Terasa lebih tenang hati,mendamaikan jiwa,dan hilang tekanan belajar.
Kalau sebelum ini,aku liat nak ke surau,banyak sungguh alasan aku untuk solat berjemaah yang kuberikan kepada Opah.Dah berbuih opah menasihati aku untuk mengikutinya ke surau tapi pendirian aku tetap sama,solat di rumah lebih seronok.
Tapi anggapan aku salah sama sekali.Pernah beberapa hari lepas,Adam berbual denganku ketika di dalam kereta sewaktu dia ingin mengambilku di sekolah.Kejadian beberapa hari lepas mula berlayar di kaca fikiranku.
"Mira,apa kata malam ni Mira join solat berjemaah kat surau kampung kita dan lagipun malam ni ada ceramah tajuk entahlah tapi best jugak tajuk tu."Cadang Adam sebagai permulaan untuk Amira lebih bersemangat ke surau.Hati gadis itu harus dipancing dengan kata-kata yang lembut.
"Mira banyak homework,mungkin tak sempat.Mira boleh solat sendiri kat rumah"
"Mira tahu tak,Solat berjemaah banyak ganjarannya tau?"Pancingnya lagi.Sengaja dia tidak teruskan ucapannya dan membiarkan kata-katanya seperti soalan kerana dia
Mahu lihat adakah Mira ingin benar-benar tahu jawapannya."Hrmm..Apa?"
"Betul nak tahu"
"Bagitaulah!"Gesa Amira memang dia benar-benar ingin tahu.
Apabila digesa sebegitu oleh Amira maka dia tahu Amira masih mempunyai perasaan ingin tahu dalam ilmu agama.Cuma Amira tidak dapat ilmu itu secukupnya sahaja."Ganjarannya antaranya ganjaran pahala bagi solat berjemaah adalah lebih besar berbanding dengan solat secara bersendirian. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pahala yang diperoleh oleh sesiapa yang solat berjemaah adalah sebanyak 27 kali ganda."
Aku diam.Memang hadis itu selalu aku dengar oleh ustaz dan ustazah di sekolah sama ada sekolah lama mahupun sekolah baru aku tapi bagi aku itu hanyalah sekadar ucapan yang langsung tidak memberi aku kesan apa-apa.Tapi kenapa apabila Adam yang memberitahu ganjaran solat berjemaah kepadaku,ia seperti menjentik sanubari aku?Atau nadanya ketika menyampaikan kata-kata itu dengan lembut dan ikhlas.
"Yang paling menarik adalah walaupun hanya menunggu untuk solat berjemaah, Allah telah mengira ianya sebagai pahala solat, di samping para malaikat berdoa untuknya.Bukan tu je,Setiap kali seseorang itu pergi dan balik dari masjid untuk berjemaah, Allah akan menyediakannya hidangan indah-indah di syurga."Sambung Adam tatkala masih tiada respon daripada Amira.
Aku masih membisukan mulutku.Tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana kepada Adam.Otak sedang ligat memproses apa yang disampaikan oleh Adam itu tadi.
"Jelaslah, solat berjemaah sangat disukai Allah s.w.t, dan kerana itu Allah memberikan pelbagai kelebihan dan fadhilat yang besar kepada hamba-hamba yang mengerjakan solat berjemaah.Rugilah kita kalau sudah terbukti sesuatu perkara itu kita dah tahu akan dapat ganjaran yang berlipat ganda di akhirat nanti tapi kita tak laksanakan."Hanya beberapa sahaja ganjaran yang disampaikan kepada Amira,cukuplah sekadar itu sahaja buat masa sekarang.Dia tidak mahu Amira menganggap dirinya sempurna walaupun dia masih banyak kekurangan dan kelemahan.
"InsyaAllah,Mira cuba untuk solat jemaah tapi tak janji"Itu sahaja yang dapat kukatakan sekarang.Suasana antara kami mula sunyi.Adam kini memberi sepenuhnya perhatian pada permanduannya.
Seperti semalam,aku untuk kali kedua perlu tidur di rumah Mak Jah.Terpaksa disebabkan opah masih tidak pulang-pulang lagi.Jam menunjukkan angka sembilan malam,masih awal untuk Adam ke rumah opah.Oleh kerana itulah,kami bertiga,Adam,Mak Jah dan aku berada di ruang tamu rumahnya.Televisyen dibuka bagi menghilangkan bosan,sekejap kami berborak,sekejap suasana sunyi sambil enam pasang mata ke arah televisyen yang menayangkan drama-drama melayu.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...