Setelah selesai membasuh pinggan,aku bergegas masuk ke bilikku.AKu tidak peduli lagi pada orang lain yang memandangku hairan,yang aku mahukan, cepat sampai ke bilik dan aku ingin sapukan krim dan makan ubat yang telah diberi oleh doktor Aina beberapa hari lepas di kliniknya.Katanya sekiranya aku mengalami alergik,sapukan krim ini dan makan sebutir pil bersama air mineral untuk menghilangkan gatal-gatal dan kesan tompokkan merah di lengan dan tanganku seperti yang aku alami sekarang.Nasib aku baik kerana masih ada sedikit baki air mineral dalam botol tupperware aku di dalam bilik dan tidak perlulah aku bersusah payah ke bawah semula untuk mengambil air.
Cepatnya sotong yang ku makan tadi bertindak balas dalam tubuhku.Serasa menyesal pula makan sambal sotong tadi tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.Aku bersendirian di dalam bilik,menahan perit dan pedihnya kegatalan akibat alergik itu.Di atas katil,ku bersila sambil melihat diriku di hadapan cermin.Menatap wajah sendiri yang sedang kesakitan,yang sedang menunggu krim yang disapu dan pil yang dimakan itu bertindak balas melawan alergik aku dengan sabar.Aku menggaru kulitku yang merah itu dengan geram.
'Sabar,tenang,biarkan alergik itu pergi...'pujuk hatiku agar dapat menahan perasaan putus asa menahan kepedihan di lenganku.
Aku tidak mahu keluar daripada bilik ini selagi tompokkan merah ini tidak hilang.Muka aku juga sudah kemerahan.Aku tidak mahu yang lain tahu rahsia yang kugenggam ini diketahui.
"Syah,mana Mira?"Tanya umi kepada Aisyah apabila mendapati anaknya itu tidak berada bersama tatkala semua sudah berkumpul di ruang tamu.Sudah menjadi rutin di rumah Tok Ma, kami semua akan berkumpul untuk merapatkan hubungan kekeluargaan melalui pelbagai aktiviti sama ada gotong-royong membersihkan rumah ataupun membincangkan masalah masing-masing."Dalam bilik kut,umi"Kata Aisyah tidak pasti.
"Tadi lepas basuh pinggan,terus Mira masuk bilik.Hairan jugak."Celah Aireen.
"Tak sempat nak halang Mira masuk bilik,dia macam nak cepat saja.Macam ada masalah"Luah Yana pula."Mira,ada masalah ke?Normal?"Tanya Tok Ma kepada menantunya itu.
"Mira tiada pula memberitahu saya apa-apa...Tak apa,umi pergi tengok Mira sekejap"Ujar umi risau.
"Erh,umi!Tak apa,Syah yang pergi panggil Mira turun.Umi duduk saja sini"Aisyah bergegas bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke bilik Amira.Hairan,pelik,berdebar,takut,bimbang dan pelbagai lagi perasaan berkecelaru terhadap Amira.
Sikap Amira sedari tadi bukan dia sahaja yang perasan,malah yang lain juga menyedarinya.Amira seperti menyembunyikan sesuatu daripada mereka semua.Aisyah juga terasa terhadap layanan dan tingkah laku Amira tadi seperti ingin menjauhinya.Dia ke rumah Tok Ma,ingin berjumpa dengan Amira yang sangat dirindui malah Amira berada di dalam bilik setelah sarapan tadi,sepatutnya masa yang ada ini dia dan Amira meluangkan masa bersama-sama...............
Aku berasa serba salah kerana meninggalkan Aisyah di bawah tanpa melayannya.Aisyah datang ke sini kerana ingin menjumpainya dan melepaskan rindu tapi dia tidak mampu menemui Aisyah dan turun ke bawah dengan keadaan dirinya yang sedang menahan kegatalan.Mana mungkin dia mahu turun ke bawah mempertonjolkan dirinya kepada yang lain dalam keadaan kulit sedang kemerahan menampakkan tompokan merah itu.
Setelah setengah jam berada di dalam bilik tiba-tiba bunyi ketukan pintu.
Tukkk! tukkk!
"Assalamualaikum,Mira!"Aisyah memberi salam.
"Waalaikummusalam,siapa tu?"Aku menjawab salam.Dengan keadaan menahan gatal,aku tidak dapat mengesan suara yang memberi salam di luar pintu.'Pedih!Bila nak hilang gatal ni?!!!'Jerit batinku.
"Aisyah""Nak apa,Syah?"Tanyaku dalam intonasi kuat agar Aisyah dapat mendengar suaruku.Aku masih tidak berganjak dari katil menandakan aku masih tidak mahu membuka pintu.Aku tidak mahu ada orang mengangguku,melihat diriku,dan berbual denganku.Biarlah tompokan merah ini surut terlebih dahulu,baru aku boleh keluar dari bilik ini.
"Bukalah pintu ini dulu!"Pinta Aisyah lembut.Aku diam.
"Mira,kau ada masalah ke?Sharelah dengan aku.Jangan pendam sorang-sorang."Lembut Aisyah berkata-kata.
Aku masih diam tidak menjawab setiap kata-katanya kerana sedang memikirkan sekiranya aku membuka pintu,sudah pasti Aisyah menyaksikan keadaan aku dan akan memberitahu yang lain.Apa tindakan Tok Ma nanti?Apa yang papa dan umi akan lakukan kepadaku setelah mereka mengetahui hal ini?Bagaimana reaksi sepupuku yang lain?Adakah aku akan dilarang makan sotong lagi?Arh!!!tidak boleh...hal ini tidak akan terjadi.Tiada siapa yang akan tahu hal ini.
"Syah,kau turunlah bawah,jangan kacau aku.Nanti aku turun lah."Arah aku kepada Aisyah."Kau kenapa sebenarnya ni?"Hairan dengan sikap Amira.
"Aku tak ada apa-apalah.Aku nak bersendirian saja"Pujukku agar Aisyah memahami keadaan aku yang ingin bersendirian.
"Mira...kalau kau ada apa-apa masalah,kongsilah kepada aku.Apa gunanya aku kalau kau tak share masalah kau kepada aku."Aisyah dapat merasakan sesuatu telah berlaku kepada Amira dan Amira cuba menyembunyikan hal itu daripada pengetahuannya.Amira jarang berkeadaan seperti ini.Kalau dulu,setiap masalah Amira hadapi,sudah pasti Aisyah yang dicarinya tapi kini masalah yang Amira hadapi kenapa Amira perlu menyembunyikannya.
Adakah dia sudah tidak penting dalam hidup Amira?Sikap Amira itu,membuatkan Aisyah berasa sedikit kecewa.Namun dipendamkan sahaja di lubuk hati.
"Aisyah...kau turun bawah dulu ye"Pinta Amira lembut untuk kali kedua.
"Aku dah tak penting ke dalam hidup kau,Mira?"Suara Aisyah sudah kedengaran mengendur."Bukan macam tu,Aisyah..."Amira sudah serba salah.
Kami berbicara tidak bertentang mata,tidak berhadapan satu sama lain,mata kami tidak bertemu kerana dihalangi sebuah pintu bilik.Walaubagaimanapun,hati kami berhubung,darah kami mengalir,naluri Aisyah dapat merasai apa yang sedang Amira alami.
"Aisyah,kenapa dengan Amira?"Tiba-tiba umi datang menghampiri Aisyah.
"Amira tak nak buka pinta,umi.Dah lama Syah pujuk Mira.Syah rasa Mira ada masalah ni"Perlahan suara Aisyah memberitahu hal itu kepada uminya agar tidak didengari oleh Amira.
"Mira,buka pintu ni sayang"Pinta umi lembut.Amira dalam bilik sudah gelabah tahap gaban apabila mendengar suara umi di luar pintu.Kalau Aisyah yang menyuruhnya membuka pintu,dia sanggup untuk menolak permintaan itu tetapi sekiranya umi yang memintanya,tidak sanggup dia ingin menolak.
"Mira...umi ni,Mira ada masalah ke?Mira..."Pujuk umi lagi.
"Mira..."Panggil Aisyah lembut."Buka pintu ni Mira.Kalau Mira tak buka,umi terpaksa panggil papa untuk tolak pintu ni."Pinta umi bercampur sedikit unggutan.
"Umi,Mira bukan tak nak buka pintu ni.Cuma,Mira tak nak umi dan Aisyah terkejut lihat Mira saja."Luahku takut.
"Kenapa Mira?Apa dah terjadi?"Tanya umi bimbang tentang keselamatan Amira.
Aku masih ragu-ragu untuk membuka pintu.Aku lihat diriku di cermin lagi.Kenapa dapat aku rasakan alahan kali ini lebih teruk lagi berbanding beberapa hari lepas di rumah Opah sewaktu pertama kali aku mengalami alahan ini?Kenapa tompok-tompok merah ini seperti tidak ada tanda-tanda untuk surut dan sembuh?.Kenapa tompokkan merah ni hingga ke muka?Kulitku semakin gatal.Kenapa krim yang aku sapu dan pil yang aku makan seperti tiada kesan?Kenapa?kenapa?dan kenapa?
Bukan sahaja tompok-tompok merah ini tidak mahu surut dan sembuh malah aku seperti sukar bernafas.Lelah.Bagaikan ada sesuatu yang menghalang untuk aku bernafas,kerongkong aku gatal.Sangat seksa!
Aku berdebar,bimbang,takut dan bermacam-macam lagi perasaan yang aku alami.Oleh kerana terlampau takut,aku mengambil keputusan untuk membuka pintu kerana aku tidak mampu menghadapinya berseorangan.Aku perlu seseorang untuk meluahkan kerisauan aku.Biarlah apapun yang terjadi,aku rela hadapinya kerana aku tidak sanggup lagi menahan gatal ini yang semakin berlarutan.Pintu di dibuka perlahan-lahan,maka dapat aku lihat dua orang yang sedang berdiri yang aku sangat sayangi.Reaksi mereka setelah melihat aku keadaan begini sangat terkejut dan mereka berdua menjerit kerisauan dan panik melihat aku.
"Amira!!!!"Serentak Aisyah dan Umi memanggilku.
Sambungannya episod seterusnya ya!Jangan lupa vote...Please..Votelah..Mana tahu dengan vote anda,anda telah memberi saya semangat untuk hasilkan karya yang bagus.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...