15

49 4 2
                                    


Pada hari menjelma menandakan suatu hari telah berlalu dan diganti dengan hari yang berikutnya.Hari ini seperti biasa aku ke sekolah dihantar oleh Adam.Setelah sampai ke sekolah aku terus menuju ke kelas.Sebelum memulakan pembelajaran,pelajar diminta ke surau untuk mengaji terlebih dahulu.Aku ke surau bersama Ana dan Puteri.20 minit berlalu,kami semua bersurai muenuju ke kelas.Bermulalah pembelajaran di pagi hari seperti biasa sehingga waktu rehat.Ketika itu,aku tidak merasakan sesuatu yang berlainan tapi sewaktu aku memandang ke arah meja kumpulan Adib,aku melihat Adib dan dalam masa yang sama Adib juga memandang ke arah aku.Pandangan kami bertemu.Aku dapat rasakan pandangannya tajam.Bagai keris yang menunggu masa untuk landing di dada.Walaubagaimanapun dia masih mengukir senyuman kepadaku tetapi senyuman itu seperti senyuman yang mempunyai maksud tersirat.Ada bimbang bergetar di hati.Ada cemas menanti.Andaian buruk mula merasuk fikiran aku.Aku dapat rasakan senyuman itu pasti ada sesuatu yang dia telah rancangkan untuk aku.Mungkin hal malam semalam di rumah jiran opah itu.Serta merta bayangan kejadian pelangaran yang tidak disengakan antara aku dan Adib bermain di layar mindaku tanpa dipaksa. Aku mengigit bibir menahan kegusaran di hati.Kepalaku ligat mencanai sesuatu.Bibirnya tidak putus-putus mengukir senyuman seperti ada kepuasan diri mengeluti jiwanya dan seperti ingin mempersendakan diriku.Aku cuba menenangkan hatiku yang berkecamuk.

Untuk menghilangkan rasa cemas dan takut melihat pandangan dan senyuman Adib,aku memanggil Puteri,Ana dan Fika untuk ke kantin memandangkan mereka bertiga sahaja aku kenal dan aku selesa berkawan.Waktu rehat masih berbaki 15 minit dan kami bertiga bergegas ke kelas.Kelihatan kelas,masih tidak ramai pelajar dan Adib masih tidak berganjak dari mejanya.Hanya beberapa pelajar perempuan sahaja yang ada dalam kelas,kelihatan mereka sedang mengulang kaji atau menyiapkan kerja sekolah. Aku menuju ke meja aku dan menunduk ingin mengeluarkan buku untuk subjek sebentar nanti.Ketika aku sedang mengeluarkan buku,aku terlihat sesuatu yang agak ganjil dalam laci.Saiznya tidaklah besar dan panjang.Objek itu berwarna kehitaman bercampur dengan keadaan laci yang agak gelap yang menyebabkan aku kurang nampak dengan jelas objek itu.Objek itu berada di celah antara buku-buku yang disusun dalam laci.Hati aku tertanya-tanya apakah objek itu?Perasaan debar dan takut sudah melilit hati aku.Aku beranikan diri aku untuk mengeluarkan buku yang terdapat objek janggal itu untuk melihat dengan lebih jelas rupanya.

Dan waktu aku mengeluarkannya,aku sungguh terkejut,tergamam,takut,geli,debar dan semua perasaan menjadi satu.Objek itu adalah ular!Aku terus melemparkan ular itu bersama-sama dengan buku tersebut ke atas meja.Bunyi buku bergema di dalam kelas.Segelintir pelajar yang ada dalam kelas mencari bunyi tersebut dan memandang ke arah aku.Aku mengundur ke belakang.Bimbang sekiranya ular tersebut ingin menyerang aku.Puteri dan Ana mendekati aku memandangkan mereka dari meja kumpulan lain sedari masuk kelas tadi.Apabila pelajar perempuan melihat ular tersebut di atas meja,mereka terkejut dan menjerit.Aku sudah terketar-ketar dan memengan lengan Ana,inginkan kekuatan.Puteri memerhati ular tersebut

"Aku rasa ular tu palsu"Kata Puteri cuba meredakan suasana yang agak bising dengan suara jeritan beberapa pelajar perempuan.

"Betul ke Puteri?"Tanya salah seorang pelajar perempuan tersebut.

"Aku rasa betul,ular tu tak bergerak pun.Lagipun kulit ular tu macam yang tak original punya"Tambah Puteri.

"Ular itu palsu tapi siapa yang letakkan dalam laci meja aku? Kejamnya orang itu?"Kata aku kepada mereka.Jantung aku bagaikan berhenti disebabkan perbuatan orang itu.

"Tak payah takut,ular tu palsu."Adib mendekati kami dan bersuara.Semua mata memandang dia.Aku kelu dan terdiam di situ tidak bergerak.Fikiran melayan pada kata-kata dia.Dapat aku lihat senyuman kepuasan terukir di bibirnya.Dia memandang aku bersama padangan mata yang aku sahaja faham 'aku dah balas apa yang patut aku balas'.Aku dapat merasakan tanganku mula menggigil dan lututku berasa lemah.

Dan tatkala itu,aku teringat kata-katanya semalam

"Antara kita belum selesai"

Atau Adib yang lakukan semua ini untuk membalas dendam terhadap aku.Tidak sangka dia mambalasnya seperti sebegini terhadap aku.Kini otak aku mencernakan perkara-perkara negatif dan sedikit sebanyak rasa kecewa melingkari hati aku terhadap dia.

Ular,antara salah satu binatang yang aku sangat takut dan geli.'Dalam banyak-banyak binatang kenapa perlu ular,Adib?!'kata aku dalam hati.

Muka aku berkulit putih gading dan apabila sedang marah mahupun menangis akan berubah warna kepada kemerahan.

Aku memejam mata,mengumpul kekuatan.Geram,marah,benci,dendam,sakit hati dan semua perasaan itu aku ingin hamburkan kepada Adib tapi aku dah berjanji dengan Aisyah beberapa hari lepas bahawa aku takkan bergaduh .Setiap waktu yang terluang,Aisyah akan memberikan aku nasihat melalui aplikasi WhatsApp.

'Ingat Mira,jangan cari gaduh dengan orang lain'
'Biar orang buat pada kita,jangan kita buat pada orang'
'Sabar itu penting untuk dapatkan kebahagiaan'
'Di tempat baru,ubah sikap lama.Marah itu kena kawal.Jangan diikutkan sangat'
'Istighfar kalau terlampau marah'

Aku menarik nafas dan cuba menenangkan hati yang sedang syaitan kawal.Aku beristighfar dan mengulang-ulang sehingga hati aku semakin sejuk dan tenang.'Aku perlu bersabar' kata aku untuk diri sendiri.

"Jadi,memang betul kau letak ular ni di dalam laci aku?"Tanya aku perlahan kepada Adam.Tiada secalit pun senyuman di bibirku.

"Ye.Betul.Aku sengaja letak ular ni di meja kau.Kau budak KL dan sudah pasti budak KL takutkan ular yang sudah terang-terang palsu."Jawab Adib dengan berlagak dan menghamburkan ketawa.Mata aku dan dia saling berbalas renungan.Jantung aku ingin meledak apabila dihina begitu.Sungguh biadab kata-katamu Adib.Kau belum kenal aku lagi,Adib.Suatu hari nanti aku akan balas kepada kau lebih dari ini.Kau takutkan aku pada hari kedua aku berada di sekolah ini.Kau kejam!

"Aku tahu aku budak KL,aku budak baru di sini tapi siapa kau untuk hina aku sebegitu.Aku tak sangka perangai kau macam ini.Kalau kau boleh hina aku sebagai budak KL seperti yang kau katakan tadi dan tak mustahil aku tak boleh hina budak Terengganu pun macam itu.Tapi aku tak sekejam seperti kau.Kau buat aku macam ni sebab kau nak balas apa yang aku buat pada kau malam semalam yang terbukti aku tidak sengaja langgar kau.Terima kasih atas semua ni.Terima kasih sebab buat hari kedua aku di sekolah ini adalah hari yang teruk bagi aku.Sampai hati kau malukan dan takutkan aku."Aku menuturkan luahan aku kepadanya.Setelah selesai berkata apa yang aku ingin katakan,aku mengesat air mata yang spontan mengalir dari tubir mata lalu menarik Puteri untuk ke tandas.Aku menangis dan merintih sendirian.

Hari ini hati aku remuk sekali.Terasa diri dan perasaan bagaikan terminum racun yang bisanya menular ke seluruh tubuh badan.Bisanya tidak terperi.Menusuk ke lubuk jantung hati.Aku sangat sebak.Jiwa kosong,terasa terapung-apung.

Aku menangis semahu-mahunya di bahu Puteri ketika di dalam tandas.Nasib tandas tiada orang.Puteri hanya mengosok belakang badanku menyalurkan kekuatan dan ingin meredakan kesedihan aku.

"Kenapa Adib sanggup buat aku macam ni,Put?"Aku bertanya kepada Puteri dengan perlahan.

"Perangai Adib memang macam tu.Suka mengusik orang,tapi yang tadi sangat melampau tu."

"Aku tak suka dia.Aku benci dia.Aku takut sangat  bila aku lihat ular tadi.Jantung aku macam nak terkeluar,tahu tak?Aku takut dengan ular,Put"Aku mengadu di bahunya seperti kanak-kanak yang mengadu di dakapan ibu.
 
"Sabar ya,Mira"Pujuk Puteri kepada Amira di dala tandas.Jatuh kasihan dia kepada rakan barunya ini.Baru hari kedua berada di sekolah ini sudah diuji oleh Adib.Bukan dia tak tahu,ada sebab lain kenapa Adib lakukan semua ini kepada Amira.Hal ini kerana sejak hari pertama Amira di sini,dia sudah dapat meneka dari pandangan mata Adib bahawa Adib sudah menyenaraikan Amira dalam senarai pilihan hati Adib dan sesiapa gadis yang telah disenaraikan pasti akan diuji oleh Adib beberapa ujian.Tapi ujian yang ini tidak sesuai untuk Amira yang masih baru dalam menyesesuaikan suasana baru.Emosinya terganggu.Kasihan Amira.Hanya dia seorang sahaja yang tahu cara Adib untuk memilih pilihan hati dengan melakukan beberapa ujian kerana Adib sepupunya dan dia agak rapat dengan Adib tapi tak ramai yang tahu bahawa dia adalah sepupu Adib hanya Fika dan Ana sahaja tahu.

 Dan pulang sahaja dari tandas setelah dipujuk oleh Puteri,akhirnya aku akur untuk ke kelas.Kalau diikutkan aku tidak mahu langsung keluar dari tandas dengan keadaan muka aku yang kemerahan ini.Malu!Ditambahkan lagi tidak mahu melihat wajah Adib.Perasaan benci menguasai diri.Masuk sahaja dalam kelas,aku tidak bercakap dengan orang lain pun kecuali Puteri.Fika dan Ana pun aku tak bercakap sepatah perkataan.Bila ditanya,hanya mengangguk dan menggeleng sahaja.Mood aku ternganggu pada hari itu sehingga pulang dari sekolah.


Di rumah,aku hanya keluar untuk makan dan ketika ingin menggunakan  tandas sahaja.Selebihnya aku menghabiskan masa di  dalam bilik.Melayan diri,menangis,menyiapkan kerja sekolah dan tidur.Panggilan daripada Aisyah pun aku tidak menjawab.











Mencari DiriWhere stories live. Discover now