Aku dan Aisyah sedang berdua di sebuah taman yang begitu indah permandangan.Pokok-pokok hijau berserta daun yang lebat membolehkan manusia menumpang teduh dibawahnya.Pokok-pokok renek pelbagai jenis,warna,bentuk menghiasi taman itu.Indah dan mempesona mata yang memandang.
Aku dan Aisyah berlari berkejaran,sekejap aku kejar Aisyah dan kemudian dia pula mengejar aku.Penat di saat itu tapi apa yang kami tahu,kami sedang bahagia berdua.Hanya berdua.
Setelah penat berlari,kami berehat dan menumpang teduh di salah satu pokok besar.Peluh menitik di wajah kami.Bahagia sekali di saat itu walaupun kami sedang bertatapan wajah yang sama.
"Aisyah,besar nanti kau nak jadi apa?Cita-cita kau?"Tanyaku ingin memulakan perbualan kami berdua.
"Aku nak jadi chef yang terkenal di serata dunia.Aku nak belajar memasak di semua negara.Aku nak tuntut ilmu memasak selagi aku mampu untuk belajar semua itu.Aku nak datang ke Malaysia balik untuk ajar rakyat tempatan tentang pelbagai masakan.Biar mereka dapat merasai apa itu nikmat makan makanan yang sedap dari pelbagai masakan luar negara. ."Jelas Aisyah bersemangat menceritakan cita-citanya dan impiannya di suatu hari nanti.
Tekun sekali aku mendengar penjelasannya.
"Chef???hrmm...Best ke?"Tanya aku kepadanya ragu-ragu tentang kehebatan menjadi seorang chef.
"InsyaAllah best,dengan minat yang mendalam pasti sesuatu perkara itu akan menjadi lebih tertarik untuk seseorang itu melakukannya walaupun sesukar mana yang harus dilalui."
"Apa yang kau dapat ketika menghasilkan sesuatu masakan?"Aku masih meragui bakat memasak.Aku sendiri tak suka memasak apatah lagi untuk mencuba memasak.Ini berpunca kerana satu peristiwa hitam yang sudah aku lalui suatu masa ketika dahulu.
"Bestlah.Dapat masak makanan,merasai dan menikmati makanan itu sendiri.Aku akan dapat kepuasan di situ.Bukan senang untuk menghasilkan sesuatu masakan dengan sempurna,cukup bahan-bahannya,rempah-ratusnya,lemaknya,garamnya.Semua perlu dititik beratkan agar masakan itu sempurna rasanya."Terang Aisyah ingin menyakinkan aku bahawa kemahiran memasak bukan mudah untuk seseorang memelajari.
"Yang nilah aku leceh kalau nak memasak.Banyak benda nak kena fikirkan ketika memasak."Luah aku kepada Aisyah.
"Sebab itu,perlukan latihan yang banyak.Latih diri dari semasa ke semasa.Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.Teruskan memasak dan cuba resipi baru dan berbeza.Lama-kelamaan akan terbiasa dan dapatkan hasil yang pasti mengejutkan diri sendiri."Beberapa tips daripada Aisyah membuatkan aku ingin memasak dan mahir memasak sepertinya.Perasaan itu tiba-tiba memberi semangat kepadaku.
"Kenapa kau minat memasak?"Soalan untuknya sentiasa kutanya.Dan dia menjawab persoalan aku dengan begitu tekun dan bersemangat.
"Banyak sebab kenapa aku minat memasak,mungkin dari kecil lagi aku dah minat memasak ditambah lagi bila aku tengok umi memasak.Dengan lincahnya umi di dapur,melakukan beberapa pekerjaan dapur dalam satu masa.Aku jadi kagum dan aku inginkan situasi itu berlaku pada diri aku.Apabila aku dah meningkat remaja,aku cuba mempelajari masakan demi masakan.Bila sekali dua kita tak dapat apa yang kita daripada masakan itu,stres,putus asa,malas dan semualah bercampur satu dalam diri aku tetapi memandangkan aku dah jatuh cinta dengan makanan aku perlu mahir dalam masakan supaya aku dapat menikmati makanan yang aku sendiri masak.Itu lebih membanggakan daripada kita beli sahaja di kedai makan."
"Tapi aku dah fobia dengan pisau,minyak panas.Aku tak nak dah terhiris tangan dan terkena percikan minyak panas."Luah aku mengadu kepada Aisyah.
"Mira...apabila seseorang itu sudah sebati dengan masakan,biasa dengan ujian di dapur seperti percikan minyak panas,terhiris jari sendiri atau apa-apalah.Kita mula terbiasa dan itu menjadi perkara normal untuk seseorang itu.Cuba berhati-hati ketika memasak.Ikhlas.Sabar.Memasak dengan kasih sayang.Pasti akan menghasilkan buah yang membanggakan."
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...