Hari terakhir bagi tahun 2018.Hari isnin yang terakhir untuk 2018.Episode terakhir untuk 2018.Semoga dengan episode ini dapat menemani pembaca setia dan pembaca baru Mencari Diri.Hari demi hari saya cuba perbaiki penulisan saya,jalan cerita,mainkan watak dengan baik dan pelbagai lagi.Harap memuaskan para pembaca.Akhir kata,SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2019!!!
Sakit!Tubuhnya terasa sakit .Dia cuba buka mata namun dia terasa kelopak matanya bagai digam.Dia cuba angkat tangan namun tangannya berat yang amat.Kakinya terasa sengal-sengal.Aisyah cuba buka mulut,namun yang mampu diluahkan Cuma erangan.Seluruh tubuhnya kini terasa seperti sedang dicucuk-cucuk.
"Erghh..."Kepalanya bergerak ke kiri.Lehernya terasa perit.Matanya masih terasa berat.Gelap.Hanya itu yang dia nampak.
"Nak..anak dah sedar?"Tiba-tiba dia terasa tangannya disentuh seseorang.
"Hrm..."Hanya itu yang mampu dibalasnya.Tekaknya terasa perit sangat.Kering.Dia perlukan air untuk membasahi tekaknya.Mungkin dengan cara itu dia akan mampu bercakap.Dia cuba sekali lagi untuk mengeluarkan suaranya.
"A..a..a...air.."Tersekat-sekat suaranya kedengaran.Dia harap siapa pun yang ada di sisinya ketika ini faham dengan apa yang cuba dia maksudkan."Anak nak air?Sekejap!"Sentuhan di tangannya sudah tidak terasa lagi.Tak lama kemudian,dia terasa ada benda sejuk melekap di bibirnya.
Aisyah membuka mulutnya perlahan kemudian dia terasa ada sesuatu menyusup masuk melalui bibirnya.Lidahnya terasa basah sebelum air itu melalui tekaknya.Walaupun sedikit,namun ia mampu buat tekaknya yang kering itu basah.Kemudian dia terasa bibirnya dibasahi kain lembap.
Kelopak mata terasa berat.Begitu juga dengan anggota badan yang lain.Semuanya terasa berat.Hanya telinga mampu mendengar.
'Di mana aku?Kenapa berat nak buka mata,nak angkat tangan?'
Gelap!
"Nek Sam,sudah sapu ubat di tempat luka?"Telinga Aisyah menangkap suara yang jelas,begitu hampir.Suara lelaki.
"Belum lagi,Zadi.Nek belum lap badan dia lagi."Suara kedengaran seseorang perempuan yang sudah berusia.
Suara perempuan yang dipanggil Nek Sam dan lelaki bersuara garau dipanggil Zadi.Aisyah tidak pernah dengar kedua-dua suara itu.Dia nak buka mata tapi tak mampu.Nak bersuara namun mulut seolah-olah terkunci.Apa lagi nak gerakkan anggota badan.
"Nek,kalau perempuan ni dah sedar,apa kita nak buat?"Tanya lelaki yang bernama Zadi itu.
"Kita cuba jaga dia sampai dia sembuh dulu.Tangan dia tu teruk juga yang patah.Kalau dah sembuh,kita cari jalan untuk pulangkan semula dia ke tempat asal dia."Patah?Tangan siapa yang patah?Diri dia sendirikah?Kenapa perlu hantar ke tempat asal?Di mana dia sekarang?
"Nasib kepala dia dah berhenti keluar darah"Kata Zadi lagi.
"Kalau tak,dia dah kurang darah"Tambah Nek Sam.Kepala berdarah?Mungkinkah kepala dia yang berdarah.Dia tidak dapat menggerakkan tangannya.Bagaimana dia mahu merasa kepalanya.Adakah ada balutan dikepalanya untuk menghentikan darah yang telah diberitahu lelaki itu.
"Zadi,Nek rasa nama gadis ini,Aisyah."Kata-kata daripada Nek Sam sangat mengejutkan dia.Bagaimana Nek Sam tahu dirinya bernama Aisyah?
Kepalanya semakin berdenyut-denyut apabila terlampau banyak yang dia fikirkan.Pelbagai persoalan bermaharajalela dalam kepalanya sekarang?Dia mahukan jawapan bagi kesemua persoalan itu.Dia harus sedar secepat yang mungkin dan bertanya kepada Nek Sam dan Zadi.
"Bagaimana Nek tahu nama gadis ini Aisyah?."
"Masa Nek lapkan badan dia,Nek ternampak rantai yang ada nama 'Aisyah'...mungkin juga nama dia Aisyah."Terang Nek Sam menjawab persoalan bagaimana Nek Sam tahu nama dia.
"Ouh,cantik nama itu"Puji Zadi.Aku cuba gerakkan kelopak mata untuk kesekian kalinya,tapi rasa berat.Seolah-olah kelopak mata sudah digam.Begitu juga dengan tangan dan kaki aku.Berat untuk digerakkan.Aku nak bebas!Tolong aku!Tolong kejutkan aku!
Kepala Aisyah sangat sakit kemudian terus dia tidak sedarkan diri.
Tergamam.Terkedu.Terpaku.Aku sangat terkejut dengan apa yang telah aku lihat lihat tadi.Depan mata kepala aku sendiri,kemalangan yang melibatkan Aisyah dan Umi berlaku.Opah dan aku menjadi saksi kemalangan itu berlaku.Betapa dasyatnya apa yang telah terjadi.
Sewaktu aku dan opah sedang berbual-bual dengan Aisyah dan umi melalui panggilan video dan perbualan kami sedikit terganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Umi memandu dengan tenang sewaktu umi melalui kawasan hutan dan ingin memasuki kawasan bertanah tinggi yang terdapat gaung-gaung ketika melalui jalan itu.
Tak lama setelah itu,tiba-tiba aku melihat sendiri kereta umi jatuh ke bawah dan terdengar suara Aisyah menjerit.Walaupun sangat terkejut melihat kejadian itu,aku masih dapat melihat Aisyah secara tidak sengaja tertekan kunci kereta di pintu yang mana pintu tempat Aisyah sedang duduk.Pintu kereta terbuka lalu Aisyah jatuh ke bawah dengan luka-luka di dahi dan kepalanya akibat cermin kereta pecah.
Umi sudah terhantuk di stereng dan hanya mendengar rintihan umi sahaja.Kemudian telefon Aisyah yang sedang berada dalam talian ini jatuh ke bawah kerusi lalu aku dan opah tidak dapat melihat apa lagi situasi yang berlaku setelah itu.
Aku dan opah sama-sama tergamam.Tidak terkata terkejutnya kami berdua.Air mata aku sudah merembes keluar tidak henti-henti.Hiba tak terkata.Aku tergamam.Sungguh tergamam.Baru sahaja aku ingin mengecapi bahagia bersama Aisyah dan Umi tapi apa yang telah terjadi buatkan aku rasa bahagia bukan lagi milikku.
Setelah opah menyedari bahawa dia dan aku perlu menelefon polis dan pihak hospital terdekat agar memberi bantuan secepat yang mungkin untuk Aisyah dan umi.Opah juga telah memanggil Adam untuk memberitahu hal kemalangan ini.
Semua opah yang buat manakala aku,masih terduduk di atas lantai sedang cuba mencerna dan menerima kejadian ini sambil tangan memengang erat telefon aku yang masih berada dalam panggilan video bersama telefon Aisyah.Aku menangis lagi dan lagi.Lutut aku mengeletar seperti jeli,aku cuba bangun tapi aku tidak mampu.
Sewaktu Opah sedang membuat panggilan dengan pihak hospital dan polis terdekat manakala aku sedang memanggil umi untuk menyahut panggilan aku memandangkan talian panggilan video daripada telefon Aisyah masih bersambung.Tiada bunyi yang kedengaran daripada Umi dan Aisyah entah jatuh ke mana.Aku dapat mendengar bunyi-bunyi pokok di talian itu.
Dapat aku rasakan,kereta umi sedang tersadai di celah-celah pokok besar dan rasanya bila-bila masa sahaja kereta itu akan jatuh ke gaung yang curam itu.Debaran di dada tidak usah dikata,mahu luruh jantungku memikirkan kejadian tadi.
Setelah pihak hospital dan polis sudah dihubungi,papa juga opah turut khabarkan hal ini.Suara terkejut papa menambahkan lagi ketakutan aku dan opah.Dapat aku dengar suara kerisauan papa dan sudah tentu papa lebih bimbang akan umi dan Aisyah lebih daripada aku bimbangkan mereka berdua.
Air mata aku mula bergenang dengan dada yang mula berombak.Aku cuba bertenang.Tapi esakan aku semakin menjadi-jadi.Aku mendengar Umi mengerang dan aku tahu umi sedang kesakitan di sana.
''Umi sabar,ye?Umi kuat.Tolong bertahan umi.Umi,Mira sayang umi sangat-sangat.''Kata aku kepada umi melalui talian telefon itu sambil air mata tidak henti-henti mengalir deras.
Banyak lagi kata-kata semangat yang diberi aku untuk menguatkan umi bagi melalui ujian ini.Atau adakah musibah?Aku tahu opah sedang bersedih,dapat aku lihat air muka opah.
Dan tiba-tiba panggilan video yang sedang bersambung dengan Aisyah itu terputus.Apa yang sudah terjadi?Kenapa?Kereta umi sudah terjatuhkah?
Bertambah kerisauan aku.Aku menjerit memanggil umi kuat!Aku meraung!Hati bertambah berdebar kencang.Aku memanggil opah dan opah juga terkejut dengan apa yang aku katakan kepada opah.
Adam sudah menuju ke arah tempat kejadian.Awalnya aku sudah meminta izin kepada opah untuk izinkan aku mengikuti Adam bersama tapi opah membantah permintaan aku itu.Katanya,opah tidak mahu aku bertambah sedih dengan apa yang akan aku lihat nanti.
Berkali-kali aku memujuk opah tapi keputusan opah tetap sama,dia tidak membenarkan aku ikut sama ke tempat kejadian.Aku akur dengan keputusan itu.Opah meminta aku bersama-sama untuk menunaikan solat sunat hajat bagi keselamatan umi dan terutamanya Aisyah yang hilang entah ke mana.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...