Aku kehilangan kata-kata untuk beberapa ketika.Tercegat di situ bagaikan patung.Debaran di hati tidak dapat ditahan-tahan lagi.
"Mira,apa dah jadi ni?"Tanya umi terkejut bercampur nada risau.
"Kau alergik ke,Mira?"Tanya Aisyah.
Aku diam.Aku membatukan diri.Tidak pula aku berniat untuk mencerlah atau memberi sebarang pendapat.
"Mira,teruk ni!."Aisyah berkata membuatku semakin panik atas apa yang berlaku kepada diri aku.
"Kita ke klinik sekarang.Pakai tudung,Mira!"Arah Umi tegas.Dapat kulihat dirinya yang sangat bimbang terhadapku.Sekelumit rasa berdosa menyelinap di hatiku kerana menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan mereka.
Aku akur atas arahan umi lalu memakai tudung,kami bertiga menuju ke ruang tamu yang kelihatan ramai sudah berkumpul di sana.Mungkin mereka sedang berborak dan berbual.Kedengaran gelak ketawa mereka di sana.
"Pa,kita kena bawa Mira ke hospital sekarang!"Tiba-tiba Aisyah bersuara menyebabkan semua mata memandang ke arah kami terutamanya ke arah aku.Aku diam seribu bahasa.Lidah aku kelu berkata-kata.Aku menunduk dan mengigit bibir menahan kegusaran di hati.Dalam masa yang sama,aku juga sedang mengatur pernafasan menggunakan mulut,kerana hidungku sudah sukar untuk digunakan lagi bagi bernafas.
"Mira,kenapa jadi macam ini?"Papa terus meluru ke arahku,ingin melihat lebih dekat keadaan aku.
Suasana ruang tamu yang tadinya riuh rendah dengan suara orang kini senyap dan sunyi
"Mira alergik ke?"Tanya Tok Ma lembut setelah pertanyaan papanya tidak dijawab.Dapat dia lihat Mira menahan gatal kerana sedari tadi Mira menggaru-garu lengannya dan dada Mira juga seperti turun naik menandakan cucunya sekarang sukar bernafas.
Aku mengangguk menjawab pertanyaan Tok Ma.Dalam keadaan begini,aku tidak mampu berbohong lagi.
"Alergik apa,Mira?"Tanya papa.Sepertinya papa ingin memarahiku kerana menyembunyikan hal sepenting ini dari dia.
"Zakaria,jangan banyak tanya lagi.Bawa Mira ke hospital sekarang!Nanti-nantilah tanya dia"
Papa menurut sahaja.Aisyah,umi dan papa terus membawa aku ke hospital manakala yang lain menunggu di rumah sahaja.
Setelah sampai aku terus dibawa ke wad kecemasan kerana keadaan aku semakin kronik.Aku diberi alat pernafasan dan yang merawatku sekarang adalah doktor perempuan juga,Doktor Dina.Tapi doktor itu meminta kami memanggilnya doktor Di sahaja.Lebih ringkas dan mesra katanya.
Penerangannya tentang keadaan aku juga turut disertai oleh aku,umi,Aisyah dan papa.Katanya lagi,aku patut tahu tentang kesihatan aku.
Penerangan diberi setelah keadaan aku kembali normal,pernafasan aku kembali lancar,gatal-gatal di kulitku juga semakin surut walaupun masih ada kesan tompokkan merah itu.Beberapa suntikan telah diberi dan darah juga telah diambil bagi mengetahui tahap kesihatan aku.Sebelum penerangan tentang keadaan aku dijelaskan,dia menanyakan beberapa soalan terlebih dahulu
"Dah tahu ada alahan atau alergik?"Tanyanya lembut kepadaku sambil didengari oleh papa,umi dan kembarku.Mereka tidak mencelah perbualan aku dengan doktor Di.
Aku mengangguk.
"Alergik apa?"
"Sotong"
"Bila tahu ada alergik?"
"3 hari lepas"Disaat aku memberitahu doktor tentang hal ini,dapat kulihat muka papa seperti terkejut.
"Dah dapat rawatan ke klinik atau hospital?"
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...