50

30 10 0
                                    

"Semoga berjaya Mira,Aus.Cikgu harap kamu berdua berjaya."Cikgu Hanna menepuk bahu aku dan Aus,tanda memberi sokongan padu sebelum aku dan Aus melangkah ke belakang pentas untuk bersiap sedia.

Buat seketika mereka duduk di bangku yang disediakan di belakang pentas bekas sekolah aku.Aku menarik nafas panjang,pelajar yang sedang membuat persembahan yang kelima hampir tamat.Selepas ini giliran kami pula.

Adib mengambil air mineral dari kotak yang telah disediakan untuk peserta menunggu.Lalu diserahkan kepada air mineral itu kepada aku dan Aus.

"Kau,tak penat ke dari tadi menempel dengan Aus.Kalau kau nak pergi kat Cikgu Hanna,pergilah."Dalam debar sempat aku berseloroh dengan Adib.

"Kau macam halau aku je"Nada suara Adib seperti merajuk kedengaran.

"Taklah!Aku just bagitahu je."Langsung tiada niat aku untuk halau Adib malah aku merasakan dengan kehadiran Adib ke belakang pentas ini,Adib mahu memberi kekuatannya kepada aku dalam diam.

Kemudian aku meneguk air botol yang diberi Adib sepuas-puasnya sambil tangan terketar-ketar.Bergegar botol air itu dibuatnya.Adib yang melihat hanya tergelak.Perasaan hairan terhadap perilaku Amira tiada lagi memandangkan dia faham tingkah laku Amira sewaktu berdebar.

Aus pula,kalau sudah berdebar dan takut,hanya mampu diam dan tidak banyak berbual.Perkara yang penting sahaja,yang akan dibicarakan oleh Aus.Kalau tidak,angguk dan geleng sahaja.

"Takut?"Adib bertanya sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Aku mengeluh."Mahunya tidak".Aku kembali meneguk air di dalam botol.

Aku bangun daripada bangku dan berjalan mundar-mandir bagi mengurangkan rasa gemuruh.

"Relaks sahajalah.Aku selalu jugak macam ni,tetapi nanti lama-lama kau sudah dapat biasakan diri,perkara itu akan jadi normal.Sekiranya terlampau takut.kau tarik nafas panjang dan hembus.Selawat ke atas nabi dan zikir ingat Allah perbanyakkan.Kosongkan fikiran,anggap penonton-penonton di bawah itu hanya kanak-kanak Ribena..."

"Aku lebih takut sekiranya kanak-kanak Ribena yang menonton persembahan aku....Kalau aku tersalah not...mereka akan ketawakan aku"Ulas aku memotong penerangan Adib sebentar tadi.

"Hey!Kau boleh tak fikir guna otak?Ada ke patut budak-budak lima enam mahu faham not muzik?Lebih teruk sekiranya kau bayangkan yang menonton itu orang-orang besar yang selalu menonton persembahan muzikal.Lagilah mereka sedia maklum dengan semua sususn atur muzik.Lagipun piano alat muzik orang kaya-raya."Adib membidas ulasan aku.

Ada benar juga kata-kata Adib ini.

"Aku rasa keputusan kau ikut Aus dan aku ke pertandingan ini,sangat tepat sebab kau ada function yang sangat berguna."

Adib mengerut dahi mendengar ucapan aku."Maksud kau?"

"Yelah.Kau ada kat sini sampai ikut aku dan Aus ke belakang dewan,mulut kau sentiasa bagi kata-kata semangat,ucapan yang membina walaupun sedikit sinis dan sadis.Tenang dan lega sikit hati aku yang berdebar tahap gila ni!"

Jujur aku meluahkan,apa yang aku katakan sebentar tadi memang ikhlas dari hati.Tak dinafikan bahawa kata-kata Adib banyak melegakan diri aku yang sejak tadi berdebar,gelabah,bimbang,dan semualah bercampur aduk menjadi satu.

"Nak harapkan Aus yang bagi kata-kata semangat?Hrm..entahlah bilalah...dia sendiri pun dari tadi duk berdiam je..."

"Hahaha.."Ketawa Adib perlahan.Berbunga-bunga hatinya mendengar penjelasan dan luahan Amira tentang dirinya.Bukan senang mahu dengar gadis itu memujinya.Dia dan Amira sama-sama ego.

"Kau mengumpat aku ye,Amira?"Aus bersuara setelah mendengar namanya disebut-sebut.

"Ya!"Jawab sepatah Amira.

"Kau kenapa ni,Aus!Relakslah!Tak macho lah kawan aku,kalau dah muka kau pucat macam mayat hidup ni!"Perli Adib dalam masa yang sama mahu menggembirakan hati si kawan.

"Aku debar sangat ni weh!Depan pentas,ramai orang!Huh!Debar lain macam"Akhirnya suara Aus kedengaran juga.

Beberapa minit aku mendengar Adib cuba memberi kata-kata peransang untuk membakar semangat Aus yang memerlukan kata-kata itu.Dalam masa yang sama,aku juga turut mengambil kata-kata yang diucapkan oleh Adib menyerap masuk ke dalam hati ini.Tangan sudah terketar-ketar.Aku tahu bila-bila masa sahaja,namaku dan nama Aus akan dipanggil oleh pengacara.

Aku melihat Aus sudah bersemangat.Wajahnya bertukar lebih ceria berbanding tadi yang asyik termenung jauh.Power betul semangat Adib ni,mampu mewarisi Aus yang seperti kehilangan anak sejak tadi.

Aku tarik nafas,hembus.Aku sedikit lega.Aku mahu kelihatan tenang.Umi dan papa sebentar nanti akan menyaksikan aku di atas pentas.Maria dan kawan-kawannya sudah pasti juga ada dalam dewan itu,dan mereka akan dipersembahkan persembahan bekas teman sekelasnya yang pernah mereka aniaya.

"Eh,dengar itu.Nama kau dan Aus sudah dipanggil!Cepat Mira,Aus!Nanti nama korang berdua diumumkan tidak hadir!"Adib menolak tubuh Aus ke hadapan bagi menyuruh mereka berdua bergegas menaiki tangga yang terus menuju ke pentas melalui jalan belakang.

Kakiku disusun satu-satu menaiki tangga dan terus tersenyum kepada kanak-kanak yang menonton di bawah sana seperti Adib mahu aku bayangi.Wah,dia nampak umi dan papanya ada di bawah.Aduh,semakin lebar aku senyum.Aku melilau-lilau pula dan melihat gerangan yang dicari,Aisyah turut sama senyum ke arah aku.

Aus yang akan memainkan muzik pembukaan,jadi aku bersedia sepenuhnya.Kali ini tiada nota muzik,sebarang nota muzik sudah tidak dibenarkan kecuali semasa muzik spontan.Mereka akan diberikan satu lagu berserta nota muziknya dan mereka akan dikehendaki bermain berdasarkan not itu.

Pada fikiran aku,kali ini semua berjalan lancar tanpa tersekat-sekat.Aku sangat percayakan Aus,bakat yang ada pada Aus mampu menjayakan persembahan ini dengan baik.Aku sudah membayangkan semua penonton di bawah hanyalah kanak-kanak.

Aku bermain dengan sungguh selesa dan relaks.Nampak gayanya Aus juga bermain dengan keadaan yang sama.Sungguh tenang sekali!

Segala butir bicara Adib yang mahukan aku untuk tenang,sekarang aku sedaya upaya kelihatan tenang sehabis mungkin walaupun tangan dan jari-jari runcingku sudah terketar-ketar.

Segala harapan pengetua dan guru-guru sekolah untuk melihat aku membanggakan nama sekolah,sekarang adalah masanya untuk aku usahakan.

Segala apa yang telah aku pelajari sejak kecil menimba ilmu piano bersama-sama papa dan Aisyah,sekarang adalah waktunya untuk aku gunakan sebaik mungkin.

Keizinan umi dan papa yang membenarkan aku menyertai pertandingan piano hari ini,sekarang adalah waktunya untuk aku buktikan bahawa aku mampu menghadiahkan persembahan terbaik kepada mereka dan jika diberi rezeki,aku mahu hadiahkan kejayaan hari ini untuk mereka juga.

Dan untuk kawa-kawan aku yang selama ini sokong aku dari belakang dan depan,ada waktu aku susah senang,sama ada rakan dari sekolah SMK Rantau Ismail atau SMK Jernih,aku mahu mereka saksikan persembahan aku saat ini,aku mahu tujukan buat mereka juga.Tanda terima kasih aku untuk mereka.Aku harap mereka suka melihat persembahan ini.

Terakhir untuk Cikgu Hanna yang dua minggu bersama aku dan Aus,berpenat lelah mengajar aku tentang ilmu piano yang selama ini aku ambil ringan sahaja.Sejak dua minggu ini juga,dari pagi hingga ke petang,cikgu Hanna menjaga,memantau dan menegur setiap kali persembahan kami tersilap not piano.

Tak terbalas jasa Cikgu Hanna,persembahan ini juga aku tujukan buat Cikgu Hanna.Semoga dia berpuas hati.Akan aku guna saat ini setelah segala ilmunya,dia curahkan buat aku dan Aus.Walaupun masa kami sangat singkat untuk bersamanya,berlatih bersama-sama,aku dan Cikgu Hanna hubungan kami semakin akrab.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now