Jam 5:30 a.m aku dikejutkan dengan ketukan beberapa kali dari opah untuk mengejutkan aku solat subuh dan bersiap untuk ke sekolah.Selepas mandi dan menunaikan solat subuh,aku menyarungkan uniform sekolah berbaju kurung bagi pelajar perempuan.Baju kurung berwarna putih,berkain merah,dan bertudung putih.Hari ini hari pertama aku akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Jernih.Debaran di hati tidak dapat ditahan lagi.Aku mengeluh panjang mengenangkan keluarga aku di Kuala Lumpur dan terutamanya Aisyah,sangat merinduinya.Aku menggalas beg aku dan terus menuju ke dapur untuk bersarapan bersama opah.Kelihatan opah sedang menunggu aku di meja makan sambil mengacau air milo panas lalu menuangkan di salah satu cawan yang ada di atas meja.
"Mari makan Mira.Nasi goreng je yang opah sempat buat."opah berkata kepada aku sambil menghadiahkan senyuman kepada aku.
"Takpe opah.Mira ok je"aku membalas senyuman itu.
"Macam mana persiapan untuk ke sekolah nanti?Tanya opah."baik opah"jawab aku.Aku agak kekok untuk berborak dengan opah mungkin disebabkan aku kurang rapat dengan opah.Aku menyuap nasi goreng dengan berhemah.
"Belajar elok-elok tau.Banggakan kami semua.Jangan hampakan mereka yang telah beri harapan pada Mira"Nasihat opah kepada aku.
Aku hanya mengangguk.
"Lepas makan,pergi rumah Adam.Adam yang akan hantar Mira ke sekolah."Kata opah yang membuatkan aku tersentak dan teringat kembali beberapa hari lepas perbincangan papa dan Adam tentang hal penghantaran aku ke sekolah selepas ini.Debaran yang tadi terasa menghilang kini kian bertambah.Wajah aku berubah ketara.Jadi,selepas ini aku akan dihantar dan ambil oleh Abang Adam setiap hari persekolahan?Huh.Aku mengeluh panjang.Opah seperti dapat membaca gerak geri aku.
"Mira OK kan kalau Adam hantar dan ambil Mira?"opah bertanya kepada aku."Ok"Aku cuba meredakan perasaan debar dalam diri sambil menghabiskan nasi goreng yang masih berbaki dalam pinggan di hadapan aku.Setelah selesai bersarapan,aku ingin membasuh pinggan yang aku gunakan tapi opah melarang aku berbuat sedemikian,katanya dah lewat untuk ke sekolah.Aku mencium tangan opah yang kelihatan sedikit berkedut dan opah menarik tubuhku sehingga kami saling berpelukan.Aku agak terkejut tapi membalas pelukan itu kerana aku dapat merasakan pelukan itu seperti pelukan umi yang sentiasa memeluk aku dan Aisyah sebelum kami ke sekolah.Satu minit berlalu,opah meleraikan pelukan kami.
"Opah sentiasa mendoakan keselamatan kamu.Di sekolah nanti,jangan sombong dengan orang lain,kawan dengan semua tapi nak cari sahabat,cari yang baik akhlaknya."Sempat opah menasihati aku.Aku mengangguk dan bergerak menuju ke halaman rumah opah dan mendekati sebuah rak kasut di mana terletaknya kasut hitam sekolah baruku.Aku mencapai kasut itu lalu duduk di sebuah kerusi yang terletak berhampiran denganku dan memakainya.Ketika itu,kelihatan kelibat Adam yang sedang memakai selipar dan memasuki keretanya yang berjenama nissan dan apabila keretanya sudah berada di hadapan rumah opah,Adam menurunkan cermin keretanya lalu berkata"Masuk Amira.Abang Adam hantarkan."Aku hanya mengangguk setelah selesai mengikat tali kasut.
Di dalam kereta,kami hanya mendiamkan diri.Tiada siapa yang ingin memulakan percakapan.Dan akhirnya setelah lama mendiamkan diri,aku yang memulakan percakapan disebabkan suasana yang sunyi bukanlah suasana yang aku gemari,aku lebih suka suasana yang riuh dengan gelak ketawa dan suasana yang tanpa ada perasaan kekok.
"Terima kasih hantar Mira ke sekolah"Kata aku sambil memandang Adam.
"Sama-sama.Nanti nak ambil pukul berapa?"Tanya Adam.Dia juga memandang aku sekilas.
Aku tidak terus menjawab soalan itu kerana aku sendiri tidak dapat menjawab soalan itu.
"Mira pun tak tahu Mira balik jam berapa.Hrmm.Macam ni bila Mira dah balik sekolah,Mira call Abang Adam.Boleh?"
"Boleh bawa telefon ke sekolah?"Tanya Adam."Entah.Tak apalah.Hari ni sahaja."Habis sahaja ayat itu aku terus mengeluarkan telefon iphone 6 aku dari beg sandangku lalu meminta nombornya.
Banyak juga topik yang kami tanyakan antara aku dan Adam agar dapat hilang perasaan janggal antara kami.Setelah beberapa minit,kereta Adam sampai di sekolah baru aku.Aku mengucapkan terima kasih kepadanya sekali lagi dan menyuruhnya menunggu aku di sini apabila aku menelefonnya.
Aku memandang sekolah ini untuk kali kedua.Bersih.Aku menghirup udara dengan sekali nafas untuk menenangkan perasaan takut,gementar,bimbang dan debar dalam diri aku.Semua perasaan itu berkecaramuk menjadi satu ditambahnya lagi aku perlu melaluinya tanpa Aisyah di sisi.Aku melangkah dan menuju ke kelas 5 Daldaru sambil mengingati kelas itu di mana.Setelah aku sampai di hadapan kelas itu dan memasti kelas itu tepat ,aku melangkah dengan kaki kanan memasuki kelas itu sambil mengetuk pintu dan memberi salam.Beberapa pelajar yang berada dalam kumpulan memerhari gerak geriku sambil menjawab salamku.Makin berdengup jantung aku pada saat ini.Rasa mahu meletup pun ada.Air liur aku teguk,menahan perasaan gemuruh.Aku mahu duduk di mana?Apa yang aku mahu lakukan sekarang?Aku tenangkan fikiran dan mengukir senyuman kepada mereka yang sedang memerhatiku.Aku seorang peramah dan tidak pemalu tapi apabila berhadapan dengan situasi begini aku menjadi pemalu.Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba menghilangkan perasaan malu itu menjadi seorang yang friendly.
"Hai semua,saya Amira.Dalam kelas ni,ada kerusi dan meja lebih tak?"Aku sedaya upaya mengukir senyuman semanis yang boleh.Aku perlu mencari kawan,mana boleh aku hidup di sekolah baru tanpa kawan yang dapat membantuku sekiranya aku perlukan apa-apa.
"Awak Nur Amira Arwina?"Tanya salah seorang perempuan yang berada dalam kumpulan tersebut.
Aku hanya mengangguk dan agak terkejut bagaimana pelajar perempuan tersebut tahu nama penuh aku.
"Bagaimana awak tahu nama penuh saya?"Tanya aku penuh tanda tanya.
"Semalam,cikgu Zaharah,guru kelas kita ada memaklumkan pada kami semua bahawa ada pelajar baharu dari Kuala Lumpur yang bernama Nur Amira Arwina.Kami tak sabar juga nak lihat dan kenal awak.Kenalkan saya Puteri."Dia menghulurkan tangan dan aku menyambut tangan itu.Aku mengalih pandanganku daripada melihat Puteri kepada melihat beberapa pelajar perempuan dan lelaki yang lain.
"Nama saya,Aliana.Panggil Ana.""Saya Shafika.Boleh panggil Fika.Selamat berkenalan."
Aku menyambut huluran mereka bertiga kecuali pelajar lelaki yang turut serta dalam perkenalan itu"Nama aku Muhammad Fattah.Panggil Fattah.Bukan Fattah Amin tau."Fattah memperkenalkan diri dan sempat lagi dia berseloroh.Aku ketawa kecil mendengar ayat terakhir dia.Kemudian aku melihat rakan Fattah di sebelahnya.Kelihatan mukanya agak beku.Dia juga memandang aku tajam.Menggerunkan.
"Aku Adib."Aku mengangguk dan memberi senyuman kepada Adib,dia hanya membalas senyuman aku nipis tapi tak semesra seperti Fattah.Aku mengalihkan pandangan aku kepada sebelah Adib.Aku memberi senyuman kepada dia
"Nama aku Firdaus tapi panggil Aus je.Lebih pendek dan senang dipanggil.Kalau nak panggil Abang Aus pun boleh."Senyuman nakal tersungging di bibir.Saja dia berkata begitu ingin menyakat pelajar baru tersebut yang ingin dipanggil Mira."Eeeuuuii,Abang Aus....."Puteri,Fika dan Ana memerli panggilan itu.Aku hanya mampu senyum sahaja walaupun dalam hati memang nak tergelak sakan.Apabila gelak ketawa mereka dah reda,aku mengulang kembali soalan yang pernah aku tanya kepada mereka setelah soalan aku tidak dijawab oleh mereka berenam.
"Hrmm...boleh saya tanya,dalam kelas ni ade meja dan kerusi lebih tak?Kat mana saya nak duduk?"
"Ouh,ada.Cikgu Zaharah dah suruh pelajar lelaki ambilkan semalam kerusi dan meja kepunyaan awak.Tempat awak disebelah Ana.Di sini tempat saya dan Fika.Kita satu kumpulan!Hey Fattah!Mu tepi lah,dok tengok ke ade orang nok duk ni.Siang saing!"Kata Puteri.Aku beranggapan Puteri seorang yang peramah,baik da mungkin agak kasar perwatakannya.Aku mendengar loghat Terengganu Puteri.Agak kelakar dan tidak berapa faham.Aku belajar di salah satu sekolah di negeri Terengganu.Bagaimana aku ingin memahami loghat mereka?
"Sorry Puteri.Sorry Amira."Selepas Fattah berkata begitu,dia terus memberi ruang untuk aku duduk di sebelah Ana kerana dia sedari tadi duduk di tempat itu manakala pelajar lelaki yang lain duduk di kerusi lain tapi masih berada berhampiran dengan meja kumpulan kami.
Beberapa minit berlalu,kelihatan kelas itu sudah dipenuhi oleh pelajar yang memang kelas itu.Aku hanya memandang mereka sambil tersenyum.Tidak mahu dianggap sombong.Aku gembira apabila diberitah bahawa cikgu Zaharah itu adalah guru kelas aku dan beberapa pelajar dalam kelas ini yang peramah dan melayan aku dengan baik.Hari ini aku belajar dengan suasana yang baru,kelas baru,rakan-rakan yang baru dan guru-guru juga baru.Kawan-kawan sekelas masih agak kekok untuk menegurku tapi mereka masih mengukir senyuman buatku dan aku membalasnya dengan senyuman paling manis.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...