Suasana malam di sekeliling rumahku terasa sunyi dan sepi.Cuaca di luar mendung.Angin yang bertiup menghantar nyaman ke dalam diriku.Walaupun sedikit nyaman,masih ada secebis perasaan takut berada di rumah seorang diri.Perasaan seram menusuk di diriku.
Solat maghrib dan solat isyak aku mengikuti Adam dan Mak Jah solat berjemaah di surau kampung.Opah sudah selamat berada di rumah kawannya setelah aku mendapat panggilan dari opah mengatakan dia sudah sampai di sana.
Balik sahaja daripada surau,aku meminta izin ingin pulang ke rumah Opah.Sebenarnya mereka menjemput aku makan malam bersama mereka tapi aku menolak dengan lembut tidak mahu dengan alasan Opah sudah masakkan sesuatu untuk makan malamku dan juga alasan aku ingin siapkan kerja sekolah yang banyak.Memang benar opah telah masakkan aku makanan tapi itu lauk-pauk untuk makanan petang tadi.Masih ada baki dan cukuplah untuk aku kenyangkan perut aku seorang.Tidak mahu menyusahkan mereka berdua.Segan pun ada.Selagi aku tidak kebulur,selagi itulah aku tidak mahu meminta-minta dengan mereka.
Masakan tadi sudah aku panaskan dan aku menikmati makanan itu.Bersyukur masih ada makanan untuk dimakan.Rumah ini sunyi tanpa opah.Selesai makan,aku mengemas dapur apa yang patut,kemudian bergegas menuju ke dalam bilik,ingin menyiapkan kerja sekolah dan sekiranya belum mengantuk aku ingin menonton televisyen sebentar bagi menghilangkan bosan.
Jam menunjukkan 9:45 minit,masih belum mengantuk.Hasrat di hati ingin menuju ke ruang tamu ingin menonton televisyen tapi beberapa saat kemudian sewaktu aku ingin melangkah keluar dari bilikku,kedengaran sesuatu yang jatuh.Pap!Kuat tapi hanya dua kali dan tidak kedengaran lagi.Aku cuba mengesan bunyi itu.Bukan dari dapur.Bukan dari bilik sebelah.Tapi dari luar rumah,mungkin dari halaman rumah.Apa itu?Seperti sesuatu yang jatuh.Ya,aku pasti.
Perasaan takut tak usah dikata.Jantung sudah berdengup kencang.Bulu roma tegak berdiri.Aku resah gelisah ibarat sedang dipanggang di atas bara api.Hangatnya terasa hingga ke tulang-temulang.Lidahku kelu.Nafasku masih tidak teratur.Aku cuba berbaring di atas katil.Mata dikatup.Tak boleh!Otak dah tak boleh fikir waras.Tenang Mira!
'Hah!Adam!Aku perlu call dia sekarang!'Ujarku sendiri.Tiba-tiba terlintas namanya di benakku.
Panggilan disambut.
"Abang,Mira takutlah..."Suara aku sedikit terketar-ketar.
"Kenapa Mira?"Jawab Adam dengan suara yang kedengaran cemas.
"Takdi Mira dengar ada sesuatu jatuh,mungkin dari luar rumah."Luah aku risau.
"Abang pun dengar jugak,pelepah daun kelapalah Mira.Pelepah tu jatuh.Jangan risaulah,"Bagitahu Adam sedikit melegakan aku.
"Tapi Mira takut..."Adu aku.
"Datang rumahlah kalau takut."Jemput Adam.
"Boleh?"Tanya aku risau akan membebankan Adam lagi.
"Ye...cepat datang."
"Er..Abang!...Kalau Mira nak tidur rumah abang,boleh tak?
"Mira,datang dulu ye.Nanti kita bincang.Guna pintu dapur,dekat sikit."
"Ok."
Aku menyarungkan tudung yang mana aku nampak.Rambut sudah aku sanggulkan kemas.Telefon kubawa sambil melihat baju sendiri.'Oklah ni baju,lengan panjang dah,seluar pun tak ketat sangat."Gumamku sendiri.Aku segera ke belakang dapurku,keluar rumah menggunakan pintu belakang kerana pintu belakang rumah opah berhadapan dengan pintu belakang rumah Adam juga.Lebih dekat dan pantas.Aku menuju ke belakang rumah Adam,belum aku sampai di depan pintu,pintu rumahnya sudah dibuka oleh Adam dan kelihatan Mak Jah juga ada di sisi Adam.Senyuman diberi oleh mereka seperti mengalu-alukan kedatangan aku dan dibalas manis oleh aku.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...