Aku berada di dalam kereta,termenung di luar tingkap.Kemudian aku cuba memenjamkan mata tapi tidak menunjukkan mahu tidur.Fikiran aku melayang pada perbualan aku dan Aisyah.
"Syah!Aku takutlah esok...aku takut aku tak dapat buat yang terbaik"Adu aku manja.
"Mira..kita dah berlatih sebaik yang mungkin.Aku dah berlatih dan kau juga pun sudah tentu berlatih.Kita semua ada partner piano yang akan berganding sekali.Kau perlu dapatkan keserasian dan kerjasama yang baik dengan partner tu,kemudian kerja akan menjadi mudah.Percaya diri itu penting.Dapatkan kembali keyakinan diri.Doa banyak-banyak."
Kata-kata semangat dari Aisyah sungguh melegakan hati aku yang gundah gelana ini.Aku sedikit tenang.
"Aisyah...sekolah kau pasti letakkan harapan yang tinggu untuk kau menang kan?"
"Bukan aku sorang,Mira!Semua sekolah yang terlibat sudah tentu meletakkan harapan yang tinggi untuk peserta yang diwakilkan.Menang kalah adat pertandingan.Yang penting,kita sudah cuba yang terbaik,kan?"
"Betul..."
"Mira,kau ada kat mana sekarang?"
"Stesen minyak Damansara.Nanti,kami menginap di hotel semalaman dan esok pagi lepas subuh,kami bergerak ke sekolah kau..."
"Ouh..mesti penat kan?"
"Sikit."
"Kau berehatlah!Esok hari penting kita!"
Setelah itu,perbualan kami terus berhenti di situ.Tangan Aisyah berpeluh.Ibu bapanya turut sama datang memberi sokongan,membuat dia berasa sangat-sangat lega.Tidak seperti semasa uji bakat,kedua-duanya sentiasa sibuk,langsung tiada masa menemani anak mereka.
"Aisyah takut!"Dia meluahkan rasa terbuku di hati kepada bapanya.
"Tidak perlu risaulah,gadis piano papa pasti mampu buat.Amira pun pasti boleh buat jugak!"
"Hish,abang ni!"Isyarat mata Umi seperti marah dengan kata-kata suaminya yang terlepas bicara.
"Tak apalah umi dan papa,Aisyah dah tahu."
"Macam mana Aisyah tahu?"Soal papa.
"Semalam,Mira call Aisyah.Dia minta maaf pasal ni"
"Ouh..dia dah bagitahu hal sebenar lah ni?"Umi pula membuat kepastian.
"Tak semua.Masa tak mengizinkan kami untuk berbual panjang."
"Tak apalah.Nanti ada masa,Aisyah akan tahu jugak alasan Mira rahsiakan hal ini"Pujuk Umi sambil menggosok belakang anaknya,Aisyah.
"Mira dah sampai belum?Katanya tengah hari semalam dah on the way ke sini?"Soal pula papa.
"Ada dekat hotel lagi kut.Lagipun pertandingan ni lagi sejam baru mula."
Umi dan papa menggangguk faham."Baiklah umi,papa.Aisyah nak pergi ke tempat peserta dulu.Takut pula Harith dan Cikgu Rozila tunggu."Ujar Aisyah apabila melihat Harith sudah menggamit dari jauh.Cikgu Rozila juga sudah siap dengan tempat untuk mereka bertiga.
"Selamat Berjaya!"Ucap papanya sebelum melepaskan Aisyah pergi.Senyuman mekar menghiasi bibirnya dan dia pergi menuju ke Cikgu Rozila dan Harith berada.
"Kau okey tak ni Mira?"Tanya Adib prihatin.Dapat aku lihat dahi dia berkerut.
Aku angguk bohong.
Kedudukan aku juga serba tidak kena.Menyusur ke kanan,ke kiri di atas kerusi kereta Cikgu Hanna.
"Mira debar?"Giliran Cikgu Hanna pula menyoal.
Aku tidak menjawab.Sudah satu botol aku minum air mineral tapi langsung debaran itu tidak berkurang malah aku mahu buang air kencing pula.
"Kau pum berdebar,Aus"Kelihatan Aus membeku sejak tadi.Perjalanan kami sudah separuh jalan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaa Rantau Ismail.Aku memandang wajah Aus melalui cermin pandang belakang.
Wajah Aus tidak bereaksi.Mungkin sama seperti aku.
Aku senyum sinis.'Akhirnya kau,Aus kali ini kau tak dapat sembunyikan wajah takut kau lagi'Kata aku dalam hati.
Tanpa aku sedari,Adib mengambil begnya dan mengeluarkan sesuatu.Dia mengoyakkan kertas pembungkus yang berwarna emas itu.
"Nah makan coklat ini."Terus Adib menghulurkan coklat itu ke arah aku dan sebelah lagi ke arah Aus.Aus dan aku menyambut dengan kerutan di dahi.
"Makan,nanti kau dan Aus akan lega."Kata Adib.
Aku menyua coklat itu ke mulutku sama seperti Aus sedang lakukan.Dia langsung tidak bersuara sama seperti aku juga.
Beberapa minit kemudian,kereta cikgu Hanna dan kereta pengetua terletak elok di tempat parking yang disediakan di sekolah itu.
Permandangan yang masih sama.Tak banyak berubah.Aku terus memandang melihat suasana sekolah itu.
'Aku kembali lagi ke sini.'Tidak percaya..
Kami terus menuju ke dewan besar sekolah itu.Sangat besar,luas dan dapat memuatkan beribu-ribu manusia sekaligus.
Lagi tiga puluh minit,acara mahu dimulakan.Aku sudah nampak umi dan papa.Mereka melambai ke arah aku dan aku melambai kembali.Akibat masa yang suntuk,aku tidak dapat menuju ke arah mereka.Hanya dapat lihat mereka dari jauh sahaja.Aku tahu mereka sedang cuba memberi semangat untuk aku.Aku menggangguk.
Berpusu-pusu orang di dalam dewan itu.Aku gementar.Aku dan Aus diminta untuk berada di bahagian peserta.Manakala cikgu Hanna dan Adib ke meja pendaftaran dan cabut undi.
Pengetua dan guru-guru sekolah aku yang mengikuti telah ke kerusi-kerusi di mana pengetua sekolah lain berada.Sempat mereka meminta aku untuk buat yang terbaik.Dan beberapa lagi nasihat dan kata-kata peransang diberikan untuk aku dan Aus.
YOU ARE READING
Mencari Diri
FantasySepasang kembar dipisahkan akibat satu tragedi yang tidak diingini.Amira yang sejak kecil lagi sering bergantung harap dengan kembarnya,Aisyah terpaksa berdikari dalam tempoh perpisahan itu.Dirinya yang kekanak-kanakkan berubah menjadi matang.Diriny...