"So,apa alasan kau berdua datang lewat tadi?"
"Pengetua minta aku jumpa dia lepas habis sekolah."Kata Adib.
Baru sekarang aku dapat bertanya punca kelewatan mereka berdua ke bilik muzik ini setelah berdekah-dekah kami ketawa dengan ucapan maaf masing-masing.
"Untuk apa dia nak jumpa kau?"
"Macam ni..pengetua dah carikan seorang pelatih piano untuk kau dan Aus berlatih sementara guru muzik kita cuti bersalin."
"Kau biar betul?"Tanya aku sekali lagi kepada Adib dan Aus.
"Betullah!Pengetua yang kata kat aku.Aus pun ada sekali"
"Nama pelatih tu apa?"Terujanya aku nak menuntut ilmu piano dengan pelatih itu.
"Cikgu Hanna"
"Bila pelatih tu nak datang?"
"Esok petang."
"Esok petang?Kenapa tak pagi?Kalau datang petang,macam mana dia nak ajar murid-murid yang lain muzik?"
"Pelatih tu dicari khas untuk korang berdualah.Bukan untuk pelajar yang lain!"Jelas Adib.
Aku bertambah terkejut."Aku dan Aus ada pelatih khas untuk belajar piano?Tak cayalah!Prihatin sangat pengetua kita tu.Jatuh sayang aku kat dia."
"Pengetua kita tu memang prihatin sangat.Kau tak sampai setahun kat sekolah ni pun dah jatuh sayang kat dia,apatah lagi pelajar lain dah memang sayang sangat-sangat.Banyak jasa pengetua tu untuk naikkan nama sekolah ni.Pengetua sebelum ni pun tak macam ni."
Beberapa minit kami berborak tentang pengetua.Sungguh jasa pengetua itu sangat banyak.Kemudian kami berlatih piano tak lama hanya satu jam sahaja.Tup-tup masa berjalan laju,kami pun bersurai.
Aku gemuruh.Aku berdebar.Aku takut.Aku bimbang.Semua perasaan itu bercampur menjadi satu.Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta milik Cikgu Hanna,pelatih baru aku dan Aus.Kami sedang menuju ke Kuala Lumpur.Pertandingan piano itu,tanpa disedari masa berlalu dengan pantas,esok sahaj ia akan berlangsung di SMK Rantau Ismail,bekas sekolah aku.
'Bersediakah aku melangkah sekali lagi ke sekolah itu?'Tanya diri sendiri.
Aku melihat Cikgu Hanna sekilas di kerusi pemandu manakala aku berada di sebelahan kerusi Cikgu Hanna.Dia belakang aku terdapat dua manusia yang secara tidak rasmi merangkap kawan baik aku.Aus dan Adib.
Aus dan Adib tak boleh berenggang langsung!Kadang-kadang cemburu tengok mereka berdua bagaikan belangkas.Tapi walaupun aku berlainan jantina dengan mereka berdua,aku tetap anggap Adib dan Aus sahabat aku tapi di hadapan mereka,perkataan sahabat tak pernah aku sebut.'Egonya kau,Mira.'
Aku tahu Aus seperti aku,perasaan berdebar menguasai diri tapi Aus bijak mainkan reaksi wajah.Dia langsung tak tunjukkan bahawa dia sedang berdebar.Aku dapat lihat dari tingkah lakunya yang serba salah melakukan sesuatu perkara yang menunjukkan bahawa dia sedang berdebar tika itu.
Di hadapan kereta cikgu Hanna,Sebuah kereta milik pengetua.Pengetua sekolah aku juga turut serta dalam mengikuti kami ke Kuala Lumpur.Katanya dia mahu memberi aku dan Aus semangat.Dan mereka juga dijemput ke sana sekaligus.
Di dalam kereta Pengetua,bukan sahaja pengetua malah ada juga guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,dan dua orang lagi guru yang berpangkat tinggi di sekolah aku.
Dengan melihat wajah mereka yang bangga atas pencapaian aku dan Aus dapat sampai ke peringkat ini membakar semangat aku untuk lebih berjuang demi membanggakan nama sekolah.Tapi dalam masa yang sama,aku takut aku akan mengecewakan wajah-wajah itu.
Aisyah masih tidak mengetahui hal ini.Aku masih simpan dengan rapi.Sangat rapi.Umi dan Papa juga tidak menyentuh hal ini.Aku sangat berterima kasih dengan mereka berdua kerana menjaga hal ini sebaik mungkin dari pengetahuan Aisyah.
Kata Umi dan papa sewaktu aku menelefon mereka semalam,katanya mereka juga akan datang memberi sokongan untuk kedua-dua anaknya,Amira dan Aisyah.
Tapi kenapa perasaan aku tidak sedap,lain macam selagi aku merahsiakan hal ini dari Aisyah.Adakah malam ini juga aku harus memberitahunya.Lebih baik bagitahu malam ini daripada esok dia akan tahu dan dia akan terkejut beruk melihat diri aku.
Aku bimbang,kalau esok Aisyah tahu,bimbang dia tak dapat fokuskan pada persembahannya nanti.
'Nanti-nantilah aku telefon Aisyah.Mungkin bila kereta Cikgu Hanna berhenti di stesen minyak atau di masjid.'Monolog aku sendiri.
Aku lihat Aus dan Adib sudah melelapkan mata di belakang kerusi penumpang.Tak lama selepas itu,kereta milik pengetua berhenti di stesen minyak.Kemudian,kereta Cikgu Hanna juga turut mengikuti kereta pengetua.Signal diberi dan berhenti berdekatan dengan kereta itu.
"Aisyah,kalau nak ke tandas,pergilah dulu!"Setelah itu cikgu terus keluar menuju ke tandas."
Aku keluar dari kereta dan tak lupa juga telefon aku bawa sekali.Aku mencari tempat yang sedikit jauh dari kereta cikgu Hanna.Nombor Aisyah dicari dan terus jumpa.Satu saat,dua saat,tiga saat aku tunggu.
Kedengaran salam diberi oleh suara Aisyah.Aku terus menjawab senang.
"Mira...kenapa call malam-malam ni?"Soal Aisyah hairan.
"Emmm...Syah!Aku nak bagitahu kau something ni...aku harap kau tak marah bila aku bagitahu nanti..."Gagap aku menjawab.
"Amira..macam penting je ni...bagitahulah...Kau ada masalah?"
"Hrm...macam mana nak mula erh?"
"Mira...please..jangan buat aku risau.."Pujuk Aisyah.
"Esok kau ada pertandingan piano,kan?Persiapan macam mana?"
"Ha'ah,esok pertandingan tu..berdebar tahu tak?Aku tak tahu nak luah kat siapa perasaan debar aku ni...Nak luah kat kau..takut ganggu kau pulak..."
"Aisyah...aku nak minta maaf ni.Aku rahsiakan hal ni dari pengetahuan kau.."
"Apa,Mira?"
"Sekolah aku pun turut serta dalam pertandingan ni..."
"Aku dah agak dah!"Tinggi sedikit suara Aisyah.Takutnya aku.
"Umi dan papa bagitahu kau,ke?"
"Ouh..maksudnya umi dan papa pun tahulah hal ni!Semua rahsiakan dari aku.Sampai hati kau..."Suara Aisyah kecewa.
"Aku minta maaf sangat-sangat!"Serba salah aku.
"Aku nampak nama sekolah kau dalam senarai sekolah yang terlibat untuk competition tu tapi aku pelik,kenapa kau tak bagitahu aku.Kenapa kau rahsiakan dari aku?Aku harap sangat kau join competition tu,aku nak sangat tengok kau buat show kat pentas sekolah tu walaupun kita berlainan sekolah,aku nak tengok reaksi Maria dan kawan-kawan dia bila tengok kau buat show.Aku sedih bila kau tak buka mulut pun pasal hal ni.Masa cuti tu pun kau masih sama,kunci mulut lagi!Aku cuba pujuk diri aku,mungkin kau tak dapat wakilkan sekolah sebab tu kau tak kasi tahu aku...tapi aku gembira sangat-sangat bila kau bagitahu sekarang yang kau pun masuk sekali...."
Kedengaran pada awalnya suara Aisyah sedang marah kemudian...nada kecewa dan aku dengar suara itu sudah nada gembira.
"Aisyah...maafkan aku.."
"Tak apalah,Mira...perkara dah lepas...nanti ada masa terluang,kau bagitahu alasan kenapa kau rahsiakan dari aku,ye?Kau berehatlah dulu,esok hari penting untuk kita..."
Lega aku mendengar suara Aisyah yang sudi memaafkan aku.Lembut sungguh hati dia.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...