17

45 8 0
                                    

"Opah!"Panggilku lembut.Aku mendekati opah di dapur yang sedang memasukkan beberapa sayur ke dalam kuali.Bau aroma tumisan itu membuatku lapar tapi ditahan kerana ada misi penting yang harus dijalankan.

"Ye,Mira.Bakpe?"Tanya opah kepada cucunya itu.

"Nak tanya boleh?"

"Apa?"

"Parit belakang pagar rumah opah tu,masih ada katak membiak?"

Opah memandangku dengan riak terkejut.

"Tak pasti pulok opah.Bakpe tanye gitu?"

"Opah jangan fikir bukan-bukan,Kat sekolah Mira ada eksperimen untuk katak.Jadi,Mira kena dapatkan katak untuk hari esok."Aku terpaksa menipu.

"Ouh,Mira cubalah tengok kat belakang tu.Sebahagian parit kena timbus doh.Opah tak pasti ada tak katak?"

"OK,Mira pergi ya"

"Hati-hati.Bimbang ada ular.Minta Adam temankan,bahaya ke sana seorang diri.

"Yelah.Mira call Adam kejap."

Aku ke bilik untuk menyarungkan tudung dan mengambil telefon untuk membuat panggilan dengan Adam.Beberapa saat,panggilan itu bersambut

"Assalamualaikum,Mira?"Salam diberi.Terkejut dia mendapat panggila daripada Amira.

"Waalaikumusalam,Abang Adam ada di mana?sibuk tak?"

"Ada di rumah.Tak sibuk pun.Kenapa ni?"

"Boleh temankan Mira ke belakang rumah opah kejap.Nak tangkap katak untuk eksperimen sains esok.Opah bimbang Mira jadi apa-apa tak diingini saja sebab tu opah minta Mira tanyakan Abang Adam.Boleh?"

"Hrmm...sekarang?"Dia masih keberatan untuk mengikuti Amira.Hanya berdua dengan Amira bimbang timbul fitnah pula.Kawasan parit itu,sunyi.Jarang orang ramai ke sana.

"Ya,sekarang.Tapi kalau abang Adam sibuk,tak apa.Mira pergi sendiri."

"Erh!abang datang sekarang.Jangan pergi sendiri,bahaya tu."

Aku menunggu Adam dengan sabar di luar rumah bersama bekas dan penutup yang akan aku guna untuk letak katak nanti.Beberapa minit berlalu dan kelihatan Adam mendekati aku.Entah kenapa melihat dia berjalan saja sudah membuatku bergetar.'Sabar Amira'.Kuatkan hati.Setelah dia hampir denganku,terus aku bergerak ke hadapan menuju ke parit.

"Jom"Ajak aku kepada Adam."Opah!Mira pergi dulu!"Laung aku kuat agar opah mendengar suaraku."

"Hati-hati"

"Ok"

Kami terus ke belakang pagar rumah opah yang terdapatnya parit.Bekas bersama penutup sudah tersedia di tanganku berserta sarung tangan.Aku berjalan mendekati parit itu bersama-sama Adam.Kelihatan sesuatu yang sedang melompat-lompat di pinggir parit.Ya,katak.Kegembiraan melilit hatiku.

Aku ingin membongkok untuk mengambil katak tersebut tapi dihalang oleh Adam.

"Mira!Biar abang Adam buat.Mira pergi duduk atas batu tu"

Aku melihat batu yang ditunjuk olehnya.Terdapat  batu besar beberapa meter dari parit.Aku menghulurkan bekas tersebut kepadanya.

"Nak berapa ekor?"Tanya Adam sambil menyambut huluran aku.

"Satu pun dah cukup"Balas aku lembut.

Aku terus menuju ke arah batu besar itu lalu duduk ke atasnya sambil mata memerhatikan gerak geri Adam tapi fikiran melayang-layang kepada kenangan lama terungkap kembali empat tahun lepas.

"Aisyah!Jom ke belakang rumah opah.Bosanlah duduk rumah saja."Bisik aku kepada Aisyah memintanya untuk ke belakang rumah opah.

"Tak usahlah Mira,bahaya.Kita ulang kaji sajalah.Tahun ni kan UPSR."Kata Aisyah lembut.

"Alah!Selalu ulang kaji.Bosan tahu!Opah tak ada ni,kita pergi sebentar saja.Lepaskan tekanan belajar.Jomlah Aisyah."Pujukku.Aku sendiri tidak tahu apa yang ada belakang rumah opah tapi suasana di sana kelihatan tenang.Perasaan ingin ke sana membuak-buak,

"Mira...kan opah dah pesan jangan ke mana-mana.Nanti opah risau."

"Kalau Cha tak nak ikut,tak usah ikut.Mira boleh pergi sendiri!"Bentakku geram.Aku ingin mengangkat punggung meninggalkan Aisyah tapi Aisyah sempat memengang tanganku.

"Ok-ok.Kita pergi sama-sama tapi jangan lama sangat."Akur dengan permintaan adiknya itu.Bahaya sekiranya membiarkan Amira seorang diri ke tempat begitu.

Sampainya mereka di sebatang parit yang tidak terlalu dalam.Kelihatan beberapa anak katak melompat-lompat di pinggir parit menambahkan kegembiraan hati Amira untuk mengambil katak tersebut.

"Cha,tolong cari bekas.Aku nak ambil katak-katak ni."

Mencari DiriWhere stories live. Discover now