Perjalanan ke sekolahku serasa lambat dan lama.Mungkin aku ingin cepat sampai memandangkan perasaan malu itu masih bersarang dalam diri aku.Tak terkata malu itu.Bersama Adam menambahkan lagi perasaan segan itu.Adam seorang lelaki yang sudah biasa ke dapur,sering masakkan pelbagai makanan.Nasi lemak tadi yang kumakan tiada yang kurang bahan.semua cukup,sempurna,sedap rasanya.Antara kami berdua,tiada siapa yang mulakan perbualan sehingga beberapa minit kemudian.
"Kalau abang nak tanya Mira,boleh tak?"Suara garau Adam memecah suasana sunyi antara kami.
"Tanyalah"Hairan aku dengannya.Biasanya dia nak tanya,dia tanya sahaja.Tiada pula,nak minta izin.
"Mira memang tak suka masak ke?"Tanya Adam ingin memulakan perbualan denganku.
Sedari tadi pandanganku ke arah luar tingkap tapi kini wajahku memandang ke arahnya.Soalan yang diutarakan olehnya adakah sedang memerli aku?Atau memang dia benar-benar ingin tahu?
"Abang tanya ni sekadar ingin tahu.Bukan untuk aibkan Mira."Katanya seperti faham pandanganku terhadapnya.
"Dulu,Mira pernahlah cuba untuk minat memasak memandangkan sejak kecil Mira sudah didedahkan dengan kepentingan mahir memasak.Dan umi selalu galakkan anak-anaknya memasak di rumah.Kak Nad dan Aisyah memang sedari dulu dah nampak kebolehannya memasak.Tak usah disuruh,mereka berdua akan menyediakan pelbagai juadah.Tapi Mira selalu harus dipaksa terlebih dahulu untuk memasak,tu pun Mira banyak mengelak.Kalau rumah Tok Ma,Mira memang tak terlepas untuk memasak.Ada sahaja yang disuruh Tok Ma untuk Amira masak pelbagai resipi.Dan pastilah Mira juga ada pelbagai alasan untuk mengelak daripada memasak.Alasan sakit,penat,banyak kerja sekolah,itu ini alasan semata-mata tak nak terjebak dengan memasak.Dan sampailah satu masa Mira kena paksa masak satu resipi sahaja,bahan-bahan dah disediakan oleh Tok MA,cuma nak masak je tapi Mira cari jalan dengan pujuk Aisyah untuk gantikan tempat Mira.Pujuk demi pujukan akhirnya Aisyah akur dengan permintaan Mira.Kami gantikan pakaian kami berdua.Aisyah pakai baju Mira dan Mira pakai baju Aisyah.Tak ada sesiapa yang kesan kerana wajah kami sama.Aisyah dapat sediakan resipi yang sepertimana Tok Ma mahukan.Tok Ma ingat yang Mira sediakan hidangan itu.Walaupun Mira tahu perbuatan itu menipu dan salah,tapi itu sahaja jalan untuk Mira elakkan diri daripada memasak."Cerita aku panjang lebar kepada Adam.Dan dia tidak menyampuk ceritaku sehinggakan ke akhir kata.
"Apa sebab Mira tak nak masak?Pasti Mira ada alasan yang membuatkan Mira begitu tidak mahu memasak.Betul,kan?"Soal Adam inginkan kepastian.
"Betul nak tahu?"Soalan berbalas soalan.
"Kalau Mira tak keberatan,ceritalah."
"Sebenarnya begini,di rumah Tok Ma beberapa tahun lepas juga sewaktu Mira masih tidak membenci memasak.Mira sedari dulu memang tak minat masak tapi tak sampailah ke tahap benci.Kami yang perempuan perlu sediakan beberapa hidangan makan tengah hari.Tugas Mira adalah memotong bawang.menghiris sayur-sayuran dengan menggunakan pisau.Bawang merah sewaktu Mira sedang memotongnya,tiba-tiba mata Mira pedih.Sangat pedih sehinggakan air mata Mira keluar.Nak menangis rasanya.Sakit.Bila dah reda sikit dengan beberapa cara yang sepupu Mira sarankan,Mira teruskan dengan memotong sayur-sayuran.Nasib Mira kurang baik apabila Mira terhiris sedikit kulit Mira.Darah keluar tidak henti-henti.Perit di saat itu.Ketika Mira nak basuh tangan di sinki,nasib Mira memang malang pada hari itu Mira kena percikan minyak panas pada lengan Mira semasa sepupu Mira baru meletakkan ikan untuk digoreng berdekatan dengan sinki.Pedih dengan mata lagi,perit dengan hirisan kulit di jari dan belum lagi baik semua kepedihan dan keperitan,tambah pula dengan percikan minyak yang panas.Mira menangis kuat sangat masa itu.Meratapi nasib malang hari itu."
"Dari sejak itu,Mira sedaya upaya elakkan diri daripada memasak.Bukan setakat tak minat,malah benci!Sangat benci.Mira akan elakkan diri daripada memegang pisau,bawang dan berdekatan dengan minyak panas.Senang kata,sewaktu orang sedang memasak,Mira takkan mendekati kawasan dapur langsung."
Adam tekun mendengar cerita lama Amira.Dia membayangi dirinya berada pada situasi Amira sewaktu itu.Patutlah dia tidak pernah nampak gadis itu menolong Opahnya memasak di dapur.Bukan sengaja gadis itu elakkan diri daripada berada di dapur ketika orang sedang memasak tapi dia sedang cuba tidak mengulangi kejadian lama berlaku kembali.
"Mira bukan malas tau nak masak tapi fobia.Tak ramai yang faham situasi apa yang Mira sedang rasai.Ramai yang kata Mira malas nak masak,kejadian itu hanyalah alasan semata-mata.Mereka tak faham dan biarlah diri Mira sahaja yang faham apa yang Mira rasa"Tuturku seperti meluahkan beban yang tersarat di bahuku kepada Adam.Sedari tadi,Adam hanya membisukan mulut,tidak memberi pendapat atau kritikan untukku.
Beberapa minit kemudian,Adam membuka mulut "Mira dah cuba untuk memasak selepas kejadian itu?"
"Dah banyak kali.Untuk memasak kan,kita perlukan bahan-bahannya.Daripada bahan itu besar kita perlukan pisau untuk potong supaya lebih halus dan kecil supaya mudah untuk kita masak.Dan Mira cuba untuk pegang pisau tapi setiap kali Mira pegang,setiap kali itulah tangan Mira terketar-ketar.Kejadian lama seperti semalam berlaku.Akhirnya Mira buat keputusan untuk tidak lagi cuba memasak."
"Mira jawab jujur ya...Mira teringin tak,nak masak?Atleast masak untuk diri sendiri?"Tanya Adam mengharapkan aku jawab soalannya dengan jujur.
"Sudah tentu nak.Benci setara mana pun Mira dengan memasak,pasti ada secebis perasaan ingin menyediakan masakan dengan air tangan sendiri.Cemburu melihat orang lain terutamanya gadis sebaya Mira dapat masak pelbagai resipi.Tapi Mira?Tak mampu lakukan semua itu.Mira tak kuat untuk laluinya"
"Mira sabar ye.Pasti ada cara yang boleh meningkatkan keyakinan Mira untuk cuba memasak.Kalau Mira tak keberatan,izinkan abang menolong Mira capai impian itu,bantu Mira untuk mahir dalam memasak setanding dengan orang lain"Ikhlas kedengaran permintaannya.Apabila dia sedang menuturkan kata-kata itu,aku juga sedang memandang tepat ke dalam anak mata dia.Baru aku perasan anak matanya berwarna coklat gelap berkilauan.Walaupun segan untuk menerima permintaan itu tapi aku yakin melalui melihat anak mata Adam,aku tahu dia ikhlas mahu mengubah diri aku daripada tidak mempunyai apa-apa kemahiran memasak kepada berkemahiran.Anggaplah si abang ingin menolong si adik dalam kesusahan.
"Abang pandai masak ke selain nasi lemak tadi?"Kata aku dalam nada gurau memandangkan suasana antara kami muram sahaja.Aku tidak mahu Adam terlampau simpati dengan nasib aku.
"Hey!Mestilah pandai.Mira kata saja nak belajar masakan apa,semua abang boleh ajarkan."Katanya tidak mahu menunjukkan dirinya rendah.
"Yelah tu..."Nada tidak percaya.
"Boleh kan abang ajar Mira masak?"Tanya dia inginkan kepastian.
"InsyaAllah,kalau Mira tak sibuk,Mira akan minta abang ajarkan.Tapi Mira curigalah dengan abang ni..mampu ke abang ajar Mira?"Sengaja aku ingin menguji kesungguhannya dalam ingin membantuku.Sebenarnya hati aku sedang berbunga-bunga kerana aku merasakan masih ada yang mengambil berat tentangku.
"Tapi masakan yang abang boleh ajar sajalah.Tak semua abang pandai masak"Baik dia jujur dengan gadis itu.Mana tahu macam-macam pula yang gadis itu mahu dia ajarkan.
"Lah...tadi kata semua masakan pandai sekarang tak dah"
"Hahaha...tadi gurau saja"
"Apa-apa sahajalah abang"
"Boleh?"Tanyanya lagi.
Aku mengangguk menandakan persetujuan itu walaupun aku tidak tahu cara apa yang akan digunakan oleh Adam untuk ubah diri aku.Tunggu dan lihat sahaja.
Perjalanan untuk sampai ke sekolah mungkin beberapa minit lagi sampai.Aku termenung melihat permandangan luar kereta.
Mimpi pagi tadi,Aisyah meminta aku untuk lupakan kejadian lama dan cuba belajar memasak sekurang-kurangnya masak untuk diri sendiri.Kenyangkan diri sendiri.Aisyah meminta aku juga untuk ubah diri aku,jangan disebabkan satu kejadian pahit,aku tidak mahu mengubah diri aku sendiri dan menghalang diri aku menjadi lebih baik.
Dan sekarang Adam,tanpa dipinta Adam mahu menghulurkan bantuan untuk mengajar aku memasak ,mahu mengubah diri aku daripada tidak tahu apa-apa tentang masakan sehingga mahir dalam masakan.Sungguh terharu aku terhadapnya.
Adakah ini kebetulan?Ketidaksengajaan?Atau sudah takdirku untuk memperbaiki dan mengubah hidupku.Aisyah memberi pesanan melalui mimpi manakala Adam memudahkan urusan aku dengan cara dia ingin menolongku.Begitu indah jalan hidupku.
'Bagiku setiap gadis,perempuan dan wanita patut tahu dalam ilmu masakan,tak banyak tak apa tapi sekurang-kurangnya mampu menyediakan hidangan untuk diri sendiri,itu pun dah cukup.'Gumamku dalam hati sewaktu mata memandang bangunan sekolahku dihadapan.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...