Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!Diingatkan sekiranya anda mendapati setiap penulisan saya ada kesalahan ejaan atau tatabahasa,saya mohon maaf.Mungkin saya tak tersengaja!
Aku terus memegang piano dan duduk di kerusi yang disediakan dihadapan piano kemudian lagu yang aku ingat sekarang hanyalah Do Re Mi.Bukan aku tidak ingat lagu lain,tetapi mindaku sekarang berkecamuk.Do Re Mi adalah lagu pertama yang dipelajari daripada papa.Ketika itu papaku tidak sibuk seperti sekarang.Masa itu papaku masih lagi 'Zakaria' yang biasa.Sekarang,bapaku adalah 'Datuk Zakaria'.Dia sudah tiada masa melayan karenah aku.Tapi aku tidak pasti sama ada papa ada masa untuk melayan karenah Aisyah di rumah kami atau tidak?Itu hanya Aisyah sahaja yang dapat menjawab persoalan itu.
Tergiang-giang suara kasar papaku mengalunkan lagu Do Re Mi sebelum tidur.Papa aku juga akan menyanyikan lagu kanak-kanak,membuka pendingin hawa dan mengusap rambutku dan Aisyah ketika kami masih hendak tidur.Papa juga mengajarkan kami membaca beberapa surah pendek dan doa sebelum tidur.Apabila aku dan Aisyah sudah melelapkan mata,papaku akan mencium kedua-dua belah pipi kami dan memeluk kami. Kemudian apabila kami sudah bangun,papa akan menunggu di meja makan supaya dapat bersarapan bersama-sama.
Perlahan-lahan jari-jemari aku menari di atas piano bersama air mata yang bertakung di tubir mataku dan bertemankan kenangan silam zaman kanak-kanak yang riang ria.
Hampir sejam aku hanya ditemani dengan irama piano yang dimainkan dengan penuh syahdu dan perasaan serta konsentrasi.Ada air mata yang berlinang di pipi.Oleh kerana menghayati irama piano,aku tidak sedar rasa gatal di kulitku tidak terasa lagi.
Sepatutnya petang ini,aku perlu bersiap untuk bertolak ke rumah opah di Terengganu tapi setelah papa berkata aku diberi MC dan papa akan berada di sini juga selama dua hari,ini bermaksud aku tidak ke sekolah selama dua hari.Huh!Sedang jari-jari aku leka bermain piano dengan irama lagu yang lain,tiba-tiba kerusi yang kududuk yang boleh menempatkan dua orang telah dihenyak oleh seseorang.Aku berhenti bermain piano kemudian mengalihkan kepala ke arah sebelahku dan ternyata Aisyah yang berada disebelahku.
"Main lagu apa?"Tanya Aisyah.
"Entah"
"Kiranya tangan ikut gerak hatilah ni"
Aku diam.Ya,betul kata Aisyah.Tanganku sedari tadi leka menggerakkan jari tanpa hala tuju di atas piano itu.Entah lagu apa kumaikan.Mungkin jariku ikut kata hati dan otak sahaja."Kau menangis tadi?Mata kau merah."Kata Aisyah.
"Siapa-siapa akan menangis kalau bapanya memarahinya di depan orang ramai pula tu"Ujar ku seperti meluahkan."Mira,papa bukan nak marah kau.Kau kena fahamlah papa macam mana.Papa bimbang sangat tahu kat kau,kalau kau jadi apa-apa tadi,pasti bertambah bimbang papa"
"Dah-dah lah tu cakap hal ni.Serabut aku!"
"Sebab itu,kau main piano ye"
Aku angguk.
"Aku stay sini dua hari temankan kau"
"Habistu sekolah?"
"Aku ambil cuti"
"Tak apa ke?"
"Untuk kembarku yang disayangi,apa-apa saja boleh"
"Papa dan umi stay?"
"Papa tak boleh stay,umi dan aku sahaja stay sini."
"Kenapa papa tak boleh stay?"
"Client luar negara nak jumpa."
"Selalu sibuk!"
"Tak baiklah kau kata macam itu"Nasihat Aisyah.
Aku diam sambil merenung piano itu.
"Jom,main piano"Ajak Aisyah.
"Lagu apa?"
"Attention by Charlie Puth"Selepas Aisyah berkata begitu terus dia mengeluarkan telefon Iphone 6s Plus.Dia membuka satu aplikasi yang terdapat chord untuk lagu yang ingin kami mainkan lalu meletakkan telefonnya di hadapan piano agar dapat kami merujuk nota muzik bagi lagu yang akan dimaikan.
"Aku lupa chord chorus untuk lagu itu"
"Takpe,kau main dulu,nanti mana yang silap aku perbetulkan"
"Ok."
Aisyah mengambil bahagian di belah kanan keyboard piano manakala aku mengambil di sebelah kiri piano.Aisyah sudah memulakan muzik pembukaan,aku bersedia sepenuhnya untuk menekan keyboard untuk menyambung susunan muzik Aisyah.
Kami menghayati lagu itu sambil tangan dan mata ligat bekerjasama bagi menghasilkan muzik lagu yang berkualiti.Kami bernyanyi bersama,kepala bergerak ke kanan dan ke kiri mengikut alunan muzik,kami berhenti sebentar sewaktu aku melakukan sedikit kesilapan memandangkan setelah sekian lama aku tidak bermain piano.Agak kekok dan janggal pula.Kemudian kami meneruskan bermain piano.
Aku sangat rindu saat-saat begini.Sungguh aku rindu!Rindu disaat aku berdua bersama kembarku,melakukan apa-apa sahaja bersama.Sesungguhnya ini yang aku mahukan,keceriaan kembali bersinar.Air mata sudah bergelinangan di tubir mata.Tak sampai dua saat,mutiara itu gugur.Tatkala Aisyah menyedari itu,dia berhenti bermain belum sempat lagu itu di penhujungnya.
"Aku rindu saat-saat macam ni"Kataku sambil air mata aku bercucuran lagi.
"Aku pun,dah lama kita tak main piano sama-sama.Berborak sama-sama pun dah jarang.Kalau di rumah kita,aku selalu teringatkan kau."Luah Aisyah.Dia juga seperti ingin menangis.
"Kadang aku selalu sibukkan diri aku supaya aku tak ingatkan kau,kalau aku teringatkan kau,sudah pasti aku akan menangis."
Kami berpelukan,dia mendakap erat tubuhku.Aku penjam mata.Rindu didakap oleh kembarku sendiri.Aku menangis di bahu Aisyah dan dia juga begitu menangis di bahuku.Setelah lama,kami meleraikan pelukan itu dan kemudian kami menatap wajah masing-masing.Kami tahu kami sedang menatap wajah yang mirip kerana kami mempunyai wajah yang sama tapi tidak bagi kami,kerana kami merasakan penatapan itu sangat berbeza.Renungan mata saling bertatapan.Kami dapat merasakan hati kami berhubung.Setelah itu,kami kongsi cerita masing-masing seterusnya ke masalah yang sedang kami hadapi.Lama perbualan kami kerana banyak hal sedang dikongsikan,banyak masalah diluahkan,banyak nasihat diberikan,banyak khabarkan ditanyakan,banyak topik dibincangkan dan banyak maklumat yang telah kami perolehi.
Dan saat itu bahagia menggebu di dada kami.
"Aku lihat kau dah agak kekok bermain piano?"
"Ye,lama tak main"
"Selama kau cuti ini,kita luangkan masa dengan bermain piano bersama-sama ye"
"Aku tak kisah."
"Okey.Jom ke bilik,bersiap-siap.Nanti makan petang.Aku tidur bilik kau malam ni"
"Jom.Boleh saja,hari-hari pun boleh"
Kami berdua beriringan keluar dari ruangan muzik menuju ke bilik aku............
Petang keesokannya,aku mengambil udara segar di taman bunga rumah Tok Ma.Aku bersendirian dan serasa bersendirian lebih tenang daripada beramai.Aisyah,aku sendiri tidak pasti entah kemana dia pergi.
Aku bingun dan hairan mengapa beberapa hari lepas,aku mendapat panggilan daripada Adib.Sepertinya dia ingin sekali berjumpa denganku.Tapi apa tujuannya?Apa lagi yang dia mahukan dariku?Aku tidak mahu ada musuh atau orang yang memusuhiku.Aku inginkan ketenangan,kedamaian dan keharmonian walau di mana pun aku berada terutamanya di sekolah kerana di situ tempat aku menimba ilmu.Mana mungkin ilmu dapat memasuki hati orang yang sedang memusuhi dan dimusuhi.
Untuk menghilangkan rasa kehairanan itu,aku mengambil keputusan untuk menelefon Adib sendiri.Satu saat...dua saat..aku menunggu panggilan bersambut...dan ya,dia mengangakat panggilanku.
"Assalamualaikum"Salam diberi.
"Waalaikumussalam"Salamku dijawab.
"Kau nak jumpa aku kenapa?"Pertanyaan pertama olehku diberi untuk Adib.
"Kenapa tak mari sekolah?"
Paling tak suka kalau pertanyaan diberi malah pertanyaan juga yang dibalas.
"Jawab soalan aku dulu"
"Kau lah jawab soalan aku"
"Hish..jawablah,kenapa nak jumpa aku?"
"Kenapa MC dua hari?"
"Kau tahu mana aku MC?"
Kalau beginilah situasi kami,soalan dibalas soalan,sampai kesudah perbualan kami tidak akan selesai.
"Cikgu Zaharah bagitahu kami"jawab Adib.Kini barulah dia menjawab pertanyaanku setelah beberapa soalan diajukan.
"Kali ketiga aku tanya,Adib.Kenapa nak jumpa aku?Hal kita dah selesai,kan?!"
"Antara kita akan selesai sekiranya kau dapat tolong aku"
"Hah!Tolong apa?"
"Sebelum tu,kenapa MC?"
"Aku kena alahan"
"Teruk?"
"Hrmm...Teruk jugak.Adib,tolong apa?"
"Kita bincang kat sekolah sajalah"
"Bagitahu sekarang tak boleh ke?"
"Bincang kat sekolah je,Okey bai...Assalamualaikum"Kali kedua panggilan aku dimatikan begitu sahaja olehnya.
Geramnya!!!Dalam marah aku masih menjawab salamnya.
Apalah yang Adib ingin aku bantu sangat itu?Hairanlah dengan dia ni?Tapi sekiranya dengan aku membantu dia dapat menghilangkan rasa dendamnya terhadapku,akan aku lakukan jika aku mampu lakukannya.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...