21

43 5 1
                                    

Maaf ye,kalau ada typo or kesalahan apa2.Jangan lupa vote!


Tiba-tiba ketika aku dan Aniq leka belajar dan mengajar subjek matematik tambahan,terdengar suara kanak-kanak menangis.Suara itu mendekat dan mendekat dengan kami dan akhirnya muncullah kelibat dua orang kanak-kanak.Seorang menangis dan seorang lagi memegang tab sambil mukanya menahana geram dan marah.Aku mendekati anak saudara aku dan memeluknya kemudian bermulalah sesi aku memujuk antara Aqil dan Afiq.

"Aunty Mira,tengok adik ni!Adik pukul abang..."Kata Aqil,abang kepada Afiq.

"Kenapa ni?Mana boleh gaduh adik beradik."

"Tapi Adik ni dia pukul abang kat lengan ni.Sakit"

"Ya Allah Aqil.Bagitahu aunty Mira,siapa yang mula?"

"Abang Aqil tengok upin ipin lepastu adik nak main game dalam tab ni.Abang Aqil tak bagi lah tapi adik nak jugak,lepastu adik pukul lengan abang kat lengan dengan mainan."Aku melihat muka dia seperti ingin menangis.Aku menggosok belakang badan dia untuk mengurangkan perasaan marah dia kepada si adik.

"Adik Afiq,mana boleh pukul abang macam tu?"

"Abang tak bagi adik main tab.Adik pukullah."

"Adik tak sayang abang ke?"

Mereka berdua diam.

"Cik Teh tanya ni.Adik sayang tak abang Aqil?"

"Sayang..."

"Abang sayang tak adik?"

"Sayang"

"Habistu kenapa bergaduh?mana boleh bergaduh.Tak baik."

"adik yang nak tab abang"

"Tab tu kena kongsi.Tak boleh berebut.Abang guna sekejap lepas tu bagi adik pula guna.Kalau berebut macam ni,semua tak usah main.Abang tak usah main dan adik pun.Nak,macam tu?"Terang aku kepada mereka berdua supaya mereka tidak bergaduh lagi merebutkan tab yang satu itu.

"Cepat minta maaf."Pinta aku kepada mereka berdua.

Mereka pun minta maaf antara satu sama lain.

"Peluk"
Mereka berpelukan seperti yang diminta.Sayu hati aku melihat keakraban mereka berdua.Aqil mengelap air mata adiknya.

"Mana papa?Mana mama?"

"Dalam bilik"

"mana Zara?"Zara itu adik kepada Aqil dan Afiq

"Dalam bilik"

"Mama buat apa?"

"tidukan zara,zara demam"

"Ouh,Macam ni,Abang Aqil dan Adik Afiq pergi main kat ruang sana. Aunty Mira banyak kerja ni,Nanti Aunty datang main dengan abang dan adik.ok?"

"OK"Mereka menjawab serentak.Lalu mereka terus ke ruang lain.

Aku kembali ke meja setelah soalan matematik tambahan yang perlu dijawab tertangguh sebentar tadi dengan kehadiran anak-anak abang Rafiq dan saat itulah aku terpandangkan mereka berenam.Mereka sedang memandang aku dan mungkin memerhati aku sedari tadi.'Hisy!suka sangat perhati orang.Televisyen ada,tak nak tonton,nak juga tengok aku!'.Rungut aku dalam hati.'Tahu tak aku malu korang pandang aku macam tu?'Sambung aku dalam hati.

"Aniq,aku selesaikan soalan ni kat bilik akulah.Nanti kalau aku tak boleh buat,aku whatsaApp kau jelah."Kata aku kepada Aniq sambil mengemas buku-buku aku lalu terus naik ke bilik tingkat tiga.


Awan kelihatan tebal dan gelap.Pada malam ini,bintang nampak suram.Bulan diliputi dengan awan yang gelap.Guruh bergema di luar rumah,disambung dengan panahan petir dan kilat.Diiringi juga dengan hujat lebat mencurah-curah.

Aku tidak dapat tidur setelah mendengar guruh berdentum-dentum di langit.Ketakutan semakin terasa kerana bunyi guruh yang kuat itu.Mata yang ingin terkatup setelah berjam-jam aku mengekang mata menghadap kerja sekolah yang bertimbun-timbun tidak jadi terkatup kembali kerana perasaan takut itu.Kebiasaannya,apabila guruh berdentum,sudah pasti aku akan mencari Aisyah di biliknya dan memintanya untuk menemani aku tidur.Dan dia hanya menurut sahaja kerana sedia maklum Amira tidak akan tidur sekiranya tidak ditemani jika guruh dan petir sudah menunjukkan kuasanya di luar rumah.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now