13

47 6 0
                                    

Cuaca malam ini agak sejuk berbanding semalam,mungkin akan turunnya hujan.Selepas aku menyiapkan semua kerja sekolah yang diberi oleh guru yang mengajarku,aku makan malam bersama opah di dapur yang dimasak oleh opah.Kemudian,opah memaklumkan kepadaku bahawa selepas makan ,dia akan ke rumah jirannya beberapa buah rumah dari rumahnya untuk menolong kerana jirannya itu mengadakan kenduri tahlil.Dia sempat mengajak aku mengikutinya tapi aku beralasan yang aku ingin menyiapkan kerja sekolah.Malam ini aku mendapat panggilan daripada salah seorang rakanku iaitu Anis.Anis menelefon aku menyebabkan aku sedar bahawa sudah beberapa hari aku tidak menghubungi mereka sejak kejadian itu.

"Assalamualaikum Mira."Anis memulakan perbualan mereka.

"Waalaikumussalam...Anis"Aku menjawab salam Anis.

"Mira,akhirnya dapat pun dengar khabar.Aku dengar dari Aisyah,hari ni kau dah start mula sekolah baru di Terengganu.Sekolah tu elok tak?"

"Maaflah...aku sibuk sikit buat persiapan untuk sekolah baru aku sampai tak sempat nak call antara korang.Sorry.Sekolah tu nama SMK Jernih.So far,sekolah tu ok lah,kawan-kawan pun nampak macam baik.Dan ade beberapa orang classmate aku dah berkawan.Cikgu-cikgu pun peramah ."

"Eloklah macam itu.Kami kat sini terkejut juga apabila dimaklumkan oleh Aisyah bahawa kau dah tak sekolah kat sini lagi dan dipindahkan di Terengganu.Aku,Yana.Umai dan Ayu rindu sangat pada kau.Bila kami boleh jumpa kau?"


"Aku pun rindu pada korang  semua.Nak buat macam mana ni dah keputusan papa aku untuk aku berpindah di sini.Cuti panjang nanti,papa aku datang jemput dan bawa ke Kuala Lumpur.Nanti aku dah sampai di sana,aku bagitahu kau.Kau jaga diri baik-baik tau dan jaga juga kawan kita yang lain untuk aku.Tolong kirimkan salam dan maaf aku kepada semua cikgu yang mengajar kita."

"InsyaAllah Mira.Kau selalulah hantar khabar kepada aku.Kalau kau ada masalah,call je aku.Aku sedia mendengar."

"Ok.Di sana macam mana?Kawan-kawan kita yang lain semua sihat?"

"Alhamdulillah.Kawan-kawan yang lain semua sihat.Cuma,bosanlah tanpa Mira.Mira kan mulut bising macam mulut murai,tak bosan sangatlah kumpulan kita.Ada sahaja topik yang menjadi bahan jenaka kau.hahaha"

"Jahat kau kata aku mulut murai.Aku sampai sana siaplah kau nanti.Alah Yana pun lebih kurang juga dengan aku,mulut becok.Masih bosan ke?"

"Kau dan Yana lain.Tak sama.Nanti kalau ada pembentangan dalam kelas,dah takde yang nak ajar kami bentang dengan baik.Susah lah nak dapat puji daripada cikgu."Anis sedar semenjak dia berkawan dengan Amira,pembentangannya dalam kelas semakin baik dan selalu dipuji oleh guru kerana penerangan sesuatu topik sangat jelas.Dia akui Amira telah mengubah rakan-rakanya menjadi pelajar yang mahir dalam menerangkan sesuatu topik.Amira sangat berkebolehan dalam menerangkan,menjelaskan dan memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan sekelasnya.

"Dah setahun kau sekelas dengan aku dan berkali-kali kita jalankan pembentangan,takkan kau tak pandai lagi.Saja kan nak buat aku serba salah?Kau boleh buat!Aku yakin korang boleh buat pembentangan biar rakan sekelas faham dan gunakan ilmu yang pernah aku turunkan pada korang,Faham?"

"Baiklah bos.Hahaha."

"Anis,kau nampak Aisyah ok tak di sekolah?"Tiba-tiba aku menanyakan soalan itukepada Anis setelah soalan itu yang terlintas di benakku.Ingin juga aku tahu bagaimana keadaan Aisyah tanpa aku di sekolah.

"Aku nampak dia agak murung hari ni di sekolah.Aku nampak dia di surau saje tapi Umai dan Ayu ada bagi tahu aku yang dia terserempak dengan Aisyah di kantin waktu rehat hari ni dan kelihatan Aisyah seperti tidak seceria hari-hari sebelum ni.Mungkin dia rindu dengan kau.Kami pun tumpang simpati kepada kau dan Aisyah.Yelah,kau selama ini hidup berdua,buat semua perkara bersama tapi tiba-tiba kau kena berpisah dengan jarak yang jauh dan waktu yang lama.Sabar ye Mira.

"Mungkin kami tak biasa lagi hidup berpisah seperti ini.Aku rindu sangat-sangat Aisyah.Sunyi  sangat tanpa dia.Aku rasa nak peluk-peluk saja Aisyah tapi bila mengenangkan kami tidak tinggal bersama,aku rasa sedih juga."

"Mira,aku tahu kau dapat lakukan dengan tabah.Sudah lah cakap pasal ni.Kita borak hal lain.Kau kene kuat dan jangan nampak lemah tau di sekolah baru kau tu,bimbang ada orang ambil kesempatan kepada kau."

"Hahaha...bukan aku ke yang selalu kuat dalam kumpulan kita dan aku orang yang berpengaruh di sekolah itu?"

"Yelah,kau kena sedar kau kuat dan berpengaruh atas sebab pangkat  yang dipengang oleh Aisyah juga"

"Taklah!Aku berpengaruh sebab dengan titik peluh aku sendiri tau!"

"Tak menang aku kalau debat dengan orang yang bernama Nur Amira Arwina!"

"Hahaha...tahu tak apa"

"Mira,sekarang kita serius!Dengar pesanan aku ni.Kau tunjuk  kepada warga sekolah baru kau tu siapa kau di sekolah sini.Kau dapatkan nama bersih kau balik.Kalau ada pertandingan apa-apa,kau sertai.Mana tahu,kau boleh ke peringkat yang lebih tinggi dan kau akan popular dan Maria and the geng tahu siapa kau yang sebenar dan kau masih boleh berjaya walaupun di sekolah lain."

Tiba-tiba ucapan dan pesanan Anis memberi kesedaran dan menyuntik semangat yang membara dalam diri aku untuk bangkit dalam menonjolkan diri.Aku perlu tunjukkan kepada Maria and the geng bahawa siapa aku dan aku boleh berjaya setelah dia menjatuhkan aku.

"Kau dengar tak apa yang aku bagitahu ni,Mira?"Tanya Anis kepada Amira setelah tiada tindak balas daripada Amira di talian.

"Aku dengar.Terima kasih sangat-sangat Anis tapi kau dapat mana ilham semua ni."

"Ini adalah ilham aku dan bersama-sama dengan Umai,Ayu dan Yana.Kami sakit hati apabila Maria dengan mudah menjatuhkan dan memalukan kau di sekolah ini.Jadi kami berbincang untuk buat kau bangkit.Kau perlu lakukan sesuatu untuk diri kau Mira.Jangan mudah orang ambil kesempatan kepada kau.Ingat!"

"Sekuat manapun kita,kita perlu berjaga-jaga.Kita tak tahu siapa musuh dalam selimut kita"Sambung Anis.


"Tolong bagitahu kepada mereka yang aku ucap terima kasih sangat-sangat dan aku sayang kepada korang semua.InsyaAllah,aku akan cari jalan untuk diri aku supaya aku dapat bangkit. "

"Aku tahu kau banyak sangat kelebihan dan keistimewaan.Gunakan kelebihan yang Allah kurniakan kepada kau untuk harumkan nama sekolah baru kau,agama dan yang penting adalah diri kau sendiri."

"Terima kasih sekali lagi.Korang dah bagi nafas baru kepada aku.Korang adalah sahabat aku."

Banyak topik yang diborakkan oleh aku dan Anis.Setiap perkembangan yang berlaku akan dilaporkan oleh Anis kepada Amira. .Anis dan rakan-rakannya yang lain sedia maklum di rumah Amira tidak ubah seperti kebudak-budakkan tapi di sekolah Amira lain,dia seperti adik beradik kami yang selalu mengambil berat tentang kami dan sentiasa mendengar masalah dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu,dia juga akan memberi semangat kepada kami sekiranya ada antara kami yang mempunyai masalah.

"Hrmm..Anis,aku rasa sampai sini jelah perbualan kita.Dah lama sangat kita berborak ni.Nanti ada masa kita berborak lagi.Ok?"

"Ha'ah lah.Jaga diri kau elok-elok tau,Mira.Jangan lupakan kami semua.Selalu bagi khabar walaupun sesibuk manapun kau.

"Yelah Puan Anis.Kirim salam tau pada mereka semua.Assalamualaikum.Bye."

Aku menghembus nafas panjang sebaik mematikan perbualan aku dengan Anis,sahabat baik yang amat dirindui.Beberapa saat selepas itu,telefon aku berdering menandakan ada panggilan dan aku terus mengangkat panggilan itu.Opah?kenapa opah call?Opah ada masalah ke?

Hati aku sudah dihampat rasa bimbang dan takut sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Opah.

"Hello?"Aku menunggu respon opah.Dan akhirnya....


Sambungannya next episode ye!






Mencari DiriWhere stories live. Discover now