Chapter 3

50 1 0
                                        

Faizol tersentak daripada tidur.matanya dicelik seluas-luasnya. Jam ditangan dilihat. Faizol tersentak. "10 malam..?" Gumamnya. Kemudian dia menoleh kekirinya untuk melihat keadaan dalam pesawat itu.faizol menghembus nafas lega."mainan tidur.." gumam faizol sendirian.dia kembali bersandar pada seatnya itu.Tangan kanannya segera mencari telefon yang terdapat didalam poket jaket kulit hitam yang dipakainya.namun telefonnya terlepas dan terjatuh dibawah seat. Dia meraba-raba mencari namun dia tersentak apabila jarinya tercucuk oleh sebatang besi kecil lagi tajam yang terkeluar dari tempatnya. Satu gegaran kuat berlaku membuatkan kepalanya terhantuk pada belakang seat depannya. Jarinya terus dihisap selepas darah keluar daripada lukanya itu.

Faizol sempat melihat keluar tingkap pesawat.kelihatan awan hitam tebal berarak disekeliling pesawat.terdapat juga kilat-kilat yang menyambar sekali sekala. Dada faizol berdegup kencang.peluh mulai menitik pada dahinya.Dia bangun dari tempat duduknya dan menepuk-nepuk perut buncit bob. Faizol tersentak melihat bob menyenggeng ke kiri untuk memberi ruang kepadanya."aku macam pernah tengok benda ni semua..tapi bila?ni ke orang kata dejavu??" Gumam faizol. Langkahnya laju dituju kearah toilet dengan satu perasaan tidak senang yang sedang bersarang didalam hatinya.

"Maaf ya..tadi pesawat ni terlanggar kepulan awan,sebab tu ada sedikit gegaran..tetapi keadaan sekarang semuanya terkawal.." ujar nadia,salah seorang pramugari pesawat AK 7777 itu kepada salah seorang penumpang. Faizol tersentak mendengar suara perempuan itu. Dahinya  berpeluh lebat.tangannya menggigil.
"Tak..tak mungkin!".segala peristiwa yang berlaku ketika dia tidur sebentar tadi terlintas dimindanya. Faizol segera berlari kearah nadia dan menariknya ke pantri."nadia!to..tolong bagitahu pilot,uturnkan pesawat ni segera..cepat!".faizol menggigil ketakutan."encik..kenapa ni?kenapa nak uturn?" Soal nadia pelik.faizol menelan airliur.tangan nadia digenggam erat."pe..pesawat ni akan..terhempas!!".nadia membulatkan matanya."encik! Tolong jangan main-main! Tolong duduk dekat seat encik sekarang! Kalau tidak saya report kepada kapten pesawat!" Tegas nadia.

"Tolong..awak kena percayakan saya..saya tak bohong..saya nampak dengan mata saya sendiri..tolonglah,kalau tak kita semua akan mati!".mata faizol berkaca.air matanya meleleh jatuh. Nadia tersentak apabila melihat lelaki tegap didepannya menangis."sudah!cukup!"laung nadia.suaranya yang kuat itu membuatkan para penumpang tersentak.mereka cuba mencari dari mana datangnya suara itu.
Nadia yang sudah hilang sabar terus menarik faizol ketempat duduknya.mata-mata yang terdapat didalam pesawat itu tertumpu kearah mereka berdua.namun pengangan tangan nadia direntap faizol."tolong cepat! Uturnkn pesawat ni cepat sebelum..". Belum sempat faizol menghabiskan kata-katanya,mulutnya ditutup nadia dengan tapak tangannya."maaf semua..dia ni mabuk udara..." ujar nadia tersengih.dia terpaksa menipu jika tidak suasana akan menjadi kecoh jika mereka dapat tahu hal yang sebenarnya.

"Kenapa ni" soal seorang lelaki berjaket hitam.umurnya mungkin dalam 40an tetapi tubuhnya kelihatan masih tegap.misai pada wajahnya menambahkan lagi kebengisannya."awak siapa?" Soal nadia. "Saya mejar hashim,anggota polis..kenapa ni?ada masalah ke? Soal mejar hashim sambil menunjukkan lencana polisnya."oh mejar hashim..ermm ikut saya sekejap." Arah nadia sambil menjerling kearah faizol yang duduk terbongkok dan berpeluk tubuh.peluh masih lagi membasahi tubuhnya.bob yang duduk disebelah terpinga-pinga memandang faizol.
"Kenapa?apa yang berlaku?kenapa dengan budak tu?" Soal mejar hashim.dengan panjang lebar nadia menerangkan hal sebenar.kelihatan mejar hashim mengangguk." Jadi dia kata dia tengok dengan matanya sendiri benda yang tidak pernah berlaku?".nadia menggangguk.

ESCAPE FROM THE ISLANDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang