Ketika dalam perjalanan ke bilik displin.Aisyah mengenggam tanganku erat.Dan dia berkata.
"sabar ye Mira,ingat Allah,jangan diikutkan sangat marah tu"pesan Aisyah kepadaku.
"kenapa semua ni terjadi pada ,aku,Syah.Apa salah aku.Aku tak buat semua ni.Aku masih ada duit yang papa bagi pada aku.Aku tak kebulur lagi untuk mencuri,Syah.Kau percaya aku kan?"tanya aku pada Aisya.Mengharap dia juga percaya padaku.
Aisyah terkebil-kebil sebelum menelan air liur.Dia terdiam.Mula memikirkan apa yang diperkatakan Amira.Dia sebenarnya berbelah bahagi .Antara nak percaya atau tidak.Dia keliru.Dia tidak tahu.Dia kebingungan.Amira adik kembarnya .Apa yang berlaku tadi sangat mengejutkan dia.Teringat kembali ketika Hafiz,salah seorang pengawas sedang menggeledah beg adiknya.Setelah mengeluarkan buku-buku dan fail tiba- tiba di tangan Amir memegang dompet kuning milik Maria.Dia sangat terkejut.Hatinya kuat mengatakan Amira takkan mencuri!
"Kau tak percayakan aku?"lirih suara aku tatkala Aisyah tidak memberi tindak balas atas pertanyaan aku.Aisyah seperti tidak mempercayainya.Hatinya sebak.Ya Allah, apa ujian kau berikan pada aku ini! Rintih aku.
"Patutlah kau tak sedap hati tadi.Ada petanda buruk akan berlaku pada kau"kata Aisyah perlahan tapi dapat didengari oleh aku.Aku memandangnya dan mengiakan apa yang diperkatakan oleh Aisyah.
"Nanti kat bilik disiplin,kau jelaskan pada mereka apa yang berlaku.Kalau kau berpihak yang benar, kau kena berani.Kau tak perlu takut.Tapi kau perlu kawal kemarahan kau.Sabar.Kalau kau ikutkan perasaan marah kau tu,masalah takkan selesai.Aku tahu kau kuat.Kau anak yang tabah.Adik yang berani mempertahankan haknya."kata Aisyah menaikkan semangat aku untuk mempertahankan diri ak yang tidak bersalah.
Dia penolong ketua pengawas.Dia sebenarnya tahu apa hukuman yang adiknya akan terima sekiranya adiknya disabitkan dengan kesalahan mencuri dan hukuman yang akan adiknya terima berkemungkinan digantung sekolah atau dibuang sekolah.Bagaimana dengan masa depan adiknya?Maruah keluarga pasti tercemar?Dia berharap Amira tidak melakukan hal itu.
Terasa perjalanan ke bilik disiplin lama dan jauh.Beberapa langkah,kami sampai di bilik disiplin.Kami diminta masuk ke bilik khas yang menempatkan pelbagai rotan yang pelbagai saiz di dinding bilik itu.Aku sedaya upaya tenang.Berdoa agar Allah permudahkan segalanya.Aku,Aisyah dan Maria masuk ke dalam dan berdiri di hadapan sebuah meja.Manakala guru itu sedang membincangkan sesuatu dengan seorang guru lagi.Beberapa saat,guru itu masuk lalu duduk di atas kerusi yang disediakan sambil bertanya kepada Maria.
"Maria,cerita kepada saya bila awak sedar yang dompet awak hilang?"tanya guru itu dengan tegas.Tiada senyuman terukir di wajahnya.Menggerunkan.
"Sebelum ke dataran,saya ke tandas terlebih dahulu dan apabila saya teringat akan dompet saya yang tertinggal di dalam kelas kemudian saya berpatah ke kelas untuk mengambilnya.Tapi apa yang saya nampak,beg saya sudah terbuka seperti ada orang sudah menggeledah beg saya dan saya mencari dompet saya.Saya sangat risau kerana dompet saya mengandungi banyak wang dan mempunyai beberapa kad termasuklah kad pengenalan saya.Setelah saya puas mencari,saya ke dataran dan berjumpa dengan cikgu untuk memaklumkan hal ini"cerita Maria satu persatu.Mimik mukanya juga dibuat sedih agar dapat meraih simpati kepada guru itu.
"Mira,saya bagi awak peluang untuk mempertahankan diri awak.Tidak adil sekiranya saya mendengar hanya sebelah pihak sahaja."kata guru itu dengan garang.
Lega aku kerana diberi kesempatan untuk mempertahankan diri sendiri.Sebelum sempat aku bersuara,guru itu membuka mulut yang membuatkan aku tegamam,terpaku,terkejut.Menambahkan lagi debaran aku.
"Saya sudah menyuruh cikgu Wani mencari dan menelefon nombor Dato' Zakaria,papa awak agar datang ke sekolah dengan kadar segera.Sambil menunggu bapa awak datang,boleh lah awak meluahkan segala-galanya."Keras suara dia menampar gegendang telinga aku.
Aku dan Aisyah berpandangan.Aku terkejut begitu juga dengan Aisyah.Aku sangkakan kes ini tidak melibatkan ibu bapa.Jantung aku bagai ingin meledak.Aisyah tahu perasaan aku sekarang,dia cuba menenangkan hatiku yang sedang berkecamuk.Dia menggosok belakang badanku."Aisyah,nanti papa datang.Macam mana?Aku takut.Nanti papa marah.Kalau papa tak percayakan aku,macam mana?Aku nak jawab apa?Kau kena tolong aku.Aku tak kuat,Syah."Luah aku perlahan pada Aisyah.
Aisyah juga seperti aku.Berdebar.Dalam soal melibatkan ibu bapa,ia adalah kes berat.Aku meraup wajahku yang kemerahan .Aku ketap gigi aku kuat.Dada aku sakit yang amat sangat sehingga sukar untukku menghirup udara.Tanganku terasa sejuk,kaku dan hanya satu perasaan timbul di hatiku iaitu takut.Takut tidak dipercayai,dimarahi,diperli,dihentik,takut untuk mencuba dan takut segalanya.Keberanian dan tekad beberapa minit lalu musnah dan hilang setelah mendengar papa akan ke sini.Apa tindak balas papa nanti?
"Mira,saya bagi awak peluang ni untuk awak pertahankan diri awak."kata guru disiplin setelah aku mendiamkan diri.
"Cikgu,kalau saya pertahankan diri saya di hadapan papa saya sendiri,boleh?"soal aku.
"terserah pada awak"balas guru itu.
Dalam hal ini,berat hati aku mengatakan bahawa papa sukar untuk mempercayai kata-kataku nanti.Tapi,aku redha dengan ketentuan Allah.Andai ini adalah ujian yang perlu aku galas,yang aku perlu lalui.InsyaAllah,semoga aku kuat menghadapinya.
Guru disiplin itu keluar sebentar untuk berjumpa dengan cikgu Wani.Aku menghantar pemergian guru itu dengan hujung mata aku sehingga guru itu keluar dari pintu dan menutupnya kembali.Aku merenung tajam wajah Maria yang sedang menunduk.Aku memanggilnya.
"Maria!"Dia mendongak memandangku.
"Kenapa kau buat semua ni pada aku?Apa salah aku pada kau?Aku tahu kau sedang plan sesuatu untuk keluarkan aku dari sekolah ni kan?Kau masih berdendam lagi ke dengan aku setelah aku memegang jawatan penolong kelas.Aku tahu kau memang nak sangat jawatan tu.Tapi cikgu tak lantik kau malah melantik aku.Apalah sangat dengan jawatan yang tak seberapa itu kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau kena hadapi sekarang.Berbaloi ke?"luah aku dengan suara yang agak meninggi.Melampiaskan kemarahan aku padanya.
"Ya,aku ada sebab kenapa aku buat kau macam ni.Kalau kau nak tahu sangat kenapa aku buat macam ni kat kau,kau perlu tukar sekolah dahulu.Kalau perlu kau terus dibuang sekolah.Aku tak nak tengok muka kau kat sini.""Kalau kau nak fitnah aku sekalipun,kau fikir lah masak-masak.Ni,Aisyah.Kau lupa dia kembar aku.Andai aku dibuang sekolah sekalipun,kau masih perlu hadap muka Aisyah yang mirip dengan aku ni.Kalau nak sabataj pun biarlah kedua-duannya sekali.Jangan sorang-sorang."Ketawa aku sinis.
Maria rasa tercabar dengan ketawa Amira itu.
"Aku tak heran lah dengan Aisyah ni.Aku berdendam dengan kau bukan dengan Aisyah."
"Tapi kau masih melihat wajah yang sama.Rupa yang sama.Setiap hari.Itu kenyataan yang kau perlu hadapi.Kau tak boleh lari dari semua ini.Kalau aku dibuang sekolah sekalipun,aku puas sebab wajah aku sentiasa menghantui kau.Kau memang mudah untuk mengfitnah dan menjatuhkan aku tapi kau sangat sukar untuk mengfitnah dan mempergunakan Aisyah.Kau perlu ingat dan sedar jawatan yang disandang oleh Aisyah bukan sebarangan jawatan.Aisyah seorang pelajar yang dipercayai oleh ramai guru.Untuk kau jatuhkan Aisyah mungkin harapan kau tipis."Maria bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang.Dia mula sedar untuk menjatuhkan Aisyah sangat sukar memandangkan Aisyah memenggang banyak jawatan tinggi di sekolah ini malah Aisyah juga pelajar kepercayaan guru di sekolah ini.Aisyah bijak,bertanggungjawab,berhemah tinggi,menghormati guru,bersopan santun dan tidak dinafikan wajahnya cantik bersama senyuman lesung pipit di pinggir bibirnya.Tidak terkecuali dengan Amira yang manis senyuman bersama lesung pipit di pipinya.
Tiba-tiba aura cemburu menguasai sekeliling.Alasan yang kukuh kenapa dia melakukan sebegini rupa kepada Amira adalah kerana dia cemburu dengan Amira.Amira mempunya segala-galanya.Duit,kasih sayang ibu bapa,bijak,pandai ambil hati guru.Dia cemburukan itu semua.Dia mahu melihat Aisyah jatuh.Ditambah lagi apabila guru kelasnya melantik Amira menjadi penolong ketua kelas da bukannya dia.Kau beruntung Amira.
Kalau aku tak dapat apa yang aku nak,kau juga takkan dapat.Sebab tu dia sanggup lakukan semua ini kepada Amira.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...