Guru disiplin tadi memasuki bilik khas itu bersama Dato' Zakaria dan Datin Norma.Papa merenungku tajam.Sangat tajam hingga menusuk ke dalam jiwa ragaku.Aku menunduk wajahku.Aisyah menyalami tangan papa dan umi.Dapat aku dengar sebaris kata-kata daripada Aisyah kepada papa."Papa dan umi dengar dulu penjelasan Amira sebelum papa dan umi nak marah dia.Selepas papa dengar penjelasan dia,keputusan ada di tangan papa dan umi
".Sungguh,sekelilingku berasa seram.Aura membakar papa hangat dirasakan.Kaki tangan aku terketar-ketar.Jantung aku rasa nak tercabut keluar.Air liur entah ke berapa kali aku teguk pun tidak pasti.Tapi yang teramat pasti,akan ada perang besar berlaku.Dan aku perlu bersiap sedia atas sebarang kemungkinan.
"Apa yang anak saya buat kali ni,cikgu?"tanya papa dengan muka yang serius.
Aku meneguk air liurku untuk kali keberapa.Tangan aku gempal menambahkan kekuatan di diri ini bagi menghilangkan rasa gemuruh yang memuncak."Anak Dato' disyaki mencuri salah seorang dompet pelajar kelasnya sendiri.Saya sudah benarkan Amira membuat penjelasan tapi dia mahu menunggu kedua-dua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum membuat penjelasan"terang guru disiplin itu lembut.
"Ini adalah Maria.Pelajar yang saya maksudkan tadi"kata guru itu sambil menunjukkan ke arah Maria yang berada di hujung sudut bilik.
Guru disiplin itu menerangkan kembali situasi Maria ketika dia sedang kehilangan dompetnya seperti mana apa yang diperjelaskan oleh Maria tadi.Papa dan umi hanya mengangguk dan memandang aku lalu papaberkata"Mira,jelaskan kepada kami apa yang Mira buat semasa di sekolah tadi"suara papa agak kedengaran tegas.Aku tahu papa sedang menahan marah.
Aku mengumpul keberanian untuk bersuara.Aku boleh dan aku kuat untuk hadapinya.Aku menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.Dengan tenang aku membuat penjelasan seperti yang diingini mereka."Seperti biasa,Mira mari ke sekolah pagi-pagi bersama Aisyah lalu kami berpisah lorong.Mira ke kelas dan berborak-borak dengan rakan-rakan Mira sepeti biasa.Sampai waktu,kami ke dataran perhimpunan.Waktu itu Mira pergi ke dataran bersama Ayu dan Umaira berserta beberapa pelajar lelaki.Maria dan rakan-rakanya masih ada dalam kelas.Mira tak tahu mereka sedang berborak apa cuma waktu kami berkumpul di perhimpunan,Mira tidak nampak kelibat Maria dan rakan-rakanya di dalam barisan kelas.Mira tercari-cari juga mereka kerana perhimpunan sudah mahu dimulai oleh Aisyah.Akhirnya,Mira tidak mempedulikan mereka.Entah mengapa hati Mira sudah tidak tenang.Berdebar-debar.Sampai lah satu ketika,Mira ternampak Maria sedang menangis selepas guru disiplin memberi ucapan.Selepas selesai waktu perhimpunan,Yana minta Mira ke tandas perempuan untuk menemaninya.Mira tidak masuk ke dalam tandas,Mira hanya menunggu Yana di luar sambil memerhati beberapa pengawas dan guru disiplin membuat 'sport check' di beberapa kelas yang berdekatan dengan kelas Mira.Ketika itu hati Mira sudah berdebar-debar.Kemudian Mira dan Yana ke kelas kami dan Mira sangat terkejut kerana tiba-tiba Mira ternampak salah seorang pengawas lelaki sedang menggeledah beg Mira dan mengeluarkan dompet kuning.Mira pernah nampak Maria memenggang dompet bewarna kuning dan Mira sangat terkejut bagaimana dompet itu berada dalam beg Mira melainkan ada orang yang sengaja ingin menjatuhkan dan menfitnah Mira.Ia mencurigakan.Perkara itu berlanjutan hingga papa dan umi datang."Terangku panjang lebar.
"Itu adalah kronologi keberadaan Mira di sekolah ini pada hari ini.Tiada yang miss pun.Sama ada papa,umi atau cikgu nak percaya atau tidak,itu terserah.Yang penting Mira sudah berkata jujur.Ini mungkin satu pengkhianatan."tambahku lagi.
Bilik itu sunyi sebentar.Hanya kedengara bunyi kipas berpusing dan aircond.
Tiba-tiba papa bersuara."Cikgu sudah dengar apa yang anak saya jelaskan.Mungkin ini kerja pengkhianatan atau ada seseorang yang ingin menjatuhkan anak saya.Cikgu perlu siasat hal ini.Saya bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak tapi saya ingin perkara ini tidak berlanjutan.Maria,jika benar ini perbuatan Amira,anak uncle.Uncle minta maaf bagi pihak Amira.Tapi sekiranya ini bukan perbuatan anak uncle,uncle harap tiada apa-apa masalah lagi selepas ini.Saya akan bincang sekali lagi dengan anak saya tentang kes ini di rumah neneknya.Saya ingin meminta izin pada cikgu untuk membawa pulang kedua-dua anak kami,Amira dan Aisyah pulang ke rumah.Boleh cikgu?"
"Boleh.Dato' boleh membawa pulang anak Dato',tetapi Dato'perlu mengisi borang 'Kebenaran Pelajar Pulang Awal'.Nanti saya dan beberapa guru disiplin yang lain akan menjalankan siasatan tentang kes ini agar ia tidak berlanjutan dan tidak berlaku pada pelajar-pelajar yang lain.Saya berharap ia dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.Dan jika Amira disabitkan dengan kesalahan ini,Amira mungkin akan digantung sekolah atau dirotan ."Bagitahu guru disiplin itu beserta hukuman yang akan ditanggung oleh Amira.Papa mendiamkan diri.Tapi hanya sebentar lalu berkata"Baiklah cikgu,kalau itu benar anak saya lakukan,saya izinkan cikgu berbuat demikian.Saya tahu ini untuk kebaikannya juga"
Aku memandang papa dengan tidak percaya.Tapi aku takut untuk bersuara.Aku menunduk kembali."Aisyah dan Amira,pergi ambil beg kamu berdua di kelas.Kita pulang ke rumah Tok Ma.Papa dan umi tunggu di kereta."Arah papa kepada kami berdua.
Kami tertanya-tanya kenapa perlu ke rumah Tok Ma.Untuk menanyakan kepada papa,kami tidak sanggup.Takut dimarahi memandangkan 'mood' papa kurang baik.kami berdua menuju ke kelas masing-masing dan mengambil beg kami lalu bergerak pantas ke kereta papa.Kelihatan papa dan umi sedang menunggu.Aku tahu papa masih tidak berpuas hati dengan aku dan pasti ia berlanjutan hingga dirumah Tok Ma.Papa menghidupkan enjin kereta lalu meluncur membelah jalan raya.
Aku teringat kembali wajah Maria yang sentiasa menunduk ke bawah memandang lantai setelah kedatangan papa dan umi ke bilik khas itu.'tahu takut,nak jatuhkan aku tidak takut pula'.Aku tersenyum sinis tapi ia terbantut apabila papa bersuara dengan nada agak tinggi dan mengejutkan penghuni kereta itu"papa masih musykil dengan kamu,Mira.Macam mana perkara ni boleh berlaku?Kamu ada musuh di sekolah ke,Mira?!"Tersentak aku dengan pertanyaan itu.
"Mana ada papa.Mira takde musuh pun di sekolah.Errr...Patutlah dari sedari pagi,Mira tak sedap hati.Perkara ini yang berlaku.huh!"Aku mengeluh seketika lalu menyambungkan perbicaran aku tadi dengan mengajukan soalan kepada papa."kenapa tak balik rumah kita dulu,Pa.Kami berdua tak bawa baju pun."
"baju kamu berdua di rumah Tok Ma kan dah banyak.Buat apa nak dibawa lagi baju.Dah,tidur.Nanti dah sampai papa kejutkan."
Umi dari tadi hanya membisukan mulut.Sejak dalam kereta lagi,umi mendiamkan diri.Aku takut ingin menanyakan pada umi.Umi kelihatan sedang sedih.'Adakah umi sedang bersedih kerana perbuatan aku yang aku sendiri tidak lakukan'.Aku menjeling pada Aisyah yang sudah mamai dek mengantuk.Beberapa minit selepas itu,aku juga tewas dengan godaan syaitan untuk membuat aku tidur..Aku memenjamkan mata lalu enak dibuai mimpi.Tidur aku setelah berapa lama aku berpenat memerah otak memikirkan apa salah aku pada mereka yang melakukan aku sebegini.
Umi memandang aku dan Aisyah di belakang.Setelah memastikan mereka berdua tidur dengan lena.Umi bertanya kepada papa"Bang,kita nak buat apa pada mereka?"
Papa memandang umi sekilas dan membalas"Saya hanya lakukan sesuatu pada Amira sahaja,Aisyah tidak terlibat.Saya ada satu perancangan"Lalu papa menjelaskan kepada umi dengan teliti apa yang dia ingin rancangkan pada Amira.Untuk kebaikan anakknya juga.Sedari tadi dia memikirkan hal ini.
"Biar betul,bang?Takkan lah kita nak pisahkan mereka berdua.Mereka berdua sangat rapat,bang"kata umi setelah mendengar perancangan suaminya itu.
"Kita bincang dengan Tok Ma nanti.Jika Tok Ma bersetuju,abang akan lakukan untuk kebaikan Amira juga.Abang tak sanggup tapi abang terpaksa,Ma"
Dia yakin,pasti ada orang yang sedang memusuhi anaknya,Amira.Atau mungkin Maria adalah orangnya.Naluri bapanya berat mengatakan ada orang sedang dengki pada anaknya.Hatinya tidak tenang selagi masalah ini tidak selesai.Dia sebagai bapa perlu melakukan sesuatu.Dan dia pasti rancangan yang dia sedang rancang adalah yang terbaik.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...