49

23 11 0
                                    


Adib tergesa-gesa ingin menuju ke arah di mana Aus dan Amira berada.Cikgu Hanna yang bersama dia tadi sudah meminta diri untuk ke tandas sebentar.Tiba-tiba dia melihat kelibat Amira melintasinya.Gadis itu sekarang berada di hadapannya.

Hairan bercampur pelik melihat Amira yang langsung tidak memandangnya.'Amira tak sedar ke aku ada belakang dia ni?'Monolog Adib sendiri.

Tanpa berfikir panjang,terus dia memanggil gadis itu.Mungkin benar,Amira tidak menyedari dirinya.

"Amira!"Panggil dia sedikit kuat menyaingi suara-suara bingit di dalam dewan serba luas itu.

Gadis itu berpaling melihat dirinya sambil mengerutkan dahi.

"Awak,panggil saya?"Tanya gadis itu kehairanan.

"Amira,jangan nak buat tak kenal lah dengan aku."Gelak kecil dari Adib kedengaran menunjukkan lawak Amira tidak kelakar.

"Apa yang awak maksudkan?"Soal gadis itu lagi.Adib sudah kegelisahan.Mana mungkin dia silap,itu benar Amira.Wajah gadis di hadapannya tak ubah dan sangat mirip dengan Amira,rakan sekelasnya merangkap pelengkap harinya.

"Cepat betul kau tukar baju?"Dia menidakkan kenyataan gadis itu.Dia sangat pasti itu Amira.Adib melihat dari bawah hingga ke atas pakaian gadis itu.Lain dari Amira.Kalau gadis itu,berpakaian baju gaun labuh berserta labuci cantik berwarna biru gelap disulami dengan corak bunga di baju itu.Tudung pula shawl biru cerah bunga-bunga kecil.Sangat cantik dengan empunya pemakai.

"Saya Aisyah"Gadis itu memperkenalkan diri.

"Betul kau bukan Amira?"Pertanyaan inginkan kepastian.Adib melihat sekali lagi pakaian gadis itu.Takkan secepat ini,Amira menggantikan pakaiannya.Amira yang nampak ayu dan sesuai dengan baju kurung moden kosong di tubuh kecil molek berwarna merah disertakan dengan tudung pink berlabuci.

Pakaian Amira sedondon dengan kemeja Aus yang juga berwarna merah hati.

Gadis itu menggangguk."Awak kawan Amira Arwina?"Soalan gadis itu yang bergelar Aisyah menyebabkan Adib bertambah terkejut.

"Ya"Walaupun pelik bagaimana gadis itu mengenali Amira tapi dia tetap menggangguk.

"Jadi,Mira dah sampai?Dia ada kat mana sekarang?"Teruja benar gadis itu mahu berjumpa dengan Amira.Sepertinya mereka saling menegenali.

Adakah Amira mempunyai kembar?Tapi mengapa Amira tak pernah memberitahuh hal ini kepadanya?Amira langsung tak pernah sentuh hal kembarnya.

"Kau kembar Amira?."Ragu-ragu Adib menyoal,bimbang jika tersilap.

"Ya.Mira tak bagitahu awak?"Kerut dahi gadis itu.

"Mira tak pernah bagitahu dia ada kembar."

Gadis itu senyum."Pandainya Mira berahsia."

Gadis itu melihat jam di tangan."Saya dah nak gerak ni...ermm..kirim salam pada Amira ye.Bye!."Terus gadis itu berlalu pergi setelah Adib memberi anggukan.

Dia masih tidak percaya Amira mempunyai kembaran.Sebijik muka.Saling tak tumpah.

Kemudian dia berjalan menuju ke bahagian di mana perserta berada.Kelihatan Amira berbaju kurung moden merah dan di sisi Amira,Aus di sebelah kiri berbaju kemeja segak sedondon warna dengan baju Amira.Nampak sama padan,sama cocok.Bagai pinang dibelah dua.

Tiba-tiba dirinya diserbu seribu satu rasa cemburu.Dia mahukan berada di tempat Aus,sebelah dengan Amira.Sama baju dengan pelengkap harinya.Tapi dia hanya mampu bermimpi sahaja.Amira takkan mahu dengan dirinya sebegini.

Dia terus menapak langkah ke arah Amira.Rasa cemburu itu dia cuba buang jauh-jauh.Dia mengikuti Aus ke sini bukan hanya untuk menemani Aus tapi sekaligus menjaga Amira dari jauh,mahu memberi sokongan untuk Amira.Dia pernah membuat persembahan bersama gadis itu di pentas sekolahnya dan dia tahu Amira seorang yang gelabah dan cepat berdebar.Mungkin dengan kehadiran dirinya,dia mampu meredakan debaran yang dialami Amira.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now