52

23 10 0
                                    

Tamat sahaja persembahan peserta ketujuh belas,mereka diberi rehat empat puluh lima minit bagi membenarkan juri mengira markah keseluruhan dan mengumumkan pemenang.Umi dan Papa makan di bahagian tetamu dan penonton manakala semua peserta dan pelajar sekolah itu diminta makan di kantin sekolah.

"Selepas ini keputusan dan penyampaian hadiah.Saya harap sangat kamu berdua dapat keputusan yang terbaik.Kalau bukan pemenang,dapat nombor kedua atau ketiga."

Aku dan Aus mengulum senyum pada Cikgu Hanna.Terbit sedikit rasa gembira dan sekaligus risau kerana di bahu aku dan Aus tergalas harapan daripada satu sekolah.Bukan hanya satu sekolah sahaja,mungkin sekiranya aku dan Aus pemenang,kami akan menaikkan nama sekolah-sekolah di Terengganu memandangkan hanya sekolah aku sahaja menyertai pertandingan ini di dalam negeri Terengganu.

"Mira,cikgu nampak seorang perempuan ni,muka dia sangat mirip dengan Mira.Dia pun peserta competition ni jugak.Mira ada kembar ke?"

Daripada menunduk memandang makanan di pinggan,kini aku pandangan aku memandang Cikgu Hanna dengan terkejut tapi dikawal riak wajah agar tidak menunjukkan aku sedang terkejut.

Aku tahu,semua yang belum tahu aku ada kembar,sudah tentu hari ini rahsia itu terbongkar juga.Nak tak nak aku kena bersedia dengan jawapan bagi persoalan manusia-manusia yang bertanyakan hal itu.

Aku angguk perlahan-lahan.

"Ye ke?Nama dia siapa?"

"Aisyah Arwina"

"Kenapa berpisah jauh.Sorang belajar di KL,sorang lagi di Terengganu.Kenapa tak sekolah sekali?"

Soalan yang sudah aku duga akan disoal oleh mana-mana manusia yang kehairanan aku dan Aisyah berpisah.Sebelum aku menjawab,aku memandang Aus dan Adib yang dari tadi menyuap makanan ke mulut,hanya sekali sekala sahaja mereka berdua mengerling ke arah aku.

"Tahun lepas Mira sekolah sini,tahun ni baru ditukar ke SMK Jernih.Ada masalah peribadi sikit."

"Ouh!Tinggal dengan siapa?"

"Nenek belah ibu"

Kemudian,mereka menikmati makanan dengan senyap.Hanya kedengaran sudu dan garpu berdenting perlahan di atas pinggan.Sempat aku menilik gaya pemakaian Cikgu Hanna yang anggun dan sesuai bagi majlis formal begini.

"Sekiranya ada peluang mengembangkan bakat kamu bagi pergi jauh,pergilah.Jangan lepaskan peluang keemasan itu."Ujar Cikgu Hanna dan kembali makan.

Aku hanya mengangguk.

Sekiranya semasa hendak memulakan persembahan tadi aku berpeluh sejuk,kini perkara yang sama berlaku lagi.Dada aku berdegup kencang.Lebih kencang berbanding tadi.Tangan sudah berpeluh.

"Tuan-tuan,puan-puan serta pelajar-pelajar sekalian."Pengerusi majlis membuka kata.

"Saya serahkan mikrofon kepada Puan Aliyah,ketua juri kita yang menguruskan pengiraan markah pada hari ini.Dipersilakan."Mikrofon bertukar tangan dan suara Puan Aliyah mula menerobos ke telinga semua penonton.Debaran kian terasa.

"Baiklah.Untuk pengetahuan semua,pertandingan piano muzikal kali ini,kami mengambil lima sekolah daripada tujuh belas buah sekolah yang menyertai untuk menerima sumbangan daripada penaja kita.Tanpa membuang masa saya umumkan pemenang pada hari ini."Puan Aliyah membuka kertas di tangannya.

"Tempat kelima,disandang oleh Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas,Kedah.Sila peserta dari sekolah itu naik ke pentas diikuti dengan pengetua sekolah sekiranya hadir."Gemuruh sorak daripada penyokong-penyokong peserta dari Kedah.

"Tempat keempat pula disandang oleh peserta Sekolah Menengah Badrul Amin dari negeri Johor."

"Tempat ketiga pula disandang oleh peserta dari Kolej Tunku Jaafar,Negeri Sembilan."

Setelah ketig-tiga nama sekolah dan peserta sekolah itu mengambil sijil penyertaan dan trofi daripada pihak penganjur,serta beberapa keping gambar diambil,tibalah giliran naik johan dan pemenang akan diumumkan sebentar nanti.

Aku melihat kelibat Aisyah beberapa kerusi jarak daripada aku.Dia memberi senyuman kepada aku.Cantik.Kemudian dia mengangguk ke arah aku.Kemudian aku memalingkan wajah kea rah pentas pula.Jantung ini bagaikan tidak mahu berhenti berdegup malah bertambah kencang.

'Ya,Allah.Sekiranya bukan rezeki aku kali ini untuk menerima kemenangan itu,kuatkanlah hati hamba Mu ini menerima ketentuan Mu.'Doa aku dalam hati.Aku mahu aku akan reda dan tidak memberontak sekiranya kemenangan itu bukan milik aku.

Lebih baik aku bersiap sedia dengan apa-apa jua keputusan juri.Dan tak lama setelah itu,suara mikrofon kedengaran.

"Naik johan..."

Debaran terasa di dalam dewan itu.

"Wakil berbakat iaitu Muhammad Firdaus bin Fauzi dan Amira Arwina binti Dato' Zakaria dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jernih,Terengganu!"Bersorak aku di tempat duduk aku sebelum hujung lengan bajuku ditarik oleh Aus bagi naik ke atas pentas.

Aku memandangang Aisyah bahagia.Dia mengangguk dan tersenyum kegembiraan sambil tangannya menepuk kuat.Tepukan yang gemuruh bergema di dalam dewan dan aku nampak papa dan umi aku berdiri bagi meraikanku.

Sambil berjalan ke atas pentas,aku berbisik dalam hati aku.'Alhamdulillah.Naib johan sudah cukup membahagiakan aku dan aku harap pengetua juga begitu.Semoga kejayaan ini sudah terbalas jasa orang yang banyak membantu aku.'

"Untuk pengetahuan semua,pihak penganjur telah bersepakat untuk memberi tanda penghargaan kepada peserta naik johan dan johan pertandingan ini dengan sejumlah wang ."

"Kepada peserta naib johan,mereka mendapat trofi,sijil,dan replika cek wang tiga ribu ringgit"





Aisyah sangat gembira apabila nama kembarnya,Amira dipanggil oleh ketua juri sebagai pemenang naib johan.Dia dapat melihat seribu satu kegembiraan terpancar melalui riak wajah Amira.Ingin sekali dia memeluk tubuh itu tapi memandangkan jaraknya dengan Amira dihalang oleh peserta yang berada di situ,dia membantutkan hasratnya.

Dia sudah berada di sebelah Harithm,sekejap dia memandang wajah lelaki itu yang kelihatan sangat tenang waktu itu.Setelah beredarnya Amira dan Aus yang merupakan wakil sekolah Amira dari pentas itu,sekarang tiba pula pengumuman pemenang tempat pertama atau johan bagi pertandingan piano muzikal tahun ini.

Dia sudah mula melihat Harith berdebar dan dirinya juga turut sama berdebar.

"Tempat pertama...disandang oleh ..."Ketika perkataan itu diucapkan oleh Puan Aliyah,Harith sedang berdoa di dalam hati manakala Aisyah pula memejamkan mata.

Berharap nama yang akan disebut oleh ketua juri itu,adalah namanya dan Harith.

"Wakil dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Ismail,Kuala Lumpur...Aisyah Arwina binti Dato' Zakaria dan Emir Harith bin Hisham!."

"Saya dan juri yang lain sangat susah untuk berbuat keputusan memilih naib johan dan johan bagi pertandingan ini memandangkan kedua-dua wakil sekolah sangat berbakat dan luar biasa dalam mempersembahkan bakat masing-masing.Dan sangat merunsingkan lagi pemilihan apabil Amira Arwina yang mendapat tempat kedua dan Aisyah Arwina johan adalah sepasang kembar yang memiliki wajah yang sungguh seiras,sukar hendak dibezakan..."

"Saya hendak mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan para peserta yang sudah berjaya menyertai pertandingan ini dengan baik.Akhir kata selamat maju jaya kepada semua."

Maka dengan itu,majlis ini berakhir.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now