44

30 8 4
                                    

Sudah dijangka oleh Aisyah,hujung minggu pasti Aisyah dan umi akan ditinggal berdua memandangkan beberapa hari papa akan bekerja di luar negeri.Dia dan umi sudah biasa dengan perkara sebegitu dan hujung minggu pastilah menu terbaru yang akan Aisyah belajar daripada uminya.Sekiranya masakan itu menjadi dan sedap rasanya sudah tentu umi akan berkongsi makanan itu kepada beberapa jirannya.Jiran yang wajib umi berikan tak lain dan tak bukan sudah tentu Ibu Una yang baru beberapa bulan berpindah ke sini.Ibu kepada Emir Harith merangkap rakan sebaya sama sekolah.Ibu Una salah satu jiran yang paling rapat dan mesra dengan umi.Aisyah juga senang dengan perilaku dan sifat peramah Ibu Una yang suka mengambil berat tentang jiran-jirannya dan suka bertanya khabar.Umur ibu Una dalam lingkungan umur umi juga dan selain mempunyai anak yang bernama Emir Harith,ibu Una juga mempunyai anak sulung yang bernama Emir Haykal berumur 20 tahun dan masih belajar di salah satu universiti di Kuala Lumpur dan yang bongsu Emir Hud berusia tingkatan tiga.Kacak-kacak namanya sekacak empunya nama.

Tiga lelaki anak-anak ibu Una sekiranya berkumpul,satu rumah kedengaran riuh-rendahnya.Aisyah yang berada di rumah sebelah pun boleh dengar apatah lagi jiran-jiran yang lain.Ibu Una sentiasa melayan Aisyah dengan penuh kasih sayang,katanya dia teringin mahukan anak perempuan tapi rezeki anak perempuan tidak menyebelahinya memandangkan dia dikurniakan ketiga-tiga anak lelaki.Aisyah juga menerima layanan mesra Ibu Una dengan hati terbuka dan memahami naluri keibuan Ibu Una.Kadang-kadang Aisyah terasa dirinya pula terlebih mendapat layanan Ibu Una berbanding anak-anak lelakinya yang lain.Tapi dia tidak kisah kerana dia juga memerlukan layanan sebegitu memandangkan sejak dua menjak ini,umi selalu sibuk membantu papa di syarikat papa dan Aisyah keseorangan di rumah dan sewaktu itulah,pasti datang Ibu Una menghilangkan bosan Aisyah di rumah apabila ada orang yang mahu berbual dengan Aisyah.

Aisyah pun pelik bin hairan apabila Harith,Haykal dan Hud tidak cemburukah apabila ibunya sendiri sentiasa mengambil berat tentangnya?Dia memang jarang berbual dengan ketiga-tiga anak lelaki Ibu Una memandangkan dirinya selalu jarang keluar daripada rumah dan bergaul dengan jiran-jirannya.Sikapnya itu yang kurang bergaul dengan masyarakat berbeza dengan sikap Amira yang terlebih peramah dan dengan sesiapa sahaja dan sekiranya berselisih sudah pasti Amira menegur terlebih dahulu.

Tapi perubahan dirinya ketika di rumah dan di sekolah sangat ketara,dirinya berubah menjadi seorang yang peramah dan aktif mengacara beberapa majlis diadakan di sekolah,sering memasuki pelbagai pertandingan pidato,debat dan beberapa lagi pertandingan.Keyakinan diri bertambah apabila dia menyertai sebahagian daripada badan pengawas sekolah,dirinya berkeyakinan untuk bergaul dan berani menegur kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.

Mungkin masyarakat di persekitaran rumahnya juga yang kurang berkomukasi menyebabkan dirinya tidak bergaul dengan mereka.Dia juga kurang berkomunikasi dengan Haykal dan Harith memandangkan mereka berdua sangat menjaga batas pergaulan terutamanya dengan perempuan dan kali ini dia sangat kagum dengan didikan Ibu Una yang diberikan kepada anak-anaknya itu.Tapi berbeza sedikit dengan Hud memandangkan Hud sama seperti Amira,peramah tak bertempat tapi masih menjaga batas yang perlu dijaga.Disebabkan itulah,Hud dan Aisyah sering bertanya khabar,tanya khabar sekadar berbasa-basi.Aisyah juga sering melihat anak-anak dan suami Ibu Una ke masjid-masjid berdekatan untuk solat berjemaah melalui tingkap biliknya memandangkan meja belajarnya di tepi tingkap bilik.

Aisyah juga sedari kecil diajar oleh Umi dan papanya untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Dia juga tidak menggemari berbual kosong dengan lelaki sekiranya tidak mempunyai perbincangan dan urusan yang penting sahaja.Apabila bertemu mata dengan salah seorang anak-anak Ibu Una ketika di luar rumah,hanya segaris senyuman kami mampu berikan.

Ditambah lagi apabila di sekolah,Aisyah dan Harith sama sekolah,sama badan pengawas,sama umur dan kebetulan pula kami sama kelas piano di kawasan perumahan kami menyebabkan kami sentiasa berjumpa tapi nasib kami bukan sealiran dan bukan sekelas walaupun dalam satu hari kami banyak berjumpa.Bukan itu sahaja,setiap kali Aisyah,umi dan papa ke masjid-masjid berdekatan perumahan,Aisyah akan berjumpa dengan keluarga Ibu Una dan anak-anaknya.Dan saat itulah,Aisyah bertembung dengan Harith tapi seperti biasa hanya senyuman Harith berikan dan balasannya sudah tentu senyuman aku juga dibalas.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now