41

30 8 0
                                    

Masa berlalu dengan pantas sekali,penjam celik,penjam celik sudah tiba masanya musim peperiksaan pertengahan tahun bermula minggu ini,debaran kini terasa kerana keputusan peperiksaan pertengahan tahun akan dinilai untuk guru-guru mencari pelajar yang akan di'target' pelajar harapan sekolah bagi memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan sebenar nanti.Beberapa minggu sebelum peperiksaan bermula,pagi,petang,siang dan malam aku menghadap dan berkekang mata mengulang kaji peruncingan peperiksaan nanti.Aku sudah nekad ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk mendapatkan perhatian Umi dan Papa kepada aku apabila mereka melihat aku mampu memperoleh keputusan seperti Aisyah walaupun aliran kami berbeza-beza

Minggu demi minggu silih berganti,satu kertas peperiksaan demi satu kertas peperiksaan aku jawab dengan tenang dan sedikit berdebar.Akhirnya minggu terakhir peperiksaan telah tamat dan aku sedikit lega.Beberapa jam sebelum waktu pulang dari sekolah,aku dipanggil ke bilik pengetua oleh seorang pengawas sebaya aku tapi berlainan kelas.Pelik bin hairan melanda diriku sekarang.Kenapa aku?Aku ada buat salah?Aku ada gaduh dengan pelajar lain ke?Persoalan demi persoalan bermain di fikiran aku.Untuk menjawab pertanyaan itu,hanya satu cara sahaja iaitu aku yang perlu berhadapan dengan pengetua untuk mengetahui sebab aku dipanggil.Perjalanan untuk ke pejabat di mana bilik pengetua berada aku iringi dengan istighfar dan doa yang tidak putus-putus.'Semoga baik-baik sahaja di sana.Aku yakin aku tidak melakukan kesalahan apa-apa dan aku perlu berani untuk berdepan dengan kebenaran.Selagi aku boleh mempertahankan diriku akan aku pertahankan.'Ujarku dalam diri ingin menguatkan semangat aku.

Sesampainya di bilik pengetua 'Puan Noriza binti Hashim' sebaris nama pengetua di satu signboard di pintu bilik itu.Aku ketuk dan arahan yang membenarkan aku masuk ke dalam bilik itu,aku buka pintu dan kulangkahkan kaki dengan bismilah agar semuanya baik-baik sahaja.

Masuk sahaja di bilik pengetua,kelihatan pengetua kemas berada di tempatnya dan yang peliknya kenapa di hadapan pengetua sekujur badan Firdaus atau gelaran lainnya Aus berada bersama-sama dengan pengetua di salah satu kerusi hadapan pengetua.

"Amira Arwina?"Soalan pertama daripada pengetua seperti inginkan kepastian bahawa aku adalah pemilik nama itu.

"Ya"Ringkas sahaja jawapanku.

"Tahu kenapa saya panggil awak?"Tanya pengetua setelah membenarkan aku duduk di kerusi sebelah Aus.Aus sedari tadi kaku mendiamkan diri.

Aku hanya menggeleng bagi menjawb pertanyaannya.

"Sekolah kita terpilih untuk menyertai satu pertandingan peringkat negeri bermain piano yang akan dihantar wakil seramai dua orang bagi sekolah kita dan dua orang daripada sekolah-sekolah yang terpilih juga.Saya memang dah sedia maklum akan bakat yang dimiliki oleh Firdaus dalam bermain piano dan saya ingin dia yang akan menyertai pertandingan itu bagi mewakili sekolah kita dan dia setuju dengan pemilihan yang saya buat tapi..."Penerangan panjang oleh pengetua berhenti akibat keluhannya dan aku semakin berkerut dahi ingin mengetahui apa yang pengetua ingin sampaikan lebih lanjut.

Mata pengetua memadang bersilih ganti aku dan Aus.Aku semakin pelik dan tidak keruan.Apa yang ingin pengetua sampaikan sebenarnya?Kenapa wajah Aus sepertinya tidak terkejut apabila dirinya yang dipilih oleh pengetua sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan peringakat negeri?Atau dirinya sudah tahu terlebih dahulu sebelum aku mengetahuinya?Tapi kenapa aku yang dipanggil?

Persoalan demi persoalan bermain dan mengacau fikiranku.Akibat tidak sabar menunggu lanjutan penerangan daripada pengetua aku membuka suara "Tapi apa,puan?Kenapa saya dipanggil kesini?"

"Firdaus perlukan seorang lagi peserta untuk dia melayakkan diri ke pertandingan itu sekiranya sekolah tidak dapat menghantar dua orang wakil ke pertandingan itu,sekolah terpaksa mengundur diri daripada pertandingan ini dan sekaligus akan mencemarkan maruah sekolah kita kerana hanya peluang ini sahaja sekolah kita mahu menonjolkan bakat-bakat yang dimiliki oleh pelajar dari sekolah kita"

"Saya panggil awak kesini,Amira Arwina kerana saya sungguh kagum dengan bakat yang awak ada bermain piano ketika hari persaraan guru kokurikulum beberapa bulan lepas.Saya rasa awak dan Firdaus sangat sesuai bergandingan berdua dalam pertandingan ini dan saya harap awak faham apa yang saya ingin maksudkan."Tambahnya lagi membuatkan aku terkejut ,terpaku,tergamam dan semua ter.Tidak percaya dengan kenyataan yang diberi oleh pengetua.

Aku dipilih ke pertandingan itu?Aku?Peluang keemasan yang dikurniakan oleh tuhan ke?

"Pertandingan ini memberi awak berdua peluang dan ruang untuk tonjolkan diri dan bakat di hadapan khalayak ramai.Bukan senang sekolah kita terpilih dalam menyertai pertandingan-pertandingan sebegini.Jangan lepaskan peluang."Tokok pengetua lagi.

Aku masih tidak percaya.Aku perlukan masa untuk berfikir.

"Boleh saya tahu puan pertandingan ini berlangsung di mana?"Tanyaku sedikit takut dan bimbang,

"Oh!lupa nak bagitahu.Pertandingan ini berlangsung di SMK Rantau Ismail di Kuala Lumpur sebagai ketua rumah untuk pertandingan ini.Sebanyak sepuluh buah sekolah yang terpilih dan salah satunya adalah sekolah kita.Saya sangat berbangga dengan pencapaian sekolah kita dan berkat usaha Firdaus dalam bergiat aktif bermain piano dan mengikuti beberapa pertandingan piano pada peringkat daerah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mensenaraikan sekolah kita dalam pertandingan ini.Tapi sayangnya pertandingan ini memerlukan dua orang peserta wakil daripada setiap sekolah.Sekiranya Amira setuju untuk menyertainya,Amira telah menyelamatkan kami semua dan sekolah kita boleh pergi jauh daripada apa yang kita ada sekarang."

Sebaris nama sekolah membuatkan aku terkesima.SMK Rantau Ismail!Bekas sekolah aku yang mana sekarang Aisyah belajar.Sekiranya aku menyertai pertandingan itu,aku perlu berlawan di sana,di sekolah yang pernah mencemarkan nama aku.Dan aku akan bertemu mata dengan Maria,Ila dan Ain.Sudah lama tidak aku bertemu mereka dan janggal sekali sewaktu aku menuturkan nama-nama itu.Dan sungguh naluri aku dapat merasakan bahawa Aisyah juga akan turut serta dalam pertandingan ini.Debaran dada aku semakin laju.

"Bila bermula pertandingan itu?"Soalku inginkan kepastian.

"29 julai nanti.Sekiranya setuju,Amira dan Firdaus ada sekitar 3 minggu dari sekarang untuk berlatih dan mempersiapkan diri."Kata pengetua.Pandangan mata pengetua sewaktu memandang aku seperti mempunyai seribu harapan pada diriku.Tidak sanggup dan berat bibirku menuturkan kata tidak pada harapannya.

"Saya perlukan masa untuk berfikir dan perlukan kebenaran daripada ibu bapa saya terlebih dahulu."Kata putus yang buat masa sekarang yang aku dapat berikan.

Jujur kukatakan,aku sangat mahu menyertai pertandingan itu,mahu ditemani dengan not-not piano sepanjang masa dan mahu mencabar diri dalam mengikuti pertandingan itu.Tapi aku takut untuk menampilkan diri di hadapan pelajar-pelajar sekolah lamaku.Aku tidak mahu apabila aku di sana,aku akan teringatkan kenangan-kenangan aku bersama Aisyah di sekolah itu.

"Baiklah.Saya bagi awak sehingga esok.Bincang dengan ibubapa awak dulu.Tapi saya sangat harapkan jawapan positif daripada awak berdua.Kita tak cukup masa untuk berlatih lagi.Hanya beberapa minggu sahaja.Saya sebagai pengetua sekolah,tidak mementingkan sangat menang kalah tapi yang saya pentingkan adalah penyertaan pelajar sekolah kita,itupun sudah memadai buat saya.Fikirlah yang baik-baik ye"Kata-kata akhir daripada pengetua membuatkan aku semakin dilema.

Jam menunjukkan waktu pulang sudah tiba.Aku dan Aus terus menuju ke arah kelas dan beredar ke pintu pagar sekolah.Mesej daripada Adam mengatakan dia mungkin datang lewat sedikit kerana tayar kereta pancit.Terpaksalah aku tunggu Adam dulu.

Mencari DiriWhere stories live. Discover now