"Amira,ya?"Tanya doktor perempuan yang bernama doktor Aina.
"Ya,saya"Jawab aku lembut sambil tangan masih menggaru-garu ditempat yang gatal.
"Apa masalah cucu opah,doktor?"
"OK,macam ni ye opah..."Doktor itu diam sebentar sebelum memulakan penerangan tentang masalah yang aku hadapi.Kata opah ketika perjalanan ke sini,klinik yang aku ingin tuju ini adalah klinik yang selalu opah kunjungi setiap kali opah sakit atau demam.Jadi,tak perlu ditanya lagi kenapa aku melihat opah seperti sudah akrab dengan doktor Aina.
"Hampir semua makanan mengandungi histamine.Histamine inilah yang akan menyebabkan seseorang pesakit asma diserang asma,pesakit yang mempunyai kulit sensentif akan mengalami ekzema dan sebagainya."
Selepas penerangan itu,dia mengambil ubat krim dan menyapunya di sekitar kulit aku yang kemerahan itu dan menyambungnya penerangan
"Jadi,berhati-hatilah ketika memakan sesuatu makanan.Selalunya makanan yang sering menyebabkan alahan dan alergik pada seseorang ialah makanan laut,telur,kekacang dan coklat."
"Adakalanya seseorang yang memakan sesuatu makanan akan mengalami alahan walaupun dia telah biasa makan makanan itu sebelum ini."
Dan pelbagai lagi penerangan yang dia jelaskan kepada aku dan opah.Aku hanya memerhati tangan doktor itu menyapu dan mengurut lengan aku dalam masa yang sama aku sedang mendengar penerangan doktor itu.Sedikit demi sedikit,gatal itu berkurangan.
"Makan tengah hari tadi,makan apa,Mira?"
Aku memadang wajah doktor itu ketika mendengar namaku disebut.
"Mira makan sotong masak halia dan sayur je"Kata aku kepada doktor itu.
"Mira alergik sotong."Khabarnya kepadaku.
"Hah!"
"Lain kali,elakkan makan sotong ya"Nasihat doktor muda itu.
"Mana boleh doktor,sotong makanan kegemaran Mira tu"Tegas aku dalam berkata-kata.
"Mira,dengar kata doktor Aina.Takleh makan sotong,nanti naik gatal lagi lengan tu"Pujuk opah.
"Tapi opah..."
"Saya nak bagi satu suntikan antibiotik kepada Mira untuk elak kemudaratan lebih teruk."
Aku tidak menjawab kerana aku tahu sekiranya aku melarangnya sudah tentu doktor itu tidak mempedulikan kata-kataku.Aku membiarkan dia menyuntik bahuku.Pedih!.Muka aku sudah memuncung ke hadapan.Protes.Sebal kerana doktor Aina melarangku daripada makan makanan kegemaranku.Mana mungkin aku perlu berhenti daripada makan sotong.Mustahil!
"Macam ni Mira,saya tahu kita sebagai manusia sudah tentu mempunyai keinginan untuk makan makanan yang kita suka dan gemari.Amira alahan atau alergik dengan sotong dan sekiranya Mira ingin juga makan,makanlah...saya tahu,sekiranya saya melarang,pasti Mira akan makan juga tapi biarlah dalam kuantiti yang sedikit dan tidak melebih-lebih.Cukuplah sekadar memuaskan keinginan itu.Andai ada rasa gatal dan timbul tompok-tompok merah,makan suplement dan sapukan krim yang ahli farmasi akan bagi nanti."
Aku sangat gembira setelah doktor itu berkata begitu.Biarlah aku makan dalam kuantiti yang sedikit pun,aku rela.Asalkan aku dapat makan sotong.
"Opah,saya akan bagi suplement untuk Mira makan dan beberapa krim untuk Mira sapukan pada bahagian kulit yang gatal.Ubat dan krim digunakan ketika alahan Mira datang.Sekiranya gatal tersebut berlarutan dan tiada tanda-tanda untuk sembuh,sila ke klinik berdekatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya."
"Dan elakkan daripada makan makanan yang Mira alergik pada setiap hari.Kalau boleh hanya makan hanya sebulan sekali saja.Bahaya untuk kesihatan Mira."sambungnya lagi.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...