Minggu ini aku pulang ke rumah Tok Ma tapi tidak bersama dengan Aisyah,umi dan papa tapi bersama dengan abang dan kakak atas dari Aisyah iaitu,Abang Rafiq dan Kak Nadia Arwina.Aku dan Aisyah memanggilnya Kak Nad sedari kecil lagi.Aisyah mengikuti kem kecemerlangan diri di sekolah untuk beberapa hari manakala papa sedang bekerja di luar negeri dan umi terpaksa berada di rumah kerana sekiranya Aisyah pulang ke rumah,tiada siapa pula di rumah untuk menyambutnya.Misi aku untuk pulang ke rumah Tok Ma adalah untuk minta sepupu-sepupuku mengajari aku subjek matematik tambahan.Aku tahu ada antara mereka yang mahir dalam subjek itu.Mana mungkin mereka boleh berjaya dalam dunia perniagaan dan mana mungkin mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek itu.Antara ingat atau tidak ingat sahaja.
Setelah aku bertanya kepada separuh daripada semua sepupu aku.Mereka lupa cara untuk menyelesaikan sesuatu soalan yang aku berikan.Aku mencuba lagi bertanya kepada sepupu lelaki yang lain dan tiba-tiba nama Aniq terlayar di fikiran aku,adik kepada Sofea yang sebaya umurnya dengan aku.Yes,Aniq!Dia kelas sains tulen dan setahu aku dia sangat pandai dalam subjek matematik tambahan kerana aku pernah melihat Aisyah diajar oleh dia dan aku sahaja yang malas diajar olehnya.Aku mencari kelibatnya kerana kebiasaannya dia akan datang ke rumah Tok Ma selalu dan tepat sangkaan aku.Dia sedang menonton televisyen bersama sepupuku lelaki aku yang lain.Sebenarnya aku inginkan sepupu perempuan yang mengajari aku tapi Tok Ma sudah meminta semua sepupu perempuan mengikutinya untuk membantu ke majlis yang sedang mempersiapkan untuk majlis keesokannya.Sepatutnya aku perlu ke sana juga tapi aku memberi alasan ada kerja sekolah yang perlu dibuat dan nasib kali ini Tok Ma memahami aku.Tinggallah semua sepupu lelaki di rumah Tok Ma dan ada uncle Omar bersama isterinya autie Farah.Abang Rafiq dan isterinya juga ada di rumah.Tok Ma meminta mereka tinggal di rumah menemani aku kerana bimbang meninggalkan aku seorang diri bersama sepupu lelaki yang lain.Aku tahu Tok Ma bimbang timbul fitnah antara kami pula.
"Aniq!"Panggil aku kepada Aniq di ruang tamu utama dan menghampirinya bersama buku matematik tambahan di tangan.
"Ya,Mira.Ada apa?"Aku melihat dia berpaling kepada aku.
Setelah aku sampai,aku duduk di sebelahnya tapi masih ada jarak antara kami.
"Mahir tak tajuk tahun lepas,addmath Geometri Koordinat?"
"Bolehlah.Kenapa?""Tolong ajarkan."
"Kenapa tak minta Aisyah ajarkan.Aisyah mahir tajuk tu""Dia kan tak ada di sini.Please....Aniq..,"Aku mengeretkan suaraku seperti biasa ketika aku ingin memujuk seseorang berserta dengan muka comel.Biar Aniq cair dan dapat tolong aku ajarkan subjek itu.
"Oklah.Mana soalan?Aniq ajar mana yang Aniq tahu buat saja tau":Dan akhirnya dia lemah dengan suara manja Mira dan muka comel itu.Sangat mempesona.Hati yang keras pun boleh lembut setelah melihat wajah itu."Yelah"Aku senyum lebar apabila dia sudah memberi kata putus sambil menghulurkan buku yang sudah tersedia beberapa soalan yang ingin ditanya dan sebatang pensel kepadanya.
"Aniq buat dulu soalan ni.Nanti dah dapat jawapan baru Aniq ajarkan."Katanya dan terus dia memerhati soalan itu mungkin sedang memikirkan jalan kerja.Aku melihat tangannya sudah menconteng sehelai kertas kosong.Tekun sekali.Aku mengalihkan pandangan aku kepada Abang Khalif,Abang Airil(Khuzairi),Khaliq,Ian dan Abang Fahreen yang berada di ruang tamu itu.Aku mengukir senyuman kepada mereka dan disambut mesra oleh mereka.Sebenarnya sedang menahan malu kerana sedari tadi aku tidak menyedari keberadaan mereka di sini.Mereka sedang menonton suatu rancangan di televisyen tapi aku dapat rasakan mereka memerhati kelakuan dan gerak geri aku sedari tadi.Teruja sangat dapat berjumpa dengan Aniq sehinggakan tidak perasankan mereka.Malu sendiri!."Tak ikut Tok Ma sekali ke?"Tanya aku kepada mereka cuba menutup perasaan malu yang bersarang dalam diri.
"Tak,Tok Ma nak yang ikut semua perempuan sahaja.Mereka kan kena berada di dapur.Takkan kami nak duduk di dapur juga"Abang Airil menjawab.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...