16

43 6 0
                                    

Hari silih berganti.Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.Hari ini aku tidak bercakap sepatah perkataan pun dengan Adib.Memandangnya pun aku tidak mahu apatah lagi berbicara dengannya.Aku cuba bercakap dengan beberapa orang dalam kelas supaya aku boleh menyesesuaikan diri dengan rakan-rakan sekelas yang lain supaya kami dapat berkawan.Tak semua yang tahu hal semalam.Puteri dah warning awal-awal kepada pelajar perempuan yang menyaksikan kejadian semalam agar tidak menceritakan kepada rakan sekelas yang lain.Aku sangat berterima kasih kepadanya kerana memahami aku walaupun hanya beberapa hari sahaja aku berkenalan dengannya.Waktu rehat pasti Fattah dan Aus berada berhampiran meja aku sambil berborak dengan Puteri,Ana dan Fika.Aku tidak terlibat sama dengan perbualan mereka tapi tidak dengan Adib,dia masih berada di tempatnya,kelihatan sedang tekun menulis mungkin sedang menyiapkan kerja sekolah.Bagus juga dia tidak datang ke sini,tidaklah aku perlu menahan geram dan marah dengannya apabila melihat wajahnya dengan jarak yang dekat.

Sejak semalam aku memikirkan cara untuk membalas dendam kepada Adib.Tidak adil bagiku kerana hanya aku sahaja yang menerima tempias malu akibat perbuatannya.Dia juga perlu senasib seperti aku dan jika perlu lebih dari itu.Tapi masalahnya aku tidak tahu kelemahannya.Dari siapa aku ingin meminta pertolongan untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya?Dan tiba-tiba aku teringat orang di hadapan aku yang sedang berborak,Aus dan Fattah!Salah seorang dari mereka pasti dapat membantu aku.

"Aus!"Panggilku.

"Ya"Jawab Aus sambil berpaling kepada aku.

"Jom keluar kelas kejap.Aku nak tanya kau something"Minta aku lembut kepadanya.

"Boleh.Kat mana?"Setuju Aus dengan permintaan aku.

"Kat area sini,ada pondok yang dekat dengan kelas kita kan?"Tanya aku.Kalau berbincang dalam kelas,bimbang didengari oleh Adib.Kalau di pondok berdekatan dengan kelas dengan masa rehat yang berbaki lagi 10 minit,mungkin sempat untuk aku berbincang dengannnya sebentar.Aku dan dia berjalan berdua keluar dari kelas dan menuju ke sebuah pondok berwarna jingga.Dia meminta diri sebentar untuk membeli minuman.Aku menunggunya sabar sambil memerhati kawasan sekeliling.Beberapa pelajar sedang berjalan sambil membawa bekas makanan.Beberapa seketika,datang Aus dengan termengah-mengah.

"Nok yang mane?"Tanyanya kepada aku sambil menunjukkan dua pilihan perisa air kotak minuman iaitu epal dan kiwi.

"Aus nak bagi kepada saya?"

"Yelah,nok yang mane?"

"Tak usahlah,susah-susah saja"

"Apa yang susah.Aku beli doh.Nok yang mane?Kali keempat aku tanya,kalau takdop respon aku balik kelas mula."

"ok,ok.Saya ambil perisa epal.Terima kasih."

"Hah,sama-sama.Macam tulah.Kalau dari tadi kan senang.Nak tanye apa ni?"

Aku mencucuk penyedut minuman itu di lubang air kotak lalu menghirupnya sebentar bagi membasahkan tekak.

"Saya straight to the point je lah ye.Apa yang Adib takut sangat-sangat?"

Dapat aku lihat kerutan dahi di wajahnya.

"Kenapa nak tahu?"

"Adib ada bagi tahu Aus apa-apa tak tentang semalam?"Aku menjawab soalan dengan soalan.

"Tak de pulak.Bakpe benornye ni?"

Aku mengeluh panjang.Nampaknya dia perlu tahu hal semalam dan malam ketidaksengajaan aku melanggar Adib pada malam itu.Aku terus menceritakan kepadanya dari A hingga Z.Dia mengangguk tapi masih kelihatan riak terkejut di wajahnya.Masa pun berlalu dan kami tidak sedar waktu rehat sudah dipenhujungnya.Waktu aku sedang leka menceritakan kepada Aus,tiba-tiba 

"Erh,Amira dan Aus!Kenapa tak masuk kelas lagi?Waktu saya sekarang kan?"Tanya cikgu Zaharah kepada kami berdua.Kami terkejut dan Aus menjawab

"Cikgu Zaharah!Terkejut saya.Kami sedang berbincang sesuatu.Waktu rehat doh habis ke?Tak sedor pulok cikgu.Maaf cikgu."Katanya sambil melihat jam di pengerlangannya.

"Kami masuk kelas dulu cikgu."Aku meminta diri.Aku memberi isyarat mata kepada Aus menyuruhnya beredar.Malu apabila terserempak dengan guru kelas dengan keadaan yang sedang bersama Aus.Apa anggapannya terhadap aku?Malunya!

"Erh!Alang-alang dah awak berdua ada di sini.Marilah tolong saya angkat barang dalam kotak sekejap."

"Nak bawa ke mana cikgu?"Tanya Aus.

"Ke bilik disiplin je.Ada lah dalam 4 kotak.Awak berdua ke bilik saya dan bawa ke bilik disiplin.Kata kat bilik disiplin dari cikgu Zaharah.Saya ke kelas awak dulu.Saya dah bagi kebenaran awak keluar ni."

"Baiklah cikgu"Jawab kami serentak.Aku membuntuti Aus memandangkan aku tidak tahu di mana terletaknya bilik guru.Beberapa minit berlalu,kami sampai di tempat cikgu Zaharah.Kelihatan dari jauh empat kotak berdekatan dengan meja cikgu.

"Ni meja cikgu Zaharah."Kata Aus.

"Mira angkat se,aku angkat se pahtu kite mari mula ambik hok lain."Arah Aus dengan loghat Terengganunya tapi aku masih boleh memahaminya.

Aku mengangguk faham.Kami mengangkat kotak yang bersaiz agak besar tapi tidak terlalu berat.Aku mengikutinya sekali lagi dan dalam perjalanan aku menanyakan kepadanya tentang soalan yang kuutarakan kepadanya sebentar tadi.

"Aus!Awak tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan mana?"

"Apa kelemahan Adib?"

"Mu tanya soalan tu sebab mu nok balas balik lah ni?"

Aku mengangguk.

"Aus,tak adil bagi aku jika aku seorang yang ditakuti dan dimalukan."

"Tapi dia kawan aku.Kalau aku kabo kelemahan dia itu bermaksud aku telah mengkhianatinya."

"Hanya kali ini sahaja,Aus.Tolonglah.Kalau nak dihitung,saya tidak bersalah.Saya tak sengaja langgar dia.Dan dia tiada sebab munasabah untuk letak ular dalam laci saya walaupun ular itu palsu.Saya nakkan keadilan.Itu sahaja.Lepas saya balas semua ini,antara kami dah tiada apa-apa.Selesai.Tiada hutang antara kami lagi."

Huh!Dapat kudengar keluhan dari bibir Aus.

"Aku bagitahu mu,tapi mu janji sohbeng kabo ke dia."

"Sohbeng?"

"Jangan"

"Ok"

"Mu takut katak?"

"Kalau anaknya tak takutlah.Tapi kalau yang besar,saya geli."

"Yang katak kecil pun takpe"

"Jadi,Adib takut katak?"

Aku memandang Aus yang lebih tinggi dari aku.Kepala aku di paras bahunya sahaja.Aku terpaksa sedikit mendongak untuk memandangnya.Mata aku sudah bersinar-sinar.Ada harapan untuk aku membalas dendam.

"Ye"

"Walaupun anak katak?"Tanya aku lagi.Masih tidak percaya.

"Ye,Amira"

"Kalau berudu?"

"Kalau berudu dia just geli.Kalau yang besar ,dia takut dan geli.Tapi untuk dia,cukuplah anak katak sahaja."

"Apa lagi yang dia takut?"

"Cukuplah katak je aku bagitahu"

"Saya tanya saja,bimbang sukar nak dapat anak katak.Kalau ada binatang lain yang Adib takut,boleh saya ganti yang lain."

"Semua jenis binatang yang melompat,dia takut."

"Ouh.Ok"

Dan aku sudah tahu binatang apa yang kau takut Adib.Mudah untuk aku jalankan misi aku.'Kau takut katak ya,Adib?Muka sombong tapi takut katak'.Aku ketawa dalam hati.'Siap kau Adib.Kau letak ular palsu,aku kirim yang katak hidup-hidup untuk kau.'Hati aku berbunga-bunga.Perasaan gembira menguasai diri.

Habis sahaja mengangkat kotak ke bilik disiplin sebanyak dua kali,kami bergegas ke kelas untuk memulakan pembelajaran.Sampai sahaja di kelas,Aus mengetuk pintu dan memberi salam.Kemudian aku turut berbuat sedemikian.Semua pelajar dalam kelas tersebut memandang kepada kami berdua.Dapat aku lihat wajah Adib lain dari sebelum ini.Pandangannya tetap sama,tajam.Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arah cikgu Zaharah.

"Dah siap angkat?"Tanya cikgu Zaharah kepada kami berdua.

"Dah"Jawab kami serentak.

"Terima kasih sebab tolong saya"

"Sama-sama cikgu"

"Awak berdua boleh duduk."

Ketika aku sudah duduk di tempatku,Puteri mengangkat kening sebagai isyarat 'dari mana'kepadaku.Aku menggerak bibir 'tolong cikgu angkat barang'.Dia mengangguk faham.Dan mereka yang lain memberi perhatian terhadap cikgu Zaharah yang sedang mengajar.

Tapi tidak bagi aku yang sedang memikirkan di mana aku ingin mencari anak katak.Aku tidak geli memegang anak katak kerana sedari kecil aku  sering bermain dengan anak katak di kawasan rumah opah sebagai menghilangkan rasa bosan bersama-sama dengan Aisyah.Rumah opah?Ya,kawasan rumah opah !Aku mendapat idea untuk mencari anak katak di kawasan rumah opah.Misi pencarian anak kata bermula petang ini.Esok misi harus dijalankan dengan lancar.Perancangan itu berlegar-legar dalam kotak fikiran aku.'Bersiap sedia Adib.Tidak sabar melihat respon kau esok.'





Mencari DiriWhere stories live. Discover now