Meja di ruang tamu separuh penuh dengan saudara-maraku yang sedang menikmati kek buatan Aisyah.Sejak tadi Aisyah mendapat pujian melambung-lambung.Bermacam pujian yang Aisyah terima,kek sedap,rajin memasak,pandai masak,bertuah siapa ada anak macam ni dan pelbagai lagi.Aku tidak bersuara tatkala itu dan hanya mengunyah kek itu ingin menghabiskannya cepat agar dapat lari daripada ruangan makan itu.Sudah tentu aku cemburu walaupun yang mendapat pujian adalah kembarku sendiri.Dan yang paling aku sakit hati ada seseorang yang mengatakan aku
"Beza sangat dengan adiknya itu,kan?"
"Kakak rajin,adik hrmm"
Kata-kata mereka agak melampau sebenarnya,aku hanya menunduk dan aku tidak tahu siapakah mengatakan aku begitu.Sejak itu,aku cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada Aisyah.Setiap kali dia mendekati aku,pelbagai alasan kuberikan kepadanya agar aku tidak berada dekat dengannya.Aku tahu aku salah dan mengikut perasaaan tapi aku sangat terasa dan cemburu dengan Aisyah.
Kini malam sudah mengambil alih siang.Aku berada di ruang keluarga,sendiri.Lama aku bersendirian,termenung.Televisyen tidak kubuka malah melihat televisyen berkaca hitam itu dengan hati yang sedang berduka.
"Mira..."
Aku tahu siapa itu.Aisyah.
"Mira...kenapa duduk sorang-sorang?"
"Saja"
"Tv kenapa tak buka?"
"Tak ada mood nak tengok"
Aku jawab acuh tak acuh.Sudah tawar hati untuk berborak dengannya.
"Kau okey?"
"Okey"
Aku mengambil telefon aku dan menghidupkannya.Aku berpura-pura sibuk dengan telefon itu tapi dapat kurasakan matanya tepat ke wajahku.
"Aku ada buat salah?"Aku dapat dengar suara sayu dia.
Sunyi.Aku diam.Mataku sibuk menghadap telefon bimbit.Hanya jari-jemari sahaja ligat meluncur di atas skrin telefon.
"Mira...aku ada buat kau terasa ke?Atau pasal tadi?"
Air mataku ingin jatuh tapi kutahan agar tidak mengalir.Aku membuka pelbagai aplikasi agar diriku seperti tidak mendengar pertanyaan Aisyah.
"Kau kenapa sebenarnya?kalau kau senyap macam ni,aku tak tahu apa kesalahan aku?"
Aku sudah tidak tahan sabar lagi apabila fikiranku teringat satu ucapan umi kepada Tok Ma dan yang lain di meja makan petang tadi dengan memuji kehebatan Aisyah.
"Tok Ma nak tahu tak?kadang-kadang Aisyah yang buatkan kami makanan sama ada waktu sarapan,makan tengah hari,makan malam.Ringanlah beban saya sikit untuk sediakan makanan.Dalam satu hari,Aisyah akan belajar dengan saya satu resipi masakan.Nasiblah minat dia tu tak menganggu tumpuan belajar dia."Kata umi dengan bangga atas pencapaian Aisyah melalui pendengaran aku.
"Baguslah ada anak seperti ini,dapat ringankan beban ibubapa."Puji Tok Ma.
Aku memandang Aisyah tajam apabila teringatakan ucapan itu.Aku mengepal kedua-dua buku limaku.Sabar seseorang ada had dan sampai ke tahap ini aku sudah rasa semakin di luar kawalan.
"Aku ada hati dan perasaan tau!orang puji kau,tok ma,umi dan semua puji kau.Masakan kau sedap,kau rajin.Kalau dia puji kau sorang,aku tak kisah sebab aku tak nafikan semua pujian tu betul tapi bila mereka kaitkan aku dan bandingkan aku dengan kau.Aku malas,aku tak pandai masak,aku tak serajin kau.Aku sakit hati tahu tak??!!!"
Puas aku meluahkan apa yang terpendam.Sangat puas dan lega.Tapi aku tidak sedar,umi dan Fahreen sedang mendengar diluar ruangan itu ketika ingin memasuki ruang itu dan mereka tangguhkan hasrat mereka apabila terdengar kata-kata daripada Amira seperti tidak puas hati dengan Aisyah.
"Aku cemburu dengan kau,kau masih tinggal dengan umi dan papa di rumah tapi aku hanya berdua dengan opah.Umi boleh tengok perkembangan kau,umi boleh bermanja-manja dengan kau,kau pula boleh luah masalah kau kepada umi dan papa.Dan aku?Aku sunyi.Aku tak boleh buat semua tu.Opah sahaja tempat aku bermanja tapi tak sama bermanja dengan umi dan papa.Pagi,petang dan malam,kau masih boleh lihat muka papa dan umi,boleh bersalaman dan berpelukan dengan mereka.Aku?Gambar mereka saja aku dapat tatap dan peluk untuk hilangkan rindu."Luah aku lagi.
Aisyah diam,sebak mendengar setiap kata-kata Amira.Dia baru tersedar akan satu perkara.Dulu dia dan Amira sentiasa bersama-sama,makan,belajar,bermain,kongsi masalah dan bermanja dengan papa serta umi juga bersama-sama.Tapi kini,hanya dia seorang sahaja yang dapat bermanja,perhatian dan tatapan umi dan papa setiap saat.Amira tidak dapat berbuat itu semua lagi,dan sudah pasti Amira akan timbul perasaan cemburu.Itu tidak mustahil untuk Amira.Dia kejam kerana dia telah menonjolkan kemesraannya bersama umin di hadapan Amira.
"Kadang aku rasa aku dipinggirkan,aku anak yang tidak berguna!"
"Mira!!!!"Tinggi suara Aisyah seperti ingin menegur percakapan aku itu.
Aku juga terkejut dengan suaranya.Aku tatap matanya.
"Mira,kau tak dipinggirkan pun.Kau tetap anak manja umi dan papa.Kasih sayang mereka tidak akan berubah sama sekali."
"Senang kau cakap,aku yang merasainya perbezaan dulu dan sekarang.Perbezaan yang sangat ketara apabila selama ini,waktu aku bersarapan aku dapat lihat wajah-wajah orang yang aku sayang,kau,umi dan papa.Tapi bila di rumah Opah,itu semua tiada.Tidak ada wajah-wajah itu.Suasana rumah berbeza,kasih sayang opah dengan kasih sayang umi serta papa juga berbeza.Tidak akan sama.Dan sudah pasti ia memberi kesan terhadap aku.
"Mira,percayalah mereka masih sayangkan kau.Cuma jarak sahaja yang memisahkan kita semua tapi kasih sayang,hubungan kekeluargaan dan doa takkan putus."
"Aku rindukan kita yang dulu."Aku berkata kepada Aisyah sambil berpelukan dengannya.Aku silap menganggap sebegitu terhadap mereka.Aku tidak patut berkata begitu.Berdosanya aku!
Di luar pintu ruangan itu,umi sudah menangis sambil ditenangi oleh Fahreen.Mereka berdua tidak jadi untuk masuk ke ruangan itu kerana tidak mahu Amira dan Aisyah menyedari kehadiran mereka di situ dan perbualan mereka berdua sudah didengari oleh Fahreen dan Umi.
Sayu dan sebak hati mereka berdua mendengar luahan sepasang kembar di sebalik pintu itu.Umi terus bergegas ingin menuju ke biliknya.Tidak tahan lagi air matanya ingin tumpah.Tersedu-sedu dirinya menahan sebak di dada.Suaminya juga tiada di sini maka keseoranganlah dia menahan perasaan yang bersarang di jiwanya.Dia kini kurang memberi perhatiannya untuk Amira,dia tidak menafikan hal itu.Sebenarnya dia juga rindu dan sangat inginkan kedua-dua anak daranya membesar di depan mata sehinggalah mereka berumah tangga.Selagi mereka tidak berkahwin,selagi itulah mereka di bawah tanggungjawab dirinya dan suaminya.Setiap kali Amira tidak ada di rumah mereka,setiap kali jugalah dia ingin menitiskan air mata kerana rindukan Amira.Hanya Aisyah tempatnya melepaskan rindu itu maka dia semakin rapat dengan Aisyah.Dia merasakan apabila dia sudah memberi perhatian dan keperluan untuk Aisyah ,dia sudah memberi kasih sayangnya juga untuk Amira kerana Amira dan Aisyah sepasang kembar,mukanya mirip.Hanya senyuman di bibir sahaja dapat membezakan wajah mereka sedikit.
Fahreen sebak mendengar luahan kedua-dua kembar itu.Dia dan aunty Normal sebenarnya ingin menonton televisyen di ruangan itu,tapi tidak disangka pula sepasang kembar itu berada di situ juga.Belum sempat ingin memulas tombol pintu,dia mendengar Amira meluah isi hati dengan suara yang agak tinggi.Begitu juga suara kendur Aisyah.Fahreen dan Normal membatalkan hasrat untuk menonton televisyen malah mendengar perbualan kembar itu.
Tak disangka juga,perbualan itu berpunca daripada kata-kata pujian mereka sewaktu makan kek buatan Aisyah petang tadi.
Tiba-tiba timbul satu perasaan ingin membahagiakan mereka berdua,Amira dan Aisyah dengan kudratnya sendiri.Setelah kesedihan yang mereka alami sekarang,dia mahu gantikan dengan kebahagian.Cuma kebahagiaan apa yang ingin dia berikan kepada mereka berdua,mungkin suatu hari nanti persoalan itu akan terjawab dengan sendirinya.
Dia bernekad ingin membahagiakan mereka berdua!Pasti!
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...