22

39 6 0
                                    

Aireen dan Yana bangun tidur terus ke bilik mereka untuk membersihkan diri lalu mengambil wuduk dan kemudian menuju ke bilik solat atau surau yang terdapat di rumah Tok Ma.Begitu juga dengan aku.Seperti biasa,kami semua akan berkumpul terlebih dahulu di bilik solat menunggu waktu azan subuh sambil menunggu yang lain datang ke sini.

Kami semua tak kira lelaki mahupun perempuan sudah dilatih sedari remaja untuk solat subuh berjemaah sekiranya di rumah Tok Ma ataupun di mana-mana sahaja.Tak kira solat fardu yang lain,kalau boleh biasakan dengan solat berjemaah.Di rumah Tok Ma,solat subuh,maghrib dan isyak kami semua perlu solat berjemaah di bilik solat.

Disebabkan hal itulah,aku sudah terbiasa bangun awal dan jarang bangun lewat.Sekiranya datang bulan sekalipun,aku akan bangun awal.Setelah solat subuh berjemaah,aku ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolah yang belum disiapkan semalam memandangkan masih ada masa sebelum waktu sarapan pada jam 7:30 pagi

Sedang leka menyiapkan kerja sekolah,aku tidak menyedari kedatangan orang yang sangat dirindui.


Tatkala Amira berada di bilik untu menyiapkan kerja sekolah,Aireen ke dapur untuk tolong mereka yang berada di dapur memasak untuk sarapan nanti.Sejam  kemudian,kedengaran riuh di ruang tamu.Kami yang berada di dapur tertanya-tanya dan bergegas ke ruang tamu melihat apa yang berlaku.Rupa-rupanya,Uncle Zakaria dan Aunty Norma bersama-sama Aisyah pulang ke rumah Tok Ma.

Kami menyalami tangan mereka bertiga.

"Aisyah!Mira tahu tak kau datang sini?"Aireen bertanya kepada Aisyah.

"Tak."Jawabnya sepatah.

"Kenapa?"

"Saja,nak surprisekan dia."

"Korang semua jangan bagitahu Mira tau!"Sempat Aisyah memberi amaran kepada mereka yang ada di ruang tamu ini kerana bimbang ada yang melaporkan kepada Amira.Dia ingin melihat reaksi Amira apabila melihat dia.Tidak sabar rasanya saat itu!

Sarapan sudah siap dimasak dan sudah dihidang di atas meja.Tunggu mereka semua berkumpul di meja,kemudian membaca doa dan makan.

Beberapa minit kemudian,meja sudah dipenuhi orang yang merupakan sepupu sepapat Aisyah serta ibu bapa saudara Aisyah juga.Tidak lupa anak-anak buah mereka.Walaupun masih ramai yang tidak pulang pada minggu ini tapi sudah cukup meriah di meja makan ditambah lagi dengan kepulangan ibu bapa Amira bersama-sama Aisyah.

Amira belum turun ke dapur lagi.Masih leka menyiapkan kerja sekolah yang hampir siap.

"Amira belum turun?"Tanya Tok Ma setelah dia memerhati anak-anak dan cucu-cucu dia dan mendapati cucunya iaitu Amira masih tiada di meja makan.

"Belum Tok Ma."Jawab Yana.

"Telefon dia sekarang"Arah Tok Ma.

Yana menelefon Amira seperti yang disuruh oleh Tok Ma.

"Mira dah nak turun"Kata Yana.

"Kalau macam itu,kita tunggu dia sebentar sebelum makan"ujar Tok Ma.

Semua yang ada di meja makan mengangguk.

Tatkala Amira sampai di ruang makan,semua mata memandangnya.Dan dalam banyak-banyak mata yang memandangnya,dia melihat 6 pasang mata yang sangat dirindui.Terkaku dan terpaku melihat mata yang dirindui.Sudah beberapa minggu dia tidak bertemu dan bertentang mata dengan 6 pasang mata itu.Dia ingin menangis di situ juga tapi dia menahan air mata itu mengalir.Air mata kerinduan!

Papa,umi dan Aisyah bangun daripada kerusi yang mereka duduk lalu mendekati aku.Aku menyalami tangan papa dan memeluknya erat.Begitu juga dengan Umi.Kemudian giliran Aisyah,aku tidak terus memeluknya malah menatap wajahnya terlebih dahulu agar rindu yang bersarang  sekian lama dapat pergi setelah menatap wajah itu.

Aku terus memeluknya,sangat lama.Ruang makan kini senyap dan sunyi.Hanya bunyi kipas berpusing dan aircond yang terpasang.Semua yang ada di situ memberi peluang kepada si kembar itu melepaskan rindu.2 minit kemudian...

"lama lagi ke nak berpeluk?kami dah lapar ni"Suara Khaliq memecah keheningan itu.

Aku dan Aisyah meleraikan pelukan itu dan kami duduk di atas kerusi bersebelahan.

Di ruang makan itu,hanya kedengaran suara aku dan Aisyah sahaja.Mereka semua hanya diam dan mendengar sahaja kerana tidak mahu menganggu perbualan kami.

"Kenapa balik tak bagitahu?"Tanya aku kepada Aisyah.

"Saja,nak surprisekan kau"Jawab Aisyah sambil tersengih-sengih.

"Terkejut tahu tak,tiba-tiba nampak kau,umi dan papa.Ingatkan mimpi,rupa-rupanya realiti."Ujarku.

"Ololo..."

Bila balik kem?"Tanyaku lagi.

"Petang semalam."

"Ouh..."

"Bila bertolak ke sini?"

"Lepas subuh tadi"

"Memang susah erh nak call aku?"

"Janganlah marah,Mira.Aku bukannya apa,aku tak nak kacau kau dan nak surprisekan kau jugak"pujuk Aisyah setelah melihat muka Mira tegang.

"Yelah tu"kataku.

"Makan Aisyah,Mira!Nasi lemak sambal sotong buatan aku dan yang lain."Tawar Aireen kepada aku dan Aisyah sambil menunjuk ke arah sepupu-sepupuku yang lain menunjukkan mereka juga memasak masakan ini.

'Sotong?sedapnya...!tapi aku alergik sotong.'Desis aku bimbang.

Aku melihat Aisyah sudah mengambil nasi dan sambal sotong meletakkannya ke dalam pinggan bersama beberapa keping timun yang sudah dihiris.

"Tak makan,Mira?"soal Kak Nad.

"Makan"kataku sambil senyum kepadanya.Mata memadang ke arah sambal sotong itu manakala kepala sudah memikirkan cara untuk mengelak daripada makan sotong kerana beberapa hari lepas aku sudah memakan sotong di rumah opah.Kata doktor,bahaya untuk kesihatan aku sekiranya kerap makan sotong.Sebolehnya,sebulan sekali tapi aroma sambal itu mengecurkan air liurku.

'Tak apalah,makan sikit je'Desis aku tewas.

Aku mengambil nasi dan sambal sotong hanya sedikit sahaja,cukup untuk memuaskan nafsu makan aku.

"Sikitnya sambal sotong"Tegur Kak Nad.

"Diet"Jawab aku sepatah,sedaya upaya untuk menutup hal alergikku.

"Dah kurus,kenapa nak diet lagi"

"Saja"Tambahku.

"Bukannya sotong,favourite kau?kenapa sikit sangat ni,ambillah banyak sikit.Tak puas makan nanti?Atau kau ada masalah apa-apa?"Kata-kata dalam bentuk pertanyaan Yana menambahkan kehairan orang lain terhadapku.

"Alah...saja nak kurangkan protein dalam pemakanan.Terlebih protein mengemukkan pula.Kan,tak bagus untuk kesihatan terutama seperti Mira yang sedang pembesaran ini."Jelasku bersungguh-sungguh agar mereka mempercayaiku kerana dapat kulihat wajah Tok Ma,papa dan umi berubah setelah mendengar kata-kata Yana.

"Rajin kau siapkan kerja sekolah?"Pertanyaan Aisyah mengubah topik itu sepertinya menyelamatkan aku daripada situasi berbahaya.Ingin sekali aku berterima kasih kepada Aisyah.

"Kau tak tahu ke aku memang rajin sedari dulu."seloroh aku.

"Hahaha...ye tahu.Kau memang rajin tapi kalau mood malas,sentuh buku pun tak nak,kan?"

"Betul sangat.Bila papa balik dari luar negeri,pa?"

"Malam semalam."jawab papa sebelum menyuap makanan.

"Rajin kau,Aisyah nak datang sini?"

"Sebab rindu kau lah.Lama sangat tak jumpa kau.Susah lah nak jumpa kau sekarang.Kau pulak jarang dah balik rumah kita semenjak tinggal di Terengganu."

"Itulah.Aku pun jarang dah balik sana,rindu kau,rindu bilik aku,rindu violin dan piano aku.Arh!!!rindunya..."Luah aku.

"Mira nak tahu tak,Balik saja papa ke rumah,terus Aisyah ajak papa dan umi balik rumah Tok Ma sebab nak jumpa Mira."Celah umi.

"Ouh.."Ringkas sahaja balasanku.

"Hrmm...Mira,bila kau balik terengganu?"Tanya Aisyah.

"Petang ni"

"Alah...sekejap sajalah boleh jumpa kau,kan?"

"Tulah..."

"Papa,apa kata kita hantar Mira petang nanti ke rumah Opah.Alang-alang tu boleh jumpa opah."

"Baiklah"Akur papa.Dia memang dah berhajat untuk menghantar anaknya ke rumah ibu mertuanya.Sudah lama dia tidak berjumpa ibu mertuanya memandangkan dia semakin sibuk semenjak dua menjak ini.Dia juga ingin berjumpa Adam,bertanya khabar jejaka itu dan perkembangan Mira semenjak dia di sana.

"Ada masalah tak Mira di rumah opah?Di sekolah?Pelajaran bagaimana?"tanya umi prihatin.

"So far,masalah di rumah opah dan sekolah tak ada.Pelajaran pun boleh go on je.Cuma agak stress lah,bila Mira tak faham sesuatu topik,sukar untuk rujuk ke sesiapa yang mahir dalam topik itu"luah aku kepada papa.

"Kenapa tak call aku saja,tanya apa yang tak faham?"

"Kau selalu sibuk,kem sana sini.Tak naklah kacau kau."

Waktu sarapan,bukan hanya perbualan aku dan Aisyah saja malah yang lain juga bertanya khabar,menceritakan hal-hal mereka sehingga berlarutan habis sarapan.


Hiatus!







Mencari DiriWhere stories live. Discover now