19 april 2017
Beberapa buah helikopter sedang bergerak laju membelah awan dilangit biru. Beberapa buah kapal tentera laut juga tidak ketinggalan membelah ombak laut. Tempat tuju mereka adalah sama iaitu menuju kearah sebuah pulau yang berada jauh ditengah-tengah laut. Pulau yang agak besar yang dipenuhi dengan hutan tebal dan juga sebuah gunung berapi diteropong oleh seorang lelaki berpakaian seragam tentera. Kelihatan asap mula berkepul keluar dari gunung berapi itu. Tidak lama lagi gunung itu mungkin akan meletus dan mengalirkan larva yang panas membara. Entah apa nasib penghuni pulau itu jika gunung berapi itu meletus nanti.
****
Tiba-tiba tanah yang mereka jejaki bergegar dan bergoncang. Bob dan faizol tidak sempat berpaut terus jatuh terduduk diatas tanah. "Kenapa ni?" Soal bob panik. "Gempa bumi!" Ujar razif. Dinding-dinding batu disekeliling mereka mula merekah. Batu-batu kecil jatuh keatas tanah. Serangga-serangga disekeliling mereka sudah tidak tentu arah. Sekelip mata sahaja kelibat mereka hilang dari pandangan.
****
"Prangg!!" Balang-balang kaca jatuh terhempas diatas lantai. Lampu-lampu yang tergantung berayung laju kekiri dan kekanan. Cahayanya mula berkelip-kelip.Kerusi dan meja turut terbalik. Ramli merapatkan badannya kedinding bagi mengukuhkan diriannya. Manakala para-para gadis duduk berpelukan sesama sendiri. Kazeem pula hanya berpaut memegang tangga. Gegaran yang kuat dan berterusan itu membuatkan liana tersedar dari pengsannya. Keadaan sekeliling dipandang pelik olehnya.
****
Kapten adib hilang keseimbangan badan lalu jatuh dan bergolek kearah curam. Mujurlah dia sempat berpegang pada akar pokok yang terjuntai keluar dari perut bumi. Curam yang dalam dan gelap pekat dipandang kapten adib dengan perasaan gerun. Peluh sudah membasahi tubuhnya yang tidak berbaju itu. Kudrat dikerah untuk memanjat dan akhirnya dia berjaya naik keatas kembali. "Hah! Penat!!" Pekiknya melepaskan lelah. Kepalanya didongak keatas. Kepulan asap dari gunung berapi yang berada tidak jauh darinya berkepul-kepul keluar. Gegaran gempa bumi yang berhenti seketika kembali lagi. Kali ini semakin kuat. Tanah pada tempatnya berdiri mula merekah. Semakin lama semakin besar. Kapten adib tidak menunggu lama terus menyelamatkan diri.
****
Bunyi pekikkan dari haiwan-haiwan mula kedengaran. Pohon-pohon habis dilanggar mereka membabi buta. Berpuluh-puluh ekor dinasour cuba menyelamatkan diri daripada bencana alam yang maha dasyat itu. Gunung berapi dibelakang mereka sudah meletus kuat. Asap berserta api merah mula kelihatan. Beberapa biji batu berapi terus tersembur dari mulut gunung itu dan melayang keudara sepanjang beberapa meter kehadapan. Batu-batu berapi itu hampir-hampir sahaja mengenai haiwan-haiwan prasejarah itu.
Pekikkan dan lolongan dari haiwan-haiwan itu seolah-olah memberitahu supaya lari dan selamatkan diri kamu semua!. Namun malang terdapat juga beberapa ekor triceratop dan brachiosaurus terkena tembakan batu-batu berapi itu sehinggakan mereka tumbang menyembah bumi. Tyrannosaurus rex yang terkenal dengan sifatnya yang garang dan pentingkan diri,langsung tidak menghiraukan keadaan itu. Tanpa rasa bersalah anak kepada triceratop yang kematian ibu itu dimakannya hidup-hidup. Seusai menjamu selera,ia meraum kuat seolah-olah mencabar kuasa alam itu.
YOU ARE READING
ESCAPE FROM THE ISLAND
AdventureSekumpulan pelajar dari universiti malaya menaiki sebuah pesawat airasia ak 777 terhempas disebuah pulau misteri. Seramai 135 orang penumpang terbunuh didalam nahas itu. Seramai 13 orang pelajar universiti dan beberapa orang lagi penumpang termasuk...