ADAM
Setelah pulang dari rumah opah,dia terus masuk ke dalam bilik.Teringat kembali adegan yang membuatkan hati lelakinya sebak.Ditambahkan lagi dengan gadis yang comel bertudung menangis teresak-esak di dada papanya.Hatinya tersentuh.Jatuh simpati pada nasib gadis yang bernama Amira itu.Dituduh mencuri purse rakan sekelasnya,terpaksa berpisah dengan ahli keluarga tercinta,perlu bertukar sekolah jauh dari halaman rumah.Lagi menyedihkan apabila gadis itu terpaksa berpisah dengan kembarnya sendiri,kembar yang selama 17 tahun hidup bersama,tidak pernah berpisah dengan jarak yang jauh,yang sentiasa melakukan hal bersama-sama.Kasihan Amira dan Aisyah.Tiba-tiba dia bertekad dalalm dirinya bahawa dia ingin melingdungi,menjaga,dan menyayangi Amira dengan kudrat yang dia ada seperti Amira adalah adik kandungannya.
Kejadian sebelum dia melihat adegan Amira menangis itu.Uncle memanggilnya ke balkoni rumah opah.Terdapat tiga buah kerusi kayu dan sebuah meja bulat yang menempatkan di balkoni itu.Sangat segar dan tenang jika ingin melepaskan lelah di balkoni dengan pemandangan bunga-bunga yang menyegarkan mata.Hanya pagar separas pinggang sahaja penghalang antara balkoni rumah dengan taman bunga milik opah yang dipenuhi dengan banyak bunga,ada yang tumbuhan renek seperti bunga raya,bunga kertas,bunga loceng,binga siantan,dan banyak lagi.Manakala di bahagian atas,terdapat banyak bunga orkid pelbagai warna yang digantung.Di tengah-tengah taman ada pancuran air kolam dan dalam kolam terdapat beberapa ekor ikan koi berenang yang berwarna oren bercampur kelompok putih.Terdapat beberapa anak tangga untuk menuruni dan beberapa langkah sahaja untuk memasuki ke taman bunga itu.Sangat indah pemandangan di hadapan mata.Menghilangkan seribu satu lelah dan tekanan kerja.Di hujung taman terdapat buaian yang mungkin membolehkan dua atau tiga orang duduk sambil bersantai-santai.
"Uncle harap sangat Adam dapat jaga Amira buat uncle.Amira tak macam Aisyah yang mendengar kata dan sentiasa mengalah.Uncle bukan nak memburukkan anak uncle tapi uncle nak Adam tahu serba sedikit tentang Amira.Amira agak kasar perilakunya,suka melawan sekiranya pendapatnya tidak diberi perhatian.Cakap uncle dan auntie kadang-kadang didengarnya.Hanya Tok Ma,opah dan Aisyah sahaja sentiasa Amira dengar.Tok Ma Mira tegas orangnya,Opah lembut orangnya apabila menuturkan nasihat dan Aisyah seorang yang memahami Mira.Mungkin sebab itulah Amira cepat dengar kata mereka.Mungkin kami berdua agak memanjakan dia."Luah Datuk Zakaria kepada Adam.
Adam hanya mendengar dengan tekun.
"Alasan uncle bawa Amira ke sini bukan saje-saje tapi untuk kebaikan Amira,anak uncle."
"kalau uncle tak keberatan boleh saya tahu apa alasannya?"
"Amira sedari kecil hidup dengan kemewahan,kesenangan dan keseronokan.Apa yang dia nak,selalu dia dapat.Biasanya Aisyah akan penuhi segala kehendak Amira.Aisyah sangat sayang dengan Amira.Kalau salah seorang demam,seorang lagi akan ikut demam.Aisyah tak pernah minta yang bukan-bukan atau perkara yang tak berfaedah dengan uncle tapi Amira selalu buat uncle pening dengan permintaan yang bukan-bukan.Abang sulung dan kakak atas dari Aisyah juga banyak melayan permintaan Amira yang bukan-bukan itu.Nak itu,nak ini mereka dibelinya .Kalau tak dibeli,Amira akan memujuk,merengek dan merajuk.Uncle nak Amira belajar hidup tanpa kami buat sementara waktu.Uncle nak dia boleh berdikari tanpa kami.Buat semua benda dengan titik peluhnya dan kudratnya sendiri.Uncle nak yang terbaik untuknya."Mendung wajah uncle meluahkan hal itu kepada Adam.
Adam hanya mampu menggosok bahu uncle dengan lembut menyalurkan semangat.
"Di sekolah lama Amira sudah pasti akan heboh dengan kes ini.Uncle tak mahu Mira malu dan tertekan dengan hal ini sampai hilang tumpuan belajar dia.Amira cepat memberontak.Uncle bimbang dia lakukan sesuatu yang luar jangkaan kita pada kawannya yang menuduh Mira mencuri dompetnye itu.Sebab itu uncle hantar dia ke sini.Sekaligus dia boleh hidup berdikari tanpa kami.Sudah masanya dia berubah lebih matang seperti Aisyah."
"hrmm..uncle kenapa tak Aisyah..... juga yang berpindah ke sini ...menemani Amira?Kasihan mereka terpaksa berpisah"tanya Adam dengan lembut dan sopan walaupun sedikit gagap.Tidak mahu menghiris perasaan uncle dengan pertanyaan itu.Persoalan itu sedari tadi bermain dalam kotak fikirannya.
"Uncle tak mahu Amira bergantung harap dengan siapa-siapa dalam hal yang remeh-temeh ni.Kalau ada Aisyah,pasti Aisyah yang menolongnya dalam segala hal.Lagipun Aisyah banyak tanggungjawab di sekolah itu.Aisyah sebagai penolong ketua pengawas,Aisyah dan Amira juga antara pelajar yang tersenarai pelajar harapan sekolah untuk SPM tahun ini kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Akhir Tahun yang lepas dan TOV awal tahun yang lalu tapi sayang belum sempat pertengahan tahun,Amira terpaksa dipindahkan ke sini."kerisauan jelas terpancar di wajah tua itu.
Suasana sepi seketika.
"Uncle jangan risau ye,saya dapat rasa,Amira dapat jadi dirinya sendiri.Dirinya yang lebih matang.Dirinya yang kuat.Dan saya dapat rasa ini adalah cara yang tepat untuk mengubah kelakuan dan perangai Amira sekarang.InsyaAllah saya akan tolong uncle sedaya upaya saya."
Kata-kata anak muda di hadapannya ini sedikit sebanyak melegakan hatinya yang berat untuk melepaskan anaknya ke sini.Amira anak kesayangannya.Anak yang paling manja dengannya.
Adam tahu dengan kelembutan,kesabaran,dan kebijaksanaan akan melembutkan hati dan jiwa gadis bernama Amira.Dengan melihat anak mata Amira,dia sudah dapat meneka bahawa Amira seorang perempuan yang berhati lembut sebenarnya tetapi dia tidak akan sesekali menonjolkan kelembutan dan kehalusannya kepada orang.Hanya orang yang rapat dengannya saja akan memahami dirinya.Itulah tembok yang dia dirikan untuk melingdungi diri.Dan Adam akan mendalami hati gadis itu.Ada sesuatu yang menghalang gadis itu untuk menjadi diri dia sendiri dan diri yang lebih matang.
Ni last episod untuk 2 minggu akan datang.Sibuk study untuk exam.Doakannya.Ada kesempatan lagi ni kalau siapa-siapa nak sedekahkan idea untuk saya karang episod seterusnya.Nama penuh Amira dan Aisyah saya akan bagitau untuk episod2 akan datang.Walaupun mereka kembar tapi saya taknak nama panggilan mereka sama,nanti keliru time karang.Cuma nama depan je sama.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...