Hari ini aku hadir ke sekolah setelah dua hari diberi MC.Pembelajaran di sebelah pagi seperti biasa.Kerja sekolah semakin menimbun,kertas peperiksaan SPM tahun-tahun lepas diberi oleh guru-guru mata pelajaran sebagai ulang kaji dan analisis.
Loceng yang menandakan waktu rehat telah berbunyi, perutku yang kosong terasa lapar kerana aku hanya makan sedikit saja sarapan yang disediakan oleh opah.
Kelihatan Ika dan Puteri mengemas alat tulis mereka.Aku menghampiri mereka untuk mengajak mereka ke kantin.Di kantin,mereka makan dengan kadar yang segera memandangkan Ika dan Puteri ingin menyelesaikan kerja yang diberikan oleh cikgu Zaharah.Setelah selesai makan,mereka bergegas menuju ke kelas.Sampainya di kelas,Kelihatan Adib dan Aus berada di meja mereka sedang berbual.Apabila melihat kelibat aku,mereka memanggilku.Ika dan Puteri sudah tekun menghadap buku sambil tangan giat menulis.
Aku duduk di kerusi berhadapan mereka berdua.Kening diangkat sebagai tanda 'Kenapa?'.
"Kau pandai main piano?"Terus soalan itu ditanya oleh Adib kepada aku.
Aku mengerutkan kening.Pelik bin hairan!Aku tak pernah bagi tahu sesiapa bahawa aku pandai main piano kecuali Aus.Ya,Aus!Aku pernah meluahkan tentang piano kepadanya.Dan mataku terus menuju ke wajahnya.Kening diangkat ke arahnya.
Aus memberi sengihan yang menunjukkan dia punca Adib mengetahui hal itu.
"Pandai"Ringkas sahaja jawapanku.
"So,kau boleh tolong aku?"Tanyanya lagi.
"Tolong apa?"
"Hei,Adib!Boleh tak straight to the point je.Kau terang je,jangan lambat sangat.Masa rehat dah nak habis ni,nanti tak sempat pulak!"Aus berkata sambil menepuk belakang bahu Adib.
"Kau lah terang!"
Aku dah naik pening ni dengan tingkah laku mereka.Terang apa?Tolong apa?
"Wait,wait!Hal ni ada kaitan ke dengan kau Adib call aku hari itu?"Soalku tertanya-tanya.
"Ye."Jawab Adib.
"Okey macam ni,Mira.Ahad minggu depan,aku dan Adib dah daftar nama untuk buat persembahan persaraan guru kokurikulum.Kami dah prepare semua persediaan untuk persembahan tu,lagu dah ada,cuma nak latihan je lagi."Terang Aus.
"Jadi?"
"Jadi,tiba-tiba dua hari lepas,mak aku ditahan wad sebab disyaki demam denggi.Aku kena jaga mak aku selepas aku balik sekolah.Sepatutnya waktu petang adalah masa aku dan Adib berlatih untuk persembahan kami nanti tapi aku kena jaga mak aku...waktu pagi giliran abang aku yang jaga mak aku,dan petang giliran aku pula..."Suara Aus dah sedikit perlahan.Sayu pula aku dengar.
"Apa kaitan aku?"
Dan giliran Adib pula membuka mulut."Aus ada bagitahu aku yang kau pandai main piano dan kebetulan pula Aus mengambil bahagian piano dalam persembahan tu.Masa kami dah suntuk untuk lakukan latihan memandangkan waktu petang adalah waktu sesuai latihan dijalankan.Maka Aus memang tak boleh pergi latihan sebab nak jaga mak dia.Kami tak dapat tarik diri dan nak tak nak kami sudah buat keputusan untuk gantikan Aus dengan orang lain.Dan tepat pada masanya,aku dapat tahu kau pandai main piano.Kau orang yang sesuai untuk gantikan Aus."Giliran Adib pula menjelaskan.
Aku dengar dengan tekun dan teliti.Sejak awal aku masuk sekolah ni,aku dan Adib dah mulakan perang dunia ketiga.Dan tup,tup aku dan dia kena bergandingan dalam satu persembahan.Biar betul?!!!Untuk bermain piano mungkin tiada masalah bagiku cuma perlukan latihan untuk fasih dalam memainkan sesebuah lagu yang diberi.
"Jap,tapi kenapa aku?"
"Mira,aku dah tak cukup masa untuk cari pengganti Aus.Kau faham tak?Lagipun ni salah satu cara untuk kau tebus balik kesalahan kau terhadap aku kerana kau pernah memalukan aku dulu."
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...