7 april 2017. 8.00 pagi
Disatu tempat,didalam sebuah gua. Kelihatan seorang lelaki berbadan besar sedang berusaha membuat unggun api. Mujurlah dia sempat menyimpan sedikit kayu api sebelum ianya basah disebabkan oleh hujan lebat yang turun semalam. Faizol masih lagi terlantar tidak sedarkan diri. Luka pada perutnya beransur-ansur sembuh selepas bob meletakkan daun herba yang dikutipnya didalam hutan itu. Hutan rimba itu tidak ubah seperti hutan-hutan yang terdapat di malaysia. Pokok-pokok,daun-daun hampir serupa cuma saiznya saja yang lebih besar sedikit.
Unggun api berjaya dihidupkan. Nadia segera duduk di tepi bob untuk mendapatkan kehangatan dari unggun api itu. Kedua-dua tapak tangannya dihalakan ke arah unggun api berkenaan. "Leganya.." ujar nadia. Bob hanya tersenyum. "Mana awak belajar guna herba tu?" Soal nadia memecahkan kesunyian. "Oh..aku belajar dari ayah aku..ayah aku bekas komando dan dia tahu pasal hutan-hutan macam ni..herba,buah apa yang boleh diguna dan dimakan semuanya dia ajar.." ujar bob. "Ooo.." nadia menganggukkan kepala. "Entah apa yang diorang buat sekarang kan..?" Soal bob. Matanya mula bertakung. rasa rindu kepada ibu dan ayah tidak dapat dibendung lalu tumpahlah air mata jantannya. Nadia hanya membisu. Dia tahu apa yang dirasakan oleh bob itu kerana dia sendiri pun merasa akan hal yang sama.
Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya bunyi api membakar kayu sahaja kedengaran. "Ahhhh!!" Tiba-tiba faizol meronta-ronta. Matanya masih lagi tertutup rapat.peluh mula membasahi tubuhnya. Bob dan nadia yang sedang dilanda emosi tersentak lalu segera mendapatkan faizol. "Faizol!? Faizol!?" Panggil bob. Namun panggilannya tidak diendahkan. "Basahkan kain tu cepat!" Arah bob kepada nadia. Nadia segera membawa kain yang sudah dibasahkan dan diberikan kepada bob lalu bob menekapkan kain itu pada dahi faizol. Rontaan faizol mula surut dan akhirnya dia kembali tidur. "Mengigau.." gumam bob.
Razif,kapten adib dan sarah meredah hutan tebal yang terdapat dihadapan mereka. Suasana hutan yang sunyi diselang seli dengan bunyi unggas membuatkan bulu roma sarah berdiri. Tiba-tiba seekor rama-rama yang sangat cantik melintas didepan matanya. Sarah yang terkesima dengan serangga itu terus mengekorinya. Semakin lama semakin jauh sarah berjalan namun rama-rama yang berwarna merah,biru dan hijau itu semakin laju meninggalkannya. Sarah tiba-tiba berhenti apabila kelibat serangga itu sudah hilang. Puas dia mencari disekelilingnya namun serangga itu tidak ditemuinya. Jantung sarah mula berdegup kuat. Peluh mula menitik pada dahinya kerana dia mula menyedari razif dan kapten adib turut tidak kelihatan.
Kapten adib yang berjalan dibelakang razif mula menyedari akan kehilangan sarah. "Razif!" Panggil kapten adib. Razif segera mendapatkan kapten adib. "Kenapa?" Soalnya. "Sarah...dia dah hilang!" Ujar kapten adib. Dahinya berkerut seribu. Mereka berdua berpatah balik untuk mencari sarah namun kelibat sarah tidak kelihatan. "Nak buat macam mana ni,zif?" Soal kapten adib. Razif hanya membisu. Dia tidak ada jawapan untuk soalan kapten adib itu.
Sarah yang sudah sesat berjalan meredah hutan itu seorang diri. Akhirnya dia tiba disebuah perkampungan yang sungguh meriah. Seni bina rumah-rumah sungguh cantik-cantik belaka. Kedengaran orang-orang yang berada disitu melaung barangan yang mereka jual. Sarah berpaling kearah suara-suara itu. Barulah sarah sedar yang dia kini berada disebuah pasar. Makanan,buah-buahan,sayur-sayuran segar penuh diatas meja-meja penjual. Namun sarah pelik melihat pakaian yang dipakai oleh orang-orang yang berada disitu kerana semuanya memakai pakaian yang berwarna putih. Hanya dia seorang saja yang memakai baju t shirt hitam berlengan panjang. "Kat mana aku sekarang ni? Gumam sarah. Dadanya mula berdebar-debar.
ANDA SEDANG MEMBACA
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...
