42

24 6 0
                                    

Aku menunggu Adam di sebuah meja bulat yang terdapat beberapa kerusi tanpa penyandar sambil fikiran melayang pada kata-kata yang diucapkan oleh pengetua sebentar tadi.Sedang leka termenung,datanglah dua lelaki yang sudah aku biasa melihatnya,Aus dan Adib melabuhkan punggungnya di kerusi hadapanku.Sebenarnya terkejut dengan kehadiran dan sapaan mereka berdua.

"Tak balik lagi ke?"Aus bertanya kepadaku.

"Tak"Ringkas.

Suasana sunyi sebentar diantara aku,Aus dan Adib.Aku memerhati beberapa jarak sekeliling aku yang dipenuhi pelajar yang sedang menunggu ibu bapa atau mungkin menunggu pengangkutan awam untuk pulang.Sewaktu aku memerhati mereka semua dengan alasan utamaku mahu mengelak memandang Adib yang sedang memandang aku,aku melihat mereka juga sedang memasang mata memerhati kami bertiga.Bukan seorang dua tapi ramai.Entah apa yang tak kena?Atau cemburu?Tak kisahlah asalkan dia orang tak kacau aku.

Kemudian aku memandang Aus dan Adib kembali "Yang korang berdua ni,kenapa tak balik lagi"

"Tadi dah nak balik tapi ternampak kau duduk sorang-sorang,Adib ajak aku pergi kat kau.Dah aku tumpang Adib,aku ikutkan aje."Aus terang jujur.

Aku memandang Adib.

"Kenapa tak balik je?"Soalan tadi beralih ke wajahnya.

"Saja.Nak teman kau."Jawapan manis diberi oleh Adib.Aku mencebik bibir.Tak terkesan langsung kata-katanya.

"Pergilah balik.Tak malu ke orang ramai tengok kita ni?"Tidak selesa apabila ramai yang memandang kami bertiga.

Selepas aku berkata begitu,Adib dan Aus mengalihkan pandangan mereka ke arah sekeliling mereka.

"Biarlah diorang.Diorang tak kacau kita pun"Adib mempertahankan diri.

"Mira,kau tak tahu ke,diorang semua tengah cemburu tengok kau dengan Adib boleh duduk semeja sekali.Bukan senang nak duduk sekali dengan Adib ni.Hot student ni.Kacak.Tinggi.Perfect lah kata orang."Aus memuji Adib melambung-lambung.

Bukkk!Tangan Adib singgah di belakang bahu Aus.Kuat bunyinya mungkin sakit juga rasanya.

"Eleh,kau pun sama!Dua kali lima dengan aku kan???"Suara Adib memecah keheningan antara kami.

"Tapi kau ramai lagi pelajar perempuan minat."Kata Aus sambil menahan sakit akibat ditumbuk oleh Adib.

"Lambatnya driver kau sampai?"Adib pula menyoalku setelah pergaduhan antara mereka berdua reda.

"Aku mana ada driver!"Bantah aku kepada Adib apa yang dikata olehnya.

"Habistu selama ni siapa yang hantar dan ambik kau kalau bukan driver?"

"Jiran akulah"Jawab aku pada soalan itu.

"Kenapa kacak je aku tengok.Kau ada apa-apa erh dengan dia?"Adib pula menyoalku seperti ingin bergurau sahaja dengan aku tapi silap waktulah Adib.Mood aku tak tentu arah sekarang ni.

"Manalah aku tahu kenapa muka dia kacak.Kau tanyalah dia sendiri.Aku tak ada apa-apa pun dengan dia."Cuba memperbetulkan anggapan Adib terhadap aku.

"Mira...kenapa dia selalu..."Belum habis kata Adib ditutur,Aus sudah memotong laju.

"Mira,kau tengah fikir masa tawaran pengetua takdi ke?"Aus bertanya dalam nada serius.Dia melihat air muka Amira seperti tidak senang duduk,pasti ada sesuatu yang difikirkannya.

Aku mengangguk memandang Aus.Kemudian aku menyampaikan persoalan yang sedari tadi aku tertanya-tanya kepada dia.

"Kenapa kau macam tak terkejut je pun abila pengetua nak kau wakil dalam pertandingan tu?Pelik aku."

Mencari DiriWhere stories live. Discover now