25

33 7 0
                                    

Sampai saja di rumah Tok Ma,mereka semua bergegas berkumpul di ruang keluarga.Ruang itu dapat menampung jumlah kami semua yang ramai ini.Aku duduk bersebelahan Aisyah di sebuah sofa dan hanya mendiamkan diri sahaja.

"Apa kata doktor?"

"Bagaimana keadaan Mira?

"Teruk tak?"

"Betul ke alergik?"

"Alergik apa?"

"Bila dah kena arlegik?

"Kenapa kami tak tahu?

"Semoga Mira cepat sihat"

"Harap tak teruk sangatlah"

Begitulah kata-kata dan pertanyaan yang aku dengar semenjak aku sampai ke rumah Tok Ma.Dan aku baru menyedari sesuatu bahawa ramai yang mengambil berat tentang aku.Cuma aku saja yang kejam tidak mengkhabarkan tentang hal ini kepada mereka semua.Sanggup aku merahsiakan hal sepenting ini daripada pengetahuan mereka.Rasa bersalah menguasai diri.

Setelah pelbagai pertanyaan diajukan,akhirnya papa menerangkan kepada mereka semua tentang apa yang telah terjadi terhadapku.Papa menceritakan segala-galanya yang telah doktor Di terangkan kepada kami daripada A hingga Z.Tidak ada yang kurang.

Rahsia yang kuharapkan agar tidak diketahui oleh orang lain akhirnya segala-galanya terbongkar juga saat-saat ini.

Aku diam,membisukan mulut,mata memandang ke arah lantai,kepalaku tidak sedikit pun aku dongakkan.Aku penjam mata dan aku ramaskan kedua-dua belah tangan kerana aku harapkan dari situ kudapat sedikit kekuatan.Jantungku mula berdengup kencang.Darah menjadi gemuruh.Terasa sejuk tangan biar pun cuaca panas.Satu rasa meresap masuk ke dalam pembuluh darah.Rasa berdosa dan bersalah.

"Mira...sebenarnya kenapa Mira tak nak bagitahu kami hal ni?"Tok Ma memulakan pertanyaan.

Dan sewaktu aku mendengar namaku dipanggil Tok Ma,aku mendonggakkan kepalaku ke arah Tok Ma.Tepat ke wajah Tok Ma.Aku menatap mata dan wajah Tok Ma,lama.Aku diam dan masih tidak menjawab pertanyaan itu.

"Jawablah Mira!"Tiba-tiba suara papa mengejutkan aku.Terangkat sedikit bahuku kerana terkejut.

"Zakaria...."Panggil Tok Ma lembut seperti menegur kelakuan papa yang meninggikan suara terhadapku.

"Sebenarnya,Mira bukan tak nak bagitahu semua tentang hal ni tapi Mira tak nak semua yang ada di sini bimbangkan Mira"Sedikit gagap aku berkata-kata.

"Tapi Mira fikir tak kesan terhadap kesihatan Mira?kesan buruk terutamanya?hah!"Keras suara Papa sambil merenung tajam anak mataku buat aku lemah.

Aku menunduk dan membuntu diri.Semua pakat menelek dan merenung aku menantikan  jawapan.

"Opah dah tahu belum hal ini?"Soal umi pula tapi tidak sekeras suara papa.

Aku angguk.

"Huh!!!"Kedengaran keluhan beberapa orang tapi aku tidak tahu siapa gerangan yang mengeluh itu.

"Kenapa opah boleh tahu sedangkan Tok Ma dirahsiakan hal ni?"Kesal Tok Ma dalam berkata-kata.

"Tok Ma...bukan macam tu...Masa badan Mira naik merah-merah tu,opah dah ada sebelah Mira.Lepas itu,terus Opah panggil Adam untuk bawa Mira ke klinik."Jawabku jujur kerana berasa serba salah setelah mendengar suara mendayu Tok Ma sepertinya terasa denganku kerana tidak memberitahunya.

"Mira,kau tahu tak?Hal macam ni ,kau kena share kepada kami semua supaya kami tahu.Tak adalah kami masak masakan sotong dan minta kau makan sekiranya kami sudah tahu kau alergik sotong sampai kau sesak nafas macam tadi.Kalau sampai memudaratkan kesihatan kau bagaimana?"Ujar Aisyah seperti menyedarkan aku tentang sesuatu.Sesuatu iaitu kesihatan aku sangat penting.Aku menyesal!

Mencari DiriWhere stories live. Discover now