27

30 6 0
                                    

Adib

Adib tidak keruan setelah mendapat panggilan daripada Aus beberapa minit yang lalu.

"Adib...ibu aku masuk wad,doktor kata ibu aku demam denggi.!Aku sekarang  tunggu keputusan doktor."Kedengaran nada suara Aus sangat bimbang dan agak bergetar.

"Ya,Allah.Kau sabar ye..."Dan pelbagai lagi nasihat dan semangat yang diberikan kepada Aus ,rakan karibnya yang dalam kesusahan itu.

"Adib...aku dah bincang dengan abang aku,waktu aku ke sekolah,abang aku yang akan jaga ibu aku dan waktu aku balik sekolah giliran aku pula yang menjaga ibu aku."

"Baguslah kau jaga ibu kau.Jaga dia elok-elok"

"Tapi....disebabkan hal ni...aku rasa aku tak dapat join buat persembahan untuk persaraan cikgu kokurikulum lagi dua minggu ni...aku tak ada masa nak pergi latihan petang-petang sebab nak jaga ibu aku"

Adib diam.Buntu.Dia dan Aus sudah mendaftar nama untuk membuat persembahan lagi dua minggu untuk menyambut persaraan guru kokurikulum dengan bermain alat-alat muzik diiringi lagu.Aus mengambil bahagian piano memandangkan dia sangat mahir dalam bermain piano.Adib  mengambil bahagian bermain gitar.Mereka berdua akan akan menyanyikan sebuah lagu sambil bermain alat muzik itu.Tapi apa yang diucapkan oleh Aus sebentar tadi membuatnya sedih kerana dia merancang persembahannya itu mahu dihadiahkan kepada guru kokurikulum yang ingin bersara itu.Guru itu banyak menolongnya sejak dari tingkatan satu lagi.

"Adib...."Panggil Aus perlahan.

"Ya"

"Aku minta maaf sangat-sangat...aku memang tak boleh join"

"Tak apa,aku faham keadaan kau"

"Apa kata kau cari pengganti aku"

"Hrm..siapa?"

"Amira"

"Hah!"

"Ye,Tapi...aku tak pastilah Amira pandai main piano ke tak?.Tapi kalau betul,dia boleh ganti aku,kan?"

"Kau tahu dari mana,dia pandai main piano?Hairan aku."

"Beberapa hari lepas,aku dengan dia adalah borak sama-sama dan dia pernah bagi tahu aku yang dia rindu nak main piano dan aku rasa dia pandai main piano.Kau cubalah tanya dia dulu,cakap baik-baiklah.Jangan garang sangat.Kalau kau garang,dia memang takkan tolong kau,perempuan kan?Of course lah nak yang lembut-lembut.Boleh kan?"

"Kau ni macam yakin saja?"

"Yakin tu sikit saja,tapi tak salah kan kalau cuba?"

"Yalah..nanti aku cuba tanya dia."

"Aku harap dia boleh tolong kau...aku bersalah sangat dengan kau.Persembahan ni kau dah rancang lama khas untuk cikgu kesayangan kau.Tapi aku pulak yang...."Belum habis Aus menyambung kata-katanya,Adib sudah memotong

"Dah...dah..Aku ok saja"

"Aku yakin yang Mira boleh tolong kau kalau kena dengan gayanya sebab dari percakapan Mira dengan aku hari tu,dia memang pandai main piano dan disebabkan dia berpindah ke sini,dia terpaksa berpisah dengan pianonya.Dan juga Amira kan orang kaya,sudah pasti ibu bapanya mampu membelinya piano."

"Kau ni sedap-sedap saja kata dia kaya?"

"Betul...kau tengok sendiri barang-barang dia,semua yang berjenama.Beg dia,alatan tulis,kasut sekolah,kasut sukan...cuma dia saja yang tak menonjol sangat kekayaan yang dia ada."

"Habis semua kau perhatikan?"

"Bukan perhati tapi kebetulan"

"Ada-adalah kau ni"

Mencari DiriWhere stories live. Discover now